wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains KSSM T1

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
Antara    yang    berikut,    yang manakah fenomena semula jadi?
a)
Pembalakan
b)
Bunga berkembang 
c)
Penciptaan kapal angkasa 
d)
Penghasilan garam biasa daripada air laut
2.
Seorang  pelajar  ingin  mengukur dengan   tepat   25   cm3   larutan natrium  hidroksida.  Apakah  alat yang   boleh   diguna kan   untuk tujuan ini?   
I Pipet 
II Buret 
III Tabung uji
a)
 I dan II sahaja
b)
I dan III sahaja
c)
II dan III sahaja
d)
 I, II dan III
3.
Rajah 2 menunjukkan   sebuah bandul yang berayun.  
Tempoh  ayunan   bandul dipengaruhi oleh
a)
 jisim bandul 
b)
 bilangan ayunan 
c)
 keadaan udara sekeliling
d)
panjang benang 
4.
Maklumat yang berikut menunjuk-kan ciri-ciri satu sel.
• Bentuk tetap
• Vakuol besar
• Berdinding sel     
Antara     yang     berikut,     yang manakah merupakan ciri lain bagi satu  sel  yang  mempunyai  ciri-ciri di atas?
a)
Tidak mempunyai membran sel
b)
Membuat makanan sendiri
c)
Tidak bergerak balas terhadap cahaya
d)
Mempunyai   lebih   daripada satu nukleus 
5.
 Rajah 4 menunjukkan struktur sel.  
Antara  struktur  A,  B,  C  dan  D, yang manakah berfungsi menyerap cahaya untuk fotosintesis?
a)
A
b)
B
c)
C
d)
D
6.
Antara  yang  berikut,  yang  mana-kah  menerangkan  kenapa  tayar basikal yang kempis itu membesar?
a)
Udara mempunyai jisim
b)
 Udara mempunyai berat 
c)
Udara memenuhi ruang
d)
 Udara mengembang 
7.
 Yang   berikut   adalah   langkah- langkah   untuk   mengasingkan campuran. 
K  –  Menuras
L   –  Melarutkan dalam air
M  –  Menyejat
N  –  Menggunakan magnet bar
Pilih  urutan  langkah  yang betul  untuk  mengasingkan  satu campuran  serbuk  besi,  pasir dan pepejal garam biasa?
a)
 K, N, L, M
b)
 L, M, K, N
c)
N, L, K, M
d)
 N, L, M, K
8.
Antara     yang     berikut,     yang manakah   merupakan   langkah yang      paling      baik  untuk mengurangkan    kesan    rumah hijau?
a)
Menggunakan   petrol   tanpa plumbum
b)
Menanam      lebih      banyak tumbuhan hijau
c)
Mengurangkan   penggunaan racun serangga
d)
 Mengurangkan   penggunaan 
klorofluorokarbon  
9.
Gas  yang  manakah  digunakan semasa respirasi manusia?
a)
Nitrogen
b)
Oksigen
c)
Hidrogen 
d)
Karbon dioksida 
10.
 Organ    yang    mengawalatur air  yang  berlebihan  dari  badan manusia termasuk            I  kulit       
    II  ginjal   
   III  peparu
a)
 I dan II sahaja 
b)
I dan III sahaja
c)
II dan III sahaja
d)
I, II, dan III 
11.
Antara penyataan berikut, yang manakah SALAH mengenai mekanisme pembetulan apabila suhu badan kita menurun pada hari yang sejuk?
a)
Bulu roma menegak
b)
Kurang berpeluh
c)
Menggigil
d)
salur darah mengembang
12.
 Rajah  4  menunjukkan  sistem pembiakan lelaki. Organ   yang   manakah   melindungi testis?
a)
A.
b)
B.
c)
C.
d)
D.
13.
Organisma berikut menjalankan pembiakan seks kecuali
a)
Ikan
b)
Pokok Betik
c)
Halia
d)
Kucing
14.
 Maklumat  yang  berikut  menerangkan cara yang  digunakan oleh sepasang suami isteri.
-Tidak bersedia untuk mendapatkan anak
-Ingin menjarakkan kelahiran anak       
Maklumat ini merujuk kepada
a)
kemandulan
b)
 ketidaksuburan
c)
pencegahan hamil
d)
pengovulan
15.
Antara berikut, yang manakah SALAH mengenai penambahan cahaya?
a)
Merah + Biru = Ungu
b)
Merah + Hijau = Kuning
c)
Biru + Hijau = Sian
d)
Biru + Merah = Magenta
16.
Warna Cahaya matahari yang manakah yang diserakkan paling banyak pada waktu tengah hari?
a)
Jingga
b)
Merah
c)
Biru
d)
Hijau
17.
Sistem bumi terdiri daripada empat komponen utama seperti di bawah , KECUALI
a)
Hidrosfera
b)
Atmosfera
c)
Geosfera
d)
Ultrasfera
18.
Lautan terbahagi kepada zon-zon yang berbeza seperti berikut kecuali
a)
Zon permukaan
b)
Zon tengah malam
c)
Zon petang
d)
zon gelap
19.
Antara berikut, yang manakah BUKAN jenis batu-batuan di Bumi
a)
Igneus
b)
Sedimen
c)
Metamorfik
d)
Minamata
20.
Antara berikut yang manakah bukan contoh fenomena Geobencana 
a)
Gempa Bumi
b)
Hujan api
c)
Tanah Jerlus
d)
Tsunami