wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH K1 (U) 2014

Total questions: 18

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.
Rajah 1 menunjukkan Bandar dalam Tamadun Indus.
Apakah keistimewaan kedua-dua bandar tersebut?
a)
Mempunyai pelbagai agama 
b)
Pembinaan secara terancang 
c)
Berfungsi sebagai pelabuhan
d)
Pentadbiran diketuai pendeta
2.
Gambar 1 berkaitan dengan tamadun awal di China
Apakah yang berkaitan dengan tulang tersebut? 
a)
Pengenalan sistem tulisan
b)
Peningkatan status masyarakat
c)
pengenalan sistem perundangan
d)
D  peralatan untuk berperang
3.
Senarai berikut merujuk kepada persatuan yang ditubuhkan dalam tamadun dunia.
·   Persatuan tukang kayu
·   Persatuan tukang logam
·   Persatuan tukang kulit
Apakah peranan persatuan berikut? 
a)
Melatih pekerja baharu
b)
Mengawal harga barang
c)
Mengeluarkan mata wang
d)
Menyediakan tempat berniaga
4.
Tamadun Rom mewariskan sistem perundangan kepada dunia.
Apakah prinsip sistem perundangan tersebut?
a)
Mengutamakan amalan adat resam tempatan
b)
Memberi keutamaan terhadap ajaran agama
c)
Bentuk hukuman berbeza mengikut kelas
d)
Hukuman berasaskan bukti yang kukuh
5.
Senarai berikut adalah pelabuhan awal di Asia Tenggara.
*Jenderam Hilir
* Kuala Berang
* Kuala Selinsing  
Apakah jenis pelabuhan tersebut?
a)
Pelabuhan bebas
b)
Pelabuhan tempatan 
c)
Pelabuhan pembekal 
d)
Pelabuhan kerajaan
6.
Apakah faktor yang membolehkan kerajaan Srivijaya menjadi sebuah kerajaan maritim yang terulung di Asia Tenggara?
a)
Sumber asli diterokai
b)
Bekalan buruh ramai
c)
Angkatan tentera kuat
d)
Sistem pengairan moden
7.
Selepas Abu Talib dan Siti Khadijah meninggal dunia, penentangan terhadap Penyebaran Islam di Makkah semakin meningkat.
 Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW menangani penentangan tersebut? 
a)
Membenarkan orang Islam berhijrah ke Habsyah
b)
Mengadakan rundingan dengan orang Quraisy
c)
Mendapatkan bantuan penduduk Madinah
d)
Mengasingkan diri di dalam Gua Hirak
8.
Mengapakah Perang Al-Basus berlaku selama 40 tahun di Tanah Arab pada Zaman Jahiliah?
a)
Perebutan sumber air
b)
Pelanggaran syarat perjanjian
c)
Menuntut pembebasan tawanan
d)
Mengamalkan semangat assabiah
9.
Mengapakah keadaan di Madinah kurang aman sebelum kedatangan Islam?
I.   Keluasan wilayah
 II.   Ketiadaan ajaran agama
 III.   Penguasaan ekonomi oleh Yahudi
 IV.   Perbalahan antara suku  
a)
A  I dan II 
b)
B  I dan IV 
c)
C  II dan III
d)
D  III dan IV
10.
Maklumat berikut berkaitan dengan perjanjian antara Nabi Muhammad SAW dengan orang Arab Madinah.  
Apakah perkara yang dipersetujui dalam perjanjian tersebut?
I.   Memutuskan hubungan dengan Yahudi II.   Rasulullah menjadi ketua Negara
III.   Beriman kepada Allah dan rasul
IV.   Membantu dalam perjuangan
a)
I dan II 
b)
I dan IV 
c)
II dan III
d)
III dan IV
11.
Kerajaan Bani Umaiyah telah memperkenalkan sistem hijabah bertujuan untuk
a)
mengukuhkan pertahanan laut
b)
mengawal keselamatan khalifah
c)
mengumpul rekod baitulmal
d)
mengurus pelantikan wazir
12.
Bagaimanakah Khalifah Abu Bakar al-Siddiq berjaya mengatasi ancaman kuasa Rom dan Parsi?
a)
Menghantar ekspedisi perang
b)
Mengutus utusan damai
c)
Mendapatkan bantuan luar
d)
Memperkuat angkatan laut
13.
Sultan Iskandar Musa Mahkota Alam telah menubuhkan institusi baitulmal di Acheh. Apakah fungsi institusi tersebut?
a)
Menjaga perbendaharaan Negara
b)
Menguruskan adat istiadat istana
c)
Menyeragamkan sistem pentadbiran
d)
Mengawal pelaksanaan undang-undang
14.
Ulama Islam mengislamkan golongan raja dan bangsawan terlebih dahulu supaya Islam tersebar luas di Asia Tenggara.
Mengapakah ulama Islam bertindak demikian? 
a)
Mematuhi konsep kedaulatan pemerintah
b)
Mengetahui kesetiaan rakyat kepada pemerintah
c)
Menghormati kuasa mutlak pemerintah
d)
Melindungi kepentingan pemerintah
15.
Selepas kedatangan Islam, sistem pendidikan madrasah dilaksanakan di Tanah Melayu.
Apakah ciri sistem pendidikan tersebut? 3   I.   Dilaksanakan secara kelas
II.   Waktu pembelajaran terhad
III.   Keperluan asas disediakan pelajar
IV.   Pendidikan diawasi mudir
a)
I dan II 
b)
I dan IV 
c)
II dan III
d)
III dan IV
16.
Gambar 2 menunjukkan kesibukan pelabuhan Melaka pada abad Ke-15.
Apakah faktor yang menyebabkan kesibukan pelabuhan tersebut?
a)
Bebas cukai
b)
Banyak galian
c)
Pentadbiran cekap
d)
Mata wang seragam
17.
Pergerakan Luddite adalah gerakan sosial oleh pekerja industry tekstil di Britain pada abad ke-19.
Mengapakah gerakan tersebut muncul?
a)
Menentang penggunaan mesin
b)
Menentang penggunaan buruh wanita
c)
Membantah pengurangan masa bekerja
d)
Membantah penubuhan persatuan pekerja
18.
Mengapakah negara berikut menjadi sasaran imperialism Barat pada abad ke-19?
·   China
·   India
a)
Tanah yang subur
b)
Kekayaan bahan mentah
c)
Pasaran keluaran kilang Barat
d)
Pelabuhan perdagangan