NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsCopy of Perlindungan Harta Intelek
Total questions: 7
Worksheet time: 4mins
Name
Class
Date
1.
Apakah yang anda faham tentang konsep "Harta Intelek"?
a)
Fakta yang menggambarkan sesuatu situasi ataupun fenomena.
b)
Idea, proses dan karya yang terhasil atas kreativiti individu.
c)
Akta yang menyatakan hak ekslusif tentang sesuatu ciptaan.
d)
Inovasi yang yang berjaya memenangi dalam sesuatu pertandingan.
2.
Antara yang berikut, yang manakah BUKAN hak eksklusif yang melindungi hak intelek?
a)
Pencipta yang boleh mengguna, menghasilkan dan memasarkan karya/produk kreatif.
b)
Jika berlaku pelanggaran akta yang melindungi harta intelek, pencipta boleh mengambil tindakan sivil ataupun jenaya atas individu/kumpulan yang melanggari akta perlindungan harta intelek.
c)
Rang undang-undang memastikan pencipta yang berhak menerima pulangan dan keuntungan daripada penjualan karya/produk kreatif.
d)
Semua orang mengguna, mengedar, menghasilkan dan menjual karya kreatif secara bebas.
3.
Hannah telah menerbitkan sebuah buku rujukan untuk Pendidikan Seni Visual. Sumber kuasa yang manakah akan melindungi hak eksklusif beliau terhadap penerbitannya?
a)
Hak cipta
b)
Paten
c)
Cap Dagangan
d)
Reka bentuk perindustrian
4.
Antara produk inovasi yang berikut, yang manakah sesuai untuk memohon perlindungan dalam bentuk Hak Cipta?
a)
Logo Kedai Kasut
b)
Reka bentuk cawan seramik
c)
Irama dan lirik lagu
d)
Perhiasan gedung beli-belah
5.
Jamil telah menghasilkan kit pembelajaran Sifir yang inovatif untuk pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran. Bagaimanakah Jamil dapat melindungi hasil daripada idea inovasi beliau?
a)
Mendaftar untuk Hak Cipta
b)
Mendaftar untuk Hak Paten
c)
Mendaftar untuk Cap Dagangan
d)
Mnendaftar untuk Reka Bentuk Perindustrian
6.
Khalid, Affendi dan Kumar telah bersama-sama menghasilkan alat canting pelbagai fungsi yang mempunyai kawalan corak dan strok yang pelbagai yang tidak pernah dihasilkan oleh mana-mana pihak.
Apakah bentuk perlindungan yang boleh mereka pohon untuk melindungi idea dan produk inovatif tersebut?
Apakah bentuk perlindungan yang boleh mereka pohon untuk melindungi idea dan produk inovatif tersebut?
a)
Hak cipta
b)
Paten
c)
Cap Dagangan
d)
Reka Bentuk Perindustrian
7.
Dengan perlindungan Akta Hak Cipta, perbadanan yang berikut boleh menguatkuasakan tindakan ke atas penjenaya yang mencetak rompak ataupun menghasilkan produk tiruan yang menjejaskan hak ekonomik pencipta asal kecuali
a)
Polis Diraja Malaysia
b)
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
c)
Kastam dan Imigresen Malaysia
Reset
