wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

RY TRIAL SEJARAH SPM K1 PPINANG 2017

Total questions: 33

Worksheet time: 1hrs 2mins

Name
Class
Date
1.
Mengapakah lembah sungai menarik perhatian manusia untuk membina petempatan awal?
a)
Kesesuaian tapak seni bina 
b)
Potensi pelancongan
c)
Pusat keagamaan
d)
Kesuburan tanah
2.
Maklumat berikut berkaitan dengan sumbangan Tamadun Indus.
 
Masyarakat Lembah Indus telah berusaha meningkatkan mutu bahan binaan.
 
     

Bagaimanakah Tamadun Indus meningkatkan kualiti penghasilan batu bata?
a)
Menggunakan pasir
b)
Menggunakan batu kapur
c)
Dibuat daripada batu lembut
d)
Dibakar dengan suhu yang tinggi
3.
Dialog berikut mungkin berlaku semasa empayar Maurya pada masa pemerintahan Maharaja Asoka.

Rakyat 1 :  Berapa ramai lagi akan terkorban dalam Perang  Kalinga ini
  semata-mata  Maharaja Asoka hendak  meluaskan  empayarnya?   
Rakyat 2  :  Terdapat berita yang menyatakan  setakat ini 100 000 orang telah
  terkorban.  Moga-moga Maharaja akan menamatkan  perang ini   dengan  segera.
 
               
Apakah pengajaran yang boleh dicontohi daripada pemerintahan Maharaja Asoka berdasarkan peristiwa tersebut ?
a)
Pemerintahan kuku besi
b)
Penguasaan angkatan tentera
c)
Perkembangan agama Hindu
d)
Perdamaian dan kesejahteraan
4.
Pernyataan tersebut menerangkan sumbangan tamadun Yunani  
   
Sukan Olimpik diperkenalkan pada Zaman Yunani, iaitu pada tahun 776 s.m
 

Apakah tujuan utama sukan tersebut diperkenalkan ?
a)
Menghormati tuhan Zeus
b)
Menguasai pentadbiran negara kota
c)
Membuktikan kegagahan lelaki Yunani
d)
Mengeratkan hubungan antara negara kota
5.
Maklumat berikut berkaitan dengan Kerajaan Agraria.
 
Perkembangan Kerajaan Agraria disebabkan terdapatnya sistem pengairan
 
       

Mengapakah sistem pengairan dapat dilaksanakan dengan baik?

 I Peranan bomoh dalam proses penanaman
 II Raja terlibat dalam pembinaan pengairan
 III Kerajaan terlibat dalam pengurusan sistem
 IV Rakyat mempunyai kemahiran membina tasik
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
6.
Proses berikut mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan masyarakat Asia Tenggara pada zaman kerajaan awal.        
Penyebaran pengaruh Hindu-Buddha
Apakah golongan yang memainkan peranan penting dalam proses tersebut?

 I Brahmin
 II Vaisya
 III Sudra
 IV Ulama
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
7.
Maklumat berikut berkaitan dengan Zaman Jahiliah.
 
Zaman Jahiliah dianggap sebagai zaman kegelapan
 
       

Berdasarkan pernyataan tersebut, nilaikan kehidupan masyarakat Arab Jahiliah.

 I Kucar-kacir
 II Akhlak rendah
 III Membuang bayi
 IV Wanita dilarang berkahwin
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
8.
Jadual berikut berkaitan dengan sejarah awal perkembangan Islam di Makkah.  
   
Tarikh 6 Ogos 610 Masihi
 Tempat Gua Hirak
 

Apakah kesan peristiwa tersebut?
a)
Zaman Jahiliah berakhir
b)
Pelbagai kaum bersatu
c)
Negara bangsa diasaskan
d)
Sistem khalifah dilaksanakan
9.
Perjanjian Aqabah dimeterai diantara Nabi Muhammad s.a.w dengan
a)
Suku Aus dan Khazraj
b)
Arab Jahiliah
c)
Badawi
d)
Hadari
10.
Rajah berikut menunjukkan syarat perjanjian hudaibiyah yang ditandatangani antara Nabi Muhammad saw dengan masyarakat Quraisy Makkah pada tahun 628 Masihi.
 
Mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun
 
       

Apakah kesan perjanjian tersebut?
a)
Penghijrahan penduduk berkurangan
b)
Pertambahan wilayah jajahan
c)
Perluasan penyebaran Islam
d)
Pengukuhan angkatan tentera
11.
Apakah faktor kejayaan perluasan kuasa semasa pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan r.a?
a)
Semangat jihad dipupuk
b)
Armada Laut diperkukuh
c)
Perkahwinan politik digalakkan
d)
Perjanjian damai dimeterai
12.
Pernyataan berikut berkaitan dengan dasar pentadbiran Khalifah Umar bin al-Khattab
 
Membahagikan wilayah Islam kepada beberapa kawasan
 
       

Bagaimanakah dasar tersebut dapat membantu pentadbiran?
a)
Memperkukuh perpaduan penduduk
b)
Memperluas kawasan pemerintahan
c)
Menguatkan kubu pertahanan
d)
Melicinkan pentadbiran
13.
Pernyataan berikut berkaitan dengan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara.

Terdapat persamaan unsur senibina di China dengan unsur senibina di Nusantara.
   

Kenyatan tersebut mengukuhkan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara yang dikemukakan oleh
a)
John Crawford
b)
Snouck Hurgronje
c)
 Emanuel Gadinho Eredia
d)
Professor Syed Muhammad Naquib al-Attas
14.
Apakah maksud pendidikan tidak formal  masyarakat Melayu tradisional?
a)
Penggunaan bahasa Arab
b)
Pembelajaran melalui pemerhatian
c)
 Pembelajaran di rumah tok guru
d)
 Pembelajaran tanpa guru
15.
Maklumat berikut berkaitan dengan sistem perundangan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.  
   
Undang-undang Laut Melaka      
·  Seseorang nakhoda diertikan sebagai imam
·  Anak kapal diertikan sebagai makmum  
 
Apakah kesimpulan yang dapat anda buat mengenai undang-undang ini?
a)
Kepentingan nakhoda dalam sebuah kapal
b)
Peranan anak kapal dalam sebuah kapal
c)
Kepentingan undang-undang laut
d)
Kekuatan agam Islam
16.
Mata wang emas yang digunakan di Kelantan pada zaman dahulu dikenali sebagai
a)
Kijang
b)
Kupang
c)
Mas
d)
Katun
17.
Antara berikut tokoh manakah yang terlibat dalam ‘Counter Reformasi’?  
John Calvin
II  Martin Luther
III  St. Francis Xavier
IV  St. Ignatius Loyola
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
18.
Pernyataan berikut berkaitan dengan  zaman Revolusi Perindustrian    
THOMAS NEWCOMEN
 
Apakah sumbangan tokoh tersebut? 
a)
Menggerakkan gerabak keretapi
b)
mempercepat kerja menenun kain
c)
menghasilkan gandum dengan banyak
d)
mengatasi masalah takungan air dilombong arang batu
19.
Akta Tanah Simpanan Melayu telah diperkenalkan pada 25 November 1913. Apakah kesan akta tersebut terhadap orang Melayu?
a)
Taraf hidup meningkat
b)
Meneroka petempatan baru
c)
Kekal dengan pertanian tradisional
d)
Membayar cukai yang tinggi
20.
Pernyataan berikut adalah berkaitan dengan undang-undang tamah yang diperkenalkan oleh British di Sabah
 
1889 British mewartakan Proklamasi III Perlindungan Hak Peribumi di Sabah

Mengapakah pengenalan Proklamasi di atas dikatakan dapat menjamin hak peribumi di Sabah secara mutlak? 
a)
Tanah boleh dijual kepada orang asing
b)
Tanah hak peribumi mempunyai nilai komersil
c)
Pegawai Daerah berkuasa dalam urusan tanah 
d)
Peribumi bebas menanam sebarang jenis tanaman
21.
Akta Kampung Ulu Burma 1887
 Akta Perkampungan Burma 1889

Apakah implikasi pengenalan kedua-dua akta tersebut oleh British di Burma? 
a)
Menjadikan sistem ekonomi lebih sistematik 
b)
Melicinkan sistem pentadbiran tradisional Burma 
c)
Melenyapkan terus sistem pentadbiran tradisional
d)
Mengekalkan sistem pentadbiran peringkat kampung 
22.
Mengapakah gerakan nasionalisme di Asia Tenggara mengalami perubahan  kepada gerakan bercorak radikal pada tahap kedua? 
a)
Gerakan tahap pertama tidak meninggalkan kesan kepada penjajah 
b)
Pertambahan bilangan nasionalis yang berpendidikan tinggi
c)
Dipengaruhi oleh gerakan radikal di luar negara
d)
Pemimpin nasionalis ditangkap oleh penjajah 
23.
Mengapakah Sistem Birokrasi Barat ditentang oleh rakyat tempatan?
a)
Mengutamakan golongan imigran dalam ekonomi
b)
Menyekat rakyat tempatan dalam pentadbiran
c)
Merampas tanah peribumi melalui kekerasan
d)
Menjejaskan kuasa pembesar dalam pentadbiran
24.
Mengapakah British berjaya menewaskan Penghulu Dol Said dalam serangan kali kedua? 
a)
Kubu pertahanan Dol Said dimusnahkan oleh British dalam serangan pertama 
b)
British memiliki senjata lebih moden daripada senjata Dol Said
c)
British mendapatkan bantuan ketenteraan daripada Singapura
d)
Dol Said tidak dibantu oleh pembesar-pembesar Melayu
25.
Maklumat tersebut merupakan dasar yang dilaksanakan oleh British semasa menjajah Tanah Melayu. · 

Menggalakkan kemasukan imigran
·  Pembukaan bandar-bandar baru
 
         
   
Apakah kesan pengenalan dasar tersebut? 
a)
Meningkatkan kemajuan ekonomi negara
b)
Mentamadunkan masyarakat Tanah Melayu
c)
Menghalang perpaduan masyarakat majmuk 
d)
Menjadikan taraf hidup orang Melayu mundur
26.
#KEDAULATAN
Apakah kepentingan kedaulatan kepada sesebuah negara? 
a)
Meluaskan tanah jajahan
b)
Melicinkan urusan pentadbiran
c)
Mengukuhkan kuasa seorang pemerintah 
d)
Membebaskan negara daripada penjajahan
27.
Sultan Muhammad II telah membentuk Sistem Jemaah Menteri di Kelantan pada abad ke-19.  

Mengapakah baginda berbuat demikian?
a)
Meningkatkan kesetiaan rakyat
b)
Mengamalkan sistem demokrasi
c)
Menghalang kuasa asing
d)
Melicinkan pentadbiran
28.
Maklumat berikut berkaitan tujuan kerajaan British memperkenalkan Malayan Union pada tahun 1946.    
MEMBENTUK BANGSA MALAYAN UNION
 Apakah muslihat British di sebalik tujuan tersebut?
a)
Mengatasi masalah kekurangan penduduk
b)
Mewujudkan masyarakat berbilang kaum
c)
Menjamin penguasaan sumber ekonomi
d)
Mengukuhkan pertahanan negara
29.
Mengapakah orang Melayu menentang dasar kerajaan Malayan Union?   
I. Bilangan orang Melayu semakin kecil
II. Status quo orang Melayu terancam
III. Masyarakat pelbagai kaum terbentuk IV. Kesetiaan orang dagang diragui
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
30.
Mengapakah British melaksanakan Sistem Ahli dari Januari 1951 hingga Jun 1955?
a)
Meningkatkan ekonomi rakyat
b)
Mengurangkan tekanan pihak komunis
c)
Menjamin kerakyatan sama rata
d)
Menjimatkan perbelanjaan
31.
Apakah kesan daripada pengenalan Kerakyatan Negeri 1951?
a)
Orang bukan Melayu mendapat hak istimewa
b)
Perasaan perkauman dimansuhkan
c)
Bilangan orang bukan Melayu meningkat
d)
Orang Melayu bukan rakyat tunggal Tanah Melayu
32.
Apakah peranan Suruhanjaya Cobbold dalam pembentukan persekutuan Malaysia?
a)
Meninjau pendapat penduduk
b)
Menamatkan ancaman komunis
c)
Merangka perlembagaan merdeka 
d)
Menyatukan rakyat pelbagai kaum
33.
Maklumat  menerangkan reaksi Indonesia semasa penubuhan Malaysia tahun 1963.      
GANYANG MALAYSIA
 Bagaimanakah Malaysia menyelesaikan masalah tersebut?
a)
Penubuhan ASA
b)
Campur tangan PBB 
c)
Campur tangan ASEAN
d)
Penubuhan MAPHILINDO