wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ SEJARAH SET 1

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.
Maklumat berikut merupakan salah satu petempatan yang terdapat dalam tamadun Mesopotamia.
                          ZIGURAT
 Apakah peranan petempatan tersebut?
a)
Melatih pentadbir negara
b)
Menyimpan harta kerajaan
c)
Menyediakan latihan ketenteraan
d)
Memajukan pendidikan masyarakat
2.
Tokoh berikut merupakan pemerintah Mesir Purba yang terkenal. 

                     Firaun Senuusret III
Apakah sumbanganbeliau kepada tamadun Mesir Purba
a)
Membina piramid
b)
perlembagaan
c)
Membina sistem pengairan
d)
Memperkenalkan sistem tulisan
3.
Senarai berikut berkaitan dengan perundangan yang diamalkan dalam tamadun awal dunia.
            TiangAsoka       HukumKanun 12
Apakah persamaan perundangan tersebut?
a)
Dibukukan oleh pemerintah
b)
Menjatuhi hukuman yang berat
c)
Didominasi oleh golongan Brahmin
d)
Menitik beratkan pembacaan masyarakat
4.
Bidang sains dan teknologi berkembang dalam tamadun Yunani dengan ketara khususnya dalam ilmu matematik, astronomi dan perubatan. Mengapakah berlaku peningkatan dalam bidang tersebut?
a)
Arahan pemerintah
b)
Berlaku perluasan kuasa
c)
Kemajuan ilmu terdahulu
d)
Memenuhi keperluan masyarakat
5.
Petaberikut menunjukkan kerajaan maritim di Asia Tenggara
Mengapakah kerajaan tersebut berjaya meneroka dunia luar?
a)
Mempunyai pusat latihan kelautan
b)
Mengamalkan prinsip demokrasi
c)
Mahir dalam pembinaan kapal
d)
Mendapat bantuan kerajaanasing
6.
Maklumat berikut berkaitan dengan kedatangan pengaruh agama Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara. 
Penemuan arca dengan ikatan tali kulit harimau di Srivijaya.
Penemuan tersebut menunjukkan pengaruh Hindu dan Buddha berkembang ke Asia Tenggara melalui
a)
tentera penakluk
b)
ahli perdagangan
c)
golongan pendeta
d)
penyesuaian budaya
7.
 Tokoh berikut berperanan penting dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW. 

 AbuTalib     Abdul Muttalib HalimatusSa’diyah

Apakah peranan tokoh tersebut?
a)
Mengetuai ketenteraan
b)
Meramal kerasulan
c)
Melindungi keselamatan
d)
Menyediakan modal perniagaan
8.
Penyebaran Islam di Makkah tidak mendapat sambutan sepenuhnya oleh masyarakat Quraisy.
 Apakah langkah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW seterusnya?
a)
Melakukan hijrah
b)
Menawan Kota Makkah
c)
Menandatangani perjanjian
d)
Mendapat bantuan pembesar
9.
Apakah yang terkandung dalam Piagam Madinah yang menghalang kemajuan ekonomi?
a)
Mencari keuntungan
b)
Mengamalkan riba
c)
Membayar zakat
d)
Memberi sedekah
10.
Apakah faktor yang membolehkan Nabi Muhammad SAW membuka semula Kota Makkah pada tahun 630M.?
a)
Perlanggaran perjanjian
b)
Penyerahan kuasa
c)
Pemalsuan dokumen
d)
Penipuan perdagangan
11.
Bagaimanakah Khalifah Umar bin al-Khattab mengawal penyelewengan dalam kalangan hakim?
a)
Mengenakan hukuman tegas
b)
Melucutkan jawatan
c)
Meningkatkan bayaran gaji
d)
Mengadakan kursus kehakiman
12.
Senarai berikut merujuk kepada tokoh Islam. 
 Al-Khawarizmi   Al-Battani   Al-Bitruni
Apakah sumbangantokohtersebut?
a)
Menubuhkan pusat keagamaan
b)
Memajukan bidang matematik
c)
Menggubal undang-undang
d)
Mengubah struktur organisasi sosial
13.
Rajah berikut berkaitan dengan penyebaran Islam di Asia Tenggara. 

Ulama      -----)    Mengislamkan golongan 
                            raja dan bangsawan
Mengapakah ulama mengambil tindakan tersebut?
a)
Mengutamakan konsep daulat
b)
 Menghormati kuasa raja
c)
Mengetahui kesetiaan rakyat
d)
Mematuhi etika berdakwah
14.
Rajah berikut berkaitan dengan motif dalam seni ukiran kayu masyarakat Melayu.

 Tumbuh-tumbuhan        Bunga-bungaan

Apakah yang dapat dirumuskan terhadap penggunaan motif tersebut?
a)
Pengaruh Hindu-Buddha
b)
 Pengaruh ajaran Islam
c)
Pengaruh animisme
d)
Pengaruh adat tradisional
15.
 Maklumat berikut adalah istilah bagi sultan selepas kedatangan Islam di Tanah Melayu.

 Zillullah fil-alam    Zillullah fil-ardh
Apakah yang dapat dikaitkan dengan istilah tersebut terhadap sultan?
a)
Ketaatan
b)
 Kekuasaan
c)
Kekayaan
d)
Kewibawaan