NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsPENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
Total questions: 13
Worksheet time: 7mins
Name
Class
Date
1.
Rajah menunjukkan struktur sel tumbuhan. Bahagian ini berfungsi sebagai pusat pengawalan semua aktiviti sel. Apakah bahagian ini?
a)
VAKUOL
b)
KLOROPLAS
c)
NUKLEUS
d)
DINDING SEL
2.
Ali memerhati setitis air kolam di bawah sebuah mikroskop dan mendapati sejenis organisma unisel dalam titisan air itu. Organisma itu tidak berkloroplas tetapi badannya dilitupi struktur yang menyerupai rambut halus. Apakah kemungkinan besar organisma itu?
a)
Ameba
b)
Klamidomonas
c)
Paramesium
d)
Yis
3.
Apakah larutan yang digunakan untuk mewarnakan nukleus sel pipi manusia?
a)
Larutan garam
b)
Larutan metilena biru
c)
Larutan asid
d)
Larutan iodin
4.
Kumpulan manakah terdiri daripada mikroorganisma sahaja?
a)
Euglena, bakteria, paramesium
b)
Bakteria , semut , klamidomonas
c)
Ameba, Paramecium, Jejentik
d)
Lalat, Paramecium, bakteria
5.
Mengapakah udara dianggap sebagai jirim?
a)
mempunyai jisim dan bentuk
b)
tidak mempunyai jisim dan bentuk
c)
mempunyai jisim dan memenuhi ruang
d)
tidak mempunyai jisim dan tidak memenuhi ruang
6.
Bahan X mampu mengalir dan mudah dimampatkan. Antara yang berikut , manakah mungkin bahan X?
a)
Petrol
b)
Oksigen
c)
Aluminium
d)
Air
7.
Antara berikut , yang manakah bukan dibina daripada zarah?
a)
Cahaya
b)
Air
c)
Besi
d)
Udara
8.
Nyatakan kesimpulan berdasarkan pernyataan di bawah.
AIS TIMBUL DI PERMUKAAN AIR
AIS TIMBUL DI PERMUKAAN AIR
a)
Ais lebih ringan daripada air
b)
Ais kurang tumpat daripada air
c)
Jisim ais kurang daripada air
d)
Ais tidak bercampur dengan air
9.
Yang manakah kesan utama pemusnahan hutan ?
a)
Pencemaran udara
b)
Hakisan tanah
c)
Kemerosotan hasil tangkapan ikan
d)
Pemanasan global
10.
Antara bahan berikut yang manakah boleh dikitar semula?
a)
Kertas
b)
Rotan
c)
Kayu
d)
Petrol
11.
Antara berikut, manakah bukan hasil respirasi ?
a)
Nitrogen
b)
Karbon dioksida
c)
Wap air
d)
Tenaga
12.
Antara berikut, yang manakah bukan langkah yang boleh diambil untuk mencegah pencemaran udara?
a)
Menggunakan petrol tanpa plumbum
b)
Memasang penapis asap pada cerobong kilang
c)
Membakar sampah secara terbuka
d)
Berhenti merokok
13.
Mengapakah kebanyakkan rumah di negara kita dicat putih?
a)
Pemantul haba yang baik
b)
Pengesan haba yang baik
c)
Penyerap haba yang baik
d)
Penyinar haba yang baik
Reset
