wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tatabahasa Tahun 6 (5) SK (1) Selayang Baru

Total questions: 20

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.
“Nasib baiklah semua orang bersetuju untuk bermalam di kaki gunung itu.   ________ terpaksalah kita meredah hutan dalam kegelapan   malam,” kata Omar
a)
Jika tidak
b)
Selain itu
c)
Pada mulanya
d)
Tambahan pula
2.
Aida amat sayang _______________ arnabnya  yang berwarna putih.
a)
tentang
b)
bagi
c)
akan
d)
tiada
3.
Sebatang sungai mengalir  di __________ rumah datuk.
a)
tepian
b)
sisi
c)
depan
d)
belakang
4.
Gasing dan guli masih lagi menjadi kegemaran ramai walaupun permainan ini    permainan ______________________ .
a)
kuno
b)
dahulu
c)
tradisional
d)
lama
5.
 “___________________ dipersilakan menepung tawar pasangan mempelai," ujar Mak Andam kepada para  tetamu.
a)
Awak
b)
Kamu
c)
Kalian
d)
Mereka
6.
 _____________________ acara balapan, semua atlet dikehendaki memakai pakaian sukan yang telah ditetapkan.
a)
Bagi
b)
Di
c)
Para
d)
Dari
7.
Pengetahuan yang dimiliki oleh tokoh sastera itu __________ luas.
a)
amat
b)
benar
c)
betul
d)
nian
8.
Raihan dianggap sombong kerana dia   ….................... .
a)
berat tulang.
b)
berat hati.
c)
berat mata.
d)
berat mulut.
9.
Kereta yang dipandu laju itu ................. ke dalam  tali air yang agak dalam.
a)
tersasar
b)
terbabas
c)
terjatuh
d)
tergelincir
10.
Penduduk kampung  __________  bersetuju dengan  cadangan yang dikemukakan   oleh  Encik Hadi itu.
a)
usah
b)
jangan
c)
bukan
d)
tidak
11.
“Mengapakah __________ bermuram durja? Katakanlah kepada __________ ,”   kata Tuan Puteri Mayang Sari kepada Hang Tuah.
a)
tuan hamba...... beta 
b)
beta...... tuan hamba
c)
tuan hamba...... hamba
d)
hamba...... tuan hamba
12.
Wajah Syamimi nampak _______ , tetapi sebenarnya dia __________ dan baik hati.
a)
tenang  …….  pemurah
b)
bengis …….  pemarah
c)
garang ……… peramah
d)
      ceria............penyayang
13.
Akhirnya, Pak Anam  mendapat hasil yang lumayan daripada..................nya sendiri.
a)
buah tangan
b)
titik peluh
c)
harga diri
d)
durian runtuh
14.
Ayah tidak dapat  minum air teh yang dihidangkan oleh kakak kerana rasanya _________ .  
a)
manis
b)
likat
c)
pahit
d)
kelat
15.
Puan Dinah merasa __________ anggur sementara  Pak Ashraff  menimbang tiga ___________ limau untuk Aina.
a)
sebiji......biji
b)
setangkai......buah
c)
segugus......longgok
d)
setandan......biji
16.
Pak Nasir ___________________ sebatang pokok dengan menggunakan sebilah kapak.
a)
menebang             
b)
menakik
c)
mengerat
d)
memotong
17.
Mak Siti banyak mempelajari  _________________ semasa dia  bertugas sebagai inang di istana.
a)
bahasa halus
b)
bahasa dalam
c)
bahasa pasar
d)
bahasa rojak.  
18.
Ahli pengakap yang tersesat di dalam hutan __________ semalam masih belum  ditemui, walaupun usaha mencarinya telah dilakukan selama dua puluh empat jam.
a)
hingga
b)
daripada
c)
sejak
d)
pada
19.
Dia berasa __________ sekali kerana mendapat kejayaan yang cemerlang dalam   UPSR
a)
paling gembira
b)
sungguh gembira
c)
teramat gembira
d)
tersangat gembira
20.
Hubungan murid-murid yang tinggal di asrama  __________  dan sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain.
a)
seperti isi dengan kuku
b)
seperti aur dengan tebing
c)
seperti enau dengan belukar
d)
seperti bulan dipagar bintang