wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PSK TING 2 BIL.1

Total questions: 15

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.
Kecemerlangan diri bagi seseorang murid biasanya dikaitkan dengan
a)
seseorang yang mempunyai cita-cita yang tinggi
b)
kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum
c)
kemahiran berkomunikasi sesama rakan
d)
kemahiran menyelesaikan masalah peribadi
2.
Ciri-ciri berikut menunjukkan perwatakan terpuji murid, kecuali
a)
berbudi bahasa
b)
belajar bersungguh-sungguh.
c)
sentiasa berfikiran positif
d)
mengharapkan balasan ketika bertugas
3.
Antara berikut, yang manakah halangan dalam komunikasi?
a)
Jarak antara dua penutur
b)
Bahasa yang tidak difahami
c)
Bunyi radio yang kuat.
d)
Gerak badan pemberi maklumat
4.
Mengapakah kita perlu membuat refleksi diri?
a)
Untuk mencatat peristiwa dalam diari
b)
Untuk membuat perbandingan dengan orang lain
c)
Untuk membaiki kelemahan diri.
d)
Untuk memastikan kita dihormati oleh rakan
5.
Mengapakah kecemerlangan pendidikan dikatakan asas kepada pencapaian kerjaya idaman?
a)
Mendapat ganjaran yang lumayan daripada pihak syarikat
b)
Ilmu dan kepakaran boleh dimanfaatkan untuk kesejahteraan semua
c)
Majikan akan memuji dan menghargai kecemerlangan pendidikan seseorang individu
d)
Seseorang individu akan mudah mendapat kedudukan penting dalam kerjaya
6.
Penampilan perwatakan individu akan menentukan kecemerlangan dirinya.  Berikut merupakan sifat-sifat   perwatakan terpuji, kecuali
a)
gigih dan berani
b)
berserah kepada takdir
c)
membuat keputusan sendiri
d)
rasional dalam mengambil risiko
7.
Sifat-sifat seperti daya juang dan daya saing yang tinggi perlu disertai dengan
a)
keazaman
b)
penaakulan
c)
keprihatinan
d)
perasaan simpati
8.
Keupayaan menilai kelebihan dan kekurangan diri merujuk kepada aspek
a)
penaakulan
b)
berfikir secara rasional
c)
komunikasi yang berkesan
d)
kemahiran membuat refleksi
9.
_________________dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan akan membolehkan orang lain    menaruh kepercayaan kepada kita
a)
Kejujuran
b)
Keberanian
c)
Keseronokan
d)
Kesederhanaan
10.
Selain pencapaian pendidikan, kecemerlangan diri juga perlu disertai dengan
a)
fizikal yang sempurna
b)
perwatakan yang terpuji
c)
pemikiran yang lurus
d)
daya saing yang keterlaluan
11.
Manakah yang berikut merupakan sikap membuat refleksi untuk kejayaan diri?
a)
Bertolak ansur dan bertoleransi
b)
Tidak yakin dengan keupayaan diri
c)
Berbincang dengan individu yang berpengalaman
d)
Menggunakan bahasa yang sopan dan berhemah
12.
Persengketaan dalam keluarga tidak akan berlaku sekiranya
a)
anggota keluarga pandai mencari kelemahan masing-masing
b)
anggota keluarga bertolak ansur antara satu sama lain
c)
anggota keluarga berkira ketika memberi sesuatu pertolongan
d)
anggota keluarga menjauhkan diri daripada perbincangan keluarga
13.
Peranan anda sebagai anak dalam keluarga ialah
a)
menyelesaikan konflik antara ibu dengan bapa
b)
menyediakan tempat tinggal yang selesa
c)
meringankan beban keluarga dalam semua aspek
d)
memenuhi kehendak anda sebagai remaja
14.
Adik dimarahi oleh ibu kerana tidak mengunci pagar di luar rumah.  Sebaliknya, adik mengatakan bahawa   andalah  yang sepatutnya mengunci pagar tersebut.
Apakah peranan anda dalam situasi di atas?
a)
Memarahi adik kerana menuduh anda
b)
Mereka cerita untuk membuktikan kesalahan adik
c)
Mengungkit kesalahan yang pernah dilakukan oleh adik
d)
Menceritakan hal sebenar yang menyebabkan anda terlupa berbuat demikian
15.
Peribahasa manakah yang tidak menggambarkan ikatan kekeluargaan yang erat?
a)
Bagai pungguk merindukan bulan
b)
Bagai aur dengan tebing
c)
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
d)
Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat