wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

kertas 1 bab 10

Total questions: 28

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.
Mengapakah British membawa masuk buruh dari India dan China ke Tanah Melayu pada ke-19 ?
a)
Mengimbangi komposisi kaum 
b)
Menambah bilangan penduduk 
c)
Memaksimumkan keuntungan
d)
Melicinkan pentadbiran kerajaan
2.
Kejatuhan harga getah menyebabkan British memperkenalkan Rancangan Sekatan Stevenson pada tahun 1922.
Bagaimanakah rancangan tersebut dapat mengatasi masalah kejatuhan harga getah ?
a)
Pengeluaran getah dihadkan
b)
Peningkatan mutu getah asli
c)
Penggunaan getah dipelbagai
d)
Penawaran getah tiruan dilarang
3.
Mengapakah undang – undang berikut dilaksanakan di Tanah Melayu ?
Enakmen Pendaftaran Sekolah 1920
a)
Menyebarkan ajaran agama
b)
Membasmi pengaruh komunis
c)
Menyekat kemasukan imigran
d)
Mewajibkan pendidikan vernacular
4.
Jadual 2 menunjukkan peningkatan nilai eksport getah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.
Tahun       Nilai Eksport ( dalam Pound Sterling )
1932       9 077 000
1933       14 253 000
1934     32 557 000
Mengapakah peningkatan nilai eksport tersebut berlaku ?
a)
Kemunculan teknologi moden
b)
Kerjasama negara pengeluar
c)
Permintaan dunia bertambah
d)
Penglibatan pekebun kecil
5.
Pemodal dari Eropah dan China menguasai pertanian komersial di Tanah Melayu pada zaman penjajahan British.
Mengapakah keadaan tersebut berlaku ?
a)
Menguasai kumpulan kongsi gelap
b)
Mendapat bantuan pembesar tempatan
c)
Menguasai pasaran tenaga kerja tempatan
d)
Mendapat konsesi tanah daripada kerajaan
6.
Jadual 1 berkaitan dengan dasar British dalam perusahaan tanaman getah di Tanah Melayu.
Tahun                 Dasar British
1920      Rancangan Sekatan Stevenson diperkenalkan
Mengapakah dasar tersebut diperkenalkan ?
a)
Menstabilkan harga
b)
Mengurangkan import
c)
Meningkatkan pengeluaran
d)
Menyekat kegiatan orang tengah
7.
Sebelum merdeka, sistem pendidikan tidak dapat memupuk perpaduan kaum di  Tanah Melayu.
Mengapakah keadaan tersebut berlaku? 
a)
Peruntukan kewangan terhad
b)
Sukatan pelajaran berbeza
c)
Tenaga pengajar kurang
d)
Kemudahan asas terhad
8.
Pada tahun 1920, British telah mewartakan Enakmen Pendaftaran Sekolah di Tanah Melayu. Mengapakah British memperkenalkan enakmen tersebut?  
a)
Melahirkan tenaga mahir
b)
Menyatukan pelbagai kaum
c)
Membanteras ancaman komunis
d)
Mengurangkan kemasukan imigran
9.
Jadual 2 berkaitan dengan mata wang yang digunakan di Tanah Melayu sebelum kedatangan penjajah Barat.
Negeri       Mata Wang
Kelantan   Dinar emas
Pahang     Jongkong tampang
Terengganu Kupang emas
Mengapakah penggunaan mata wang tersebut semakin pupus menjelang abad ke 19? 
a)
Kekurangan logam
b)
Kelembapan ekonomi
c)
Pengenalan wang kertas
d)
Penggunaan syiling emas
10.
Maklumat berikut berkaitan dengan cara kemasukan buruh dari luar ke Tanah Melayu pada kurun ke-19.
·  Sistem Kontrak
· Sistem Kangani
Mengapakah sistem tersebut dipilih oleh para imigran? 
a)
Keselamatan dijamin oleh pihak berkuasa
b)
Latihan kemahiran disediakan oleh kerajaan
c)
Tambang pengangkutan dibayar oleh majikan
d)
Tempat penginapan disediakan oleh agensi yang dilantik  
11.
Mengapakah pengeluaran bijih timah  pemodal Eropah meningkat selepas tahun 1926
a)
Pelaburan orang Cina berkurangan
b)
Penggunaan teknologi moden
c)
Kawalan harga oleh kuasa Eropah
d)
Sokongan daripada pembesar Melayu
12.
Bagaimanakah Land Settlement Order yang diperkenalkan oleh British di Sarawak pada tahun 1933 dapat melindungi tanah milik peribumi?
a)
Penetapan harga yang tinggi
b)
Pemindahan hak milik secara warisan
c)
Peningkatan kadar bayaran sewaan
d)
Penghapusan cukai tahunan
13.
Pelombong Eropah menguasai perusahaan perlombongan bijih timah pada abad ke-20.   
Mengapakah pelombong Eropah berjaya menguasai perusahaan tersebut ?  
 I.   Teknologi moden
II.   Sokongan pembesar
III.   Buruh mencukupi
IV.   Modal besar
a)
I dan II 
b)
I dan IV 
c)
.II dan III
d)
III dan IV
14.
Apakah sumbangan Henry N. Ridley terhadap perusahaan getah?
a)
Memberi subsidi baja
b)
Membawa masuk imigran luar
c)
Mengagih benih secara percuma
d)
Memajak tanah peribumi untuk penanaman
15.
Akta Tanah Simpanan Melayu telah diperkenalkan pada 25 November 1913.
Apakah kesan akta tersebut terhadap orang Melayu?
a)
Taraf hidup meningkat
b)
Meneroka penempatan baru
c)
Kekal dengan pertanian tradisional
d)
Membayar cukai yang tinggi
16.
Antara yang berikut, bank manakah yang ditubuhkan oleh pemodal tempatan di Tanah Melayu ? 
I   Mercantile Bank
 II   Kwong Yik Bank
 III   Ban Hin Lee Bank
 IV   The Chartered Bank
a)
I dan II 
b)
.   I dan IV 
c)
II dan III
d)
III dan  IV  
17.
Apakah kesan peristiwa tersebut? 
Tahun     Peristiwa
1897       British menubuhkan Lembaga Pesuruhjaya Wang di bawah Ordinan XIII
a)
Mata wang tradisional terhapus
b)
Nilai mata wang merosot
c)
Pinjaman wang sukar diperolehi
d)
Penggunaan wang asing dibenarkan
18.
Apakah kesan pertambahan kemasukan imigran dari China dan India ke negeri-negeri Melayu Bersekutu pada awal abad ke-20 
a)
Kemerosotan kuasa pemimpin tempatan
b)
Peningkatan petempatan setinggan
c)
Kewujudan masyarakat majmuk
d)
Perkembangan pertanian sara diri
19.
Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan sekolah vernakular Melayu pada akhir abad ke-19?
a)
Terbuka kepada semua golongan
b)
Ditadbir oleh golongan ulama
c)
Dinaungi golongan pembesar
d)
Pendidikan terhad di peringkat rendah
20.
Andaikan anda mengusahakan sebidang tanah di Tanah Melayu pada awal abad ke-18. Bagaimanakah anda menjalankan aktiviti tersebut? 
a)
Mendapatkan keizinan residen
b)
Memperoleh perkenan sultan
c)
Mendapatkan kebenaran pembesar
d)
Mempunyai sumber kewangan
21.
Apakah pengajaran kepada masyarakat Tanah Melayu sekiranya ingin menguasai semula  perlombongan bijih timah daripada pelombong Eropah pada abad ke-20? 
 I.   Mengumpul modal
II.   Menguasai teknologi
 III.   Membayar pampasan
IV.   Menguasai politik
a)
I dan II 
b)
.   I dan IV 
c)
II dan III
d)
III dan IV
22.
Berdasarkan jadual di atas, mengapakah penguasaan pemodal China dalam sektor perlombongan bijih timah merosot?
a)
Gangguan kongsi gelap
b)
Pengenalan kapal korek
c)
Kekurangan tenaga mahir
d)
Peningkatan kemasukan buruh
23.
Pada tahun 1917, undang-undang perkhidmatan syarikat insurans telah mengasingkan  insurans nyawa daripada insurans  
a)
kesihatan 
b)
kebakaran 
c)
kenderaan
d)
Perkhidmatan
24.
Apakah kesan pengenalan akta Tanah Simpanan Melayu di atas terhadap orang Melayu?    
I.   Peningkatan taraf hidup
II.   Penerokaan kawasan baru
III.   Pengekalan pemilikan tanah
IV.   Pengekalan aktiviti pertanian tradisional  
a)
I dan II 
b)
.   I dan IV 
c)
II dan III
d)
III dan IV
25.
Mengapakah sistem pendidikan pada zaman penjajah gagal menyatupadukan kaum di  Tanah Melayu? 
a)
Penubuhan sekolah Inggeris 
b)
Pengaruh golongan mubaligh 
c)
.   Pengamalan asuhan kekuarga
d)
Perkembangan sekolah vernakular
26.
Mengapakah kerajaan British mewartakan Enakmen Pendaftaran Sekolah pada tahun 1920 di Tanah Melayu?
 I.   Menyekat pengaruh komunis
II.   Mengawal aktiviti sekolah Cina
III.   Mengurangkan kadar buta huruf
IV.   Mengehadkan penggunaan bahasa ibunda
a)
I dan II 
b)
.   I dan IV 
c)
.   II dan III
d)
.   III dan IV
27.
* Peraturan Tanah Perak 1879
·   Peraturan Tanah Sungai Ujong 1887
·   Kanun Tanah Selangor 1891
Berdasarkan senarai di atas, apakah kesan pengenalan undang-undang tersebut kepada penduduk tempatan?
 I   Pemilikan tanah tanpa had
II   Pengutipan hasil hutan dengan kebenaran raja
III   Pengenalan sistem cukai mengikut jenis tanah
IV   Pembukaan kawasan baru dengan keizinan Residen
a)
I dan II 
b)
.   I dan IV 
c)
II dan III
d)
III dan IV
28.
Apakah kesan daripada pertambahan  bilangan kemasukan imigran Cina di Tanah Melayu.
I   Peningkatan penanaman getah
II   Wujud masyarakat majmuk
III   Perkembangan perlombongan bijih timah
IV   Muncul golongan peniaga  
a)
I dan II 
b)
I dan IV 
c)
II dan III
d)
III dan IV