wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

K1 T4 B5

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.
Maklumat berikut berkaitan dengan kepentingan hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah
·   Menjalin hubungan persaudaraan
·   Mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat
Bagaimanakah  Nabi Muhammad SAW bertindak  untuk memastikan kedua-dua kepentingan hijrah tersebut menjadi kenyataan ? 
a)
Melantik gabenor sebagai pentadbir
b)
Menyatukan wilayah-wilayah kecil
c)
Menubuhkan pasukan tentera tetap
d)
Menggubal perlembagaan negara  
2.
Kota Makkah dibuka semula oleh Nabi Muhammad SAW pada tahun 630 Masihi.
Mengapakah Kota Makkah berjaya dibuka semula dengan mudah ?
a)
Pembebasan golongan hamba
b)
Pemulauan keluarga Bani Hashim
c)
Pencabulan syarat Perjanjian Hudaibiyah
d)
Pertelingkahan antara suku Aus dengan suku Khazraj
3.
Apakah peristiwa yang membawa kepada pembukaan semula kota Makkah ?
a)
Penyeksaan terhadap golongan hamba
b)
Pencabulan syarat Perjanjian Hudaibiyah
c)
Pemulauan terhadap keluarga Bani Hashim
d)
Pertelingkahan antara suku Aus dan Khazraj  
4.
Apakah peristiwa yang dapat dikaitkan dengan maklumat berikut ?
*   Menyediakan tempat tinggal
·   Menjanjikan keselamatan
·   Kesediaan mempertahankan Islam
a)
Perjanjian Hudaibiyah
b)
Perjanjian Aqabah
c)
Baiah al-Ridwan
d)
Majlis Tahkim           
5.
Abdullah bin Arqat membantu Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah.
Apakah bentuk bantuan yang diberikan?
a)
Kawalan keselamatan
b)
Menjadi penunjuk jalan
c)
Menyiasat pergerakan musuh
d)
Membekal barang keperluan
6.
Maklumat berikut berkaitan dengan pembukaan semula kota Makkah.
Tahun                         Peristiwa
630                  Masihi Nabi Muhammad SAW membuka 
                        semula Kota Makkah
Apakah kepentingan peristiwa tersebut terhadap kerajaan Islam Madinah?  
a)
Penerusan sistem kabilah
b)
Membasmi kemiskinan
c)
Memperkukuh negara
d)
Pertambahan penduduk  
7.
Apakah kesan peristiwa Orang Arab Quraisy melanggar syarat Perjanjian Hudaibiyah pada tahun 630 Masihi?
a)
Kota Makkah dikuasai Islam
b)
Sistem kabilah dimansuhkan
c)
Urusan perdagangan terjejas
d)
Penduduk Madinah berhijrah  
8.
Apakah perkara yang diutamakan oleh Nabi Muhammad SAW dalam mendirikan negara Islam Madinah?
a)
Menyatukan wilayah
b)
Menyusun perlembagaan
c)
Mengadakan rundingan damai
d)
Meminta bantuan orang Badwi
9.
Pernyataan berikut merupakan satu daripada syarat Perjanjian Hudaibiyah.
Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan.
Mengapakah Nabi Muhammad SAW menerima syarat tersebut walaupun tidak dipersetujui para sahabat yang lain?
a)
Mengelakkan peperangan
b)
Mempertahankan imej Islam
c)
Memelihara hubungan kekeluargaan
d)
Memudahkan penyebaran agama Islam
10.
Jadual berikut  berkaitan dengan peristiwa yang berlaku di Semenanjung Tanah Arab.
Tahun             Peristiwa
 630 Masihi    Nabi Muhammad SAW membuka semula Kota Makkah
Mengapakah peristiwa tersebut berlaku?
a)
Tentera Quraisy menyerah kalah
b)
Sistem pertahanan Quraisy lemah
c)
Pihak Quraisy mencabuli isi perjanjian
d)
Kaum Quraisy membunuh orang Islam
11.
Apakah peristiwa yang dapat dikaitkan dengan maklumat berikut.
* Menyediakan tempat tinggal
* Menjamin keselamatan
* Kesediaan mempertahankan Islam
a)
Perjanjian Hudaibiyah
b)
Perjanjian Aqabah
c)
Bai'ah al-riswan
d)
Majlis Tahkim
12.
Apakah faktor kemenangan tentera Islam dalam perang Khandak?
a)
Peralatan yang canggih 
b)
Bilangan tentera yang ramai
c)
Bantuan luar diperolehi
d)
Strategi perang mantap
13.
Nabi Muhammad S A W berjaya membuka semula Kota Makkah pada tahun 630 Masihi bersamaan tahun 8 Hijrah. Apakah peristiwa yang mempercepatkan pembukaan semula kota tersebut?
a)
Perluasan kegiatan tentera Quraisy
b)
Penguasaan ekonomi oleh Rom
c)
Penawanan kalifah perdagangan Parsi
d)
Pembunuhan seorang anggota Bani Khuzaah
14.
Apakah kepentingan Piagam Madinah yang dirangka oleh Nabi Muhammaad SAW pada tahun 622 Masihi?
a)
Memberi panduan pemerintahan negara
b)
Melindungi tradisi masyarakat Arab
c)
Menamatkan permusuhan dengan Rom
d)
Menyediakan stategi menghadapi ancaman Quraisy Makkah
15.
Antara berikut yang manakah berkaitan dengan penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah?
I   Terbinanya bangunan yang lengkap dengan
II   Struktur pentadbiran dipimpin oleh khalifah
 III   Wujudnya gelaran Muhajirin dan Ansar

IV   Mempersaudarakan orang Islam Mekah dengan orang Islam Madinah
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV