wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

FIZIK TINGKATAN 5 GELOMBANG

Total questions: 80

Worksheet time: 1hrs 2mins

Name
Class
Date
1.
Gelombang bunyi merupakan
a)
gelombang melintang
b)
gelombang membujur
2.
Gelombang melintang adalah gelombang yang zarah-zarahnya bergerak secara ________ dengan arah perambatan gelombangnya.
a)
berserenjang
b)
selari
3.
Rajah menunjukkan fenomena
a)
pantulan
b)
pembiasan
c)
pembelauan
d)
interferens
4.
Bandul X dikenakan daya dan berayun bebas. Bandul yang manakah akan mengalami resonans?
a)
A
b)
B
c)
C
d)
D
5.
Pelajar mendapati sebatang pensel yang diletakkan di dalam segelas air kelihatan membengkok.
Antara berikut, yang manakah penjelasan yang benar?
a)
Imej pensel dalam air mengalami pantulan.
b)
Imej pensel di dalam air mengalami pembiasan.
c)
Imej pensel di dalam air mengalami pembelauan.
d)
Imej pensel di dalam air mengalami interferens.
6.
Pemandangan indah yang terhasil seperti di dalam gambar adalah disebabkan oleh fenomena
a)
Pantulan
b)
Pembiasan
c)
Pembelauan
d)
Interferens
7.
Gelombang yang melalui celah akan mempunyai amplitud yang lebih _______ kerana tenaga yang dibawa telah __________
a)
tinggi, meningkat
b)
tinggi, berkurangan
c)
rendah, meningkat
d)
rendah, berkurangan
8.
Halaju gelombang bunyi adalah 330 m s-1. Sekiranya Safarah berada 990 m daripada permukaan keras dinding, berapakah masa yang diambil dari saat dia mengucapkan "I love you" dan gema "I love you" itu kembali semula kepadanya?
a)
1.5 saat
b)
3 saat
c)
4.5 saat
d)
6 saat
9.
Siti Nabilah mendapati cahaya inframerah kelihatan daripada alat kawalan pendingin udara apabila dilihat di bawah kamera telefon pintarnya, sedangkan cahaya inframerah itu tidak kelihatan jika dilihat secara terus.
Apakah penjelasan bagi pemerhatian ini?
a)
Telefon pintar mempunyai tetapan khas yang membenarkan mata manusia melihat cahaya inframerah.
b)
Manusia hanya boleh melihat cahaya dalam julat cahaya tampak sahaja.
c)
Cahaya inframerah telah dibelaukan oleh kanta optik telefon pintar.
d)
Mata manusia boleh melihat cahaya inframerah melalui mana-mana jenis telefon pintar.
10.
Apakah sifat sepunya bagi semua gelombang electromagnet?
a)
Memerlukan medium untuk merambat
b)
Merambat dengan halaju yang sama dalam vakum
11.
Apabila suatu sistem dipaksa berayun pada frekuensi aslinya oleh daya luar. Fenomena ini dipanggil
a)
pelembapan
b)
resonans
12.
Suatu gelombang berjalan merambat melalui permukaan air dengan data seperti pada diagram!  
Bila AB ditempuh dalam waktu 8 s, Amplitudo gelombang adalah
a)
3 cm
b)
2 m
c)
1 m
d)
8 m
13.
Suatu gelombang berjalan merambat melalui permukaan air dengan data seperti pada diagram!  
Bila AB ditempuh dalam waktu 8 s,  Perioda gelombang tersebut adalah
a)
3 second
b)
2 second
c)
4 second
d)
8 second
14.
Suatu gelombang berjalan merambat melalui permukaan air dengan data seperti pada diagram!  
Bila AB ditempuh dalam waktu 8 s,  Frekuensi gelombang tersebut adalah
a)
1/3 second
b)
1/2 second
c)
1/4 second
d)
1/8 second
15.
Perhatikan gelombang elektromagnetik berikut ini!
(1)  Infra merah,
(2) televisi,
(3) ultraviolet,
(4) sinar gamma

 maka panjang gelombang  yang paling besar adalah ….
a)
2
b)
1
c)
3
d)
4
16.
Perhatikan gelombang elektromagnetik berikut ini!
(1)  Infra merah,
(2) televisi,
(3) ultraviolet,
(4) sinar gamma

 maka frekuensi  yang paling besar adalah ….
a)
2
b)
1
c)
3
d)
4
17.
Cahaya yang memiliki panjang gelombang 550 nm menyinari celah tunggal yang lebarnya 0,1 mm dan membentuk pola difraksi pada layar sejauh 2 meter daari celah. Jarak minimum antara  pita gelap dan  terang pusat adalah…
a)
11 mm
b)
22 mm
c)
55 mm
d)
5,5 mm
18.
Gelombang cahaya merupakan gelombang, kecuali
a)
Longitudinal
b)
Transversal
c)
Elektromagnetik
d)
Tidak memerlukan medium untuk menjalar
19.
kelawar bergerak waktu malam dengan mengeluarkan gelombang bunyi yang tinggi ______________ dlm julat __________
a)
kenyaringan , ultrasonik
b)
kelangsingan , ultrasonik
c)
kenyaringan, ultraungu
d)
kelangsingan, ultraungu 
20.
seorang pelajar menggetarkan suatu sistem getaran spring sebanyak 4 kali per saat. Panjang gelombang bagi spring tersebut ialah 0.6 m. Berapakah halaju gelombang menerusi spring tersebut?
a)
4.2 ms-1
b)
4.0 ms-1
c)
2.4 ms-1
d)
2.0 ms-1
21.
gelombang radio merambat dengan halaju 3 x 10^8 ms-1. berapakah pnjg gelombng bagi gelombang radio fm yang diterima pada 200 MHz bagi mendapatkan siaran radio tersebut.
a)
1.5 m
b)
5.1 m
c)
1.5 ms-1
d)
5.1 ms-1
22.
gelombang ialah gangguan atau ayunan yg merambat melalui _____________
a)
ruang dalaman
b)
ruang masa
23.
perambatan gelombang menyebabkan pemindahan ____________ dan ____________.
a)
daya , kuasa
b)
daya , momentum
c)
tenaga , momentum
d)
kuasa, tenaga
24.
gelombang melintang adalah zarah -zarah bergetar pada arah ________ dgn arah perambatan gelombang
a)
selari
b)
sesiri
c)
berserenjang
25.
gelombang air, gelombang cahaya dalah contoh bagi __________
a)
gelombang membujur
b)
gelombang melintang
26.
contoh gelombang membujur adalah ___________
a)
gelombang bunyi
b)
gelombang masa
c)
gelombang air
d)
gelombang cahaya
27.
___________________ mesti dikenakan kpd sistem ayunan untuk membolehkan sistem berayun
a)
tenaga
b)
kuasa
c)
daya luar
28.
Ayunan paksa adalah daya luar membekalkan ___________ kpd sistem memaksa sistem berayun 
a)
kuasa
b)
tenaga
c)
masa
29.
________________ adlh frekuensi sesuatu sistem yang bergetar sendiri tnpa sebarang daya luar yang bertindak keatasnya.
a)
frekensi asli
b)
frekuensi luar
c)
frekuensi radio
30.
dalam eksp. interferens gelombang, 2 pembesar suara diletakkan pd jarak 1.5 mantara satu sama lain. jarak ant 2 bunyi lemah yg berturutan ialah 6.0 m & pendengar berada pada jarak 4.5 m dari pembesar suara. berapakah pnjg gelombang bunyi yg digunakan.
a)
1.5 m
b)
6.0 m
c)
4.5 m
d)
2.0 m
31.
gelombang bunyi boleh diklasifikasi sebagai ___________
a)
gelombang mekanikal
b)
gelombang teknikal
c)
gelombang elektrikal
32.
gelombang bunyi tidak boleh merambat dalam _____________
a)
udara
b)
valum
c)
vakum
33.
gajah dan badak sumbu berkomunikasi menggunakan __________
a)
mulut
b)
belalai
c)
hati
d)
infrasonik
34.
kenyaringan dipengaruhi oleh _____________
a)
frekuensi
b)
frekuensi asli
c)
amplitud
d)
daya luar
35.
kelangsingan dipengaruhi oleh __________
a)
frekuensi
b)
frekuensi asli
c)
amplitud
d)
daya luar
36.
isyarat sonar telah dihantar secara menegak ke dasar laut dari sebuah kapal dan dipantulkan dari dasar laut dan dikesan oleh mikrofon 0.8 s selepas dipancarkan. jika halaju bunyi dalam air ialah 1500 ms-1, berapak kedalaman dasar laut itu?
a)
700 m
b)
600 m
c)
6000 m
d)
7000 m
37.
seorang lelaki berdiri di hadapan sebuah dinding yg besar pada jarak 50 m. dia menepuk tangan dan sela masa antara 20 tepukan dan gemanya ialah 12.0 s. berapak halaju bunyi itu?
a)
16.67 ms-1
b)
1.667 ms-1
c)
166.67 ms-1
d)
1666.67 ms-1
38.
namakan fenomena yang terlibat
a)
interferens
b)
pembelauan
c)
pembelauan dan pantulan
d)
pembiasan
39.
Rajah menunjukkan sebuah bandul ringkas sedang berayun pada tiga kedudukan berlainan iaitu P, Q dan R.
Satu getaran lengkap adalah gerakan
a)
P ke Q
b)
P ke R
c)
P ke R dan R ke Q
d)
P ke R dan R ke P
40.
Rajah menunjukkan graf sesaran-masa gerakan satu jasad.
Yang manakah merupakan amplitud?
a)
A
b)
B
c)
C
d)
D
41.
Rajah menunjukkan sebuah bandul ringkas berayun dari titik P ke Q dan kembali ke Q  sebanyak 20 kali dalam masa 13.8 s.
Berapakah tempoh ayunan bandul itu?
a)
0.69 s
b)
1.38 s
c)
1.45 s
d)
27.6 s
42.
Tempoh ayunan sebuah bandul ringkas bertambah apabila ________________________ bertambah
a)
Panjang tali
b)
Jisim ladung
c)
Pecutan graviti
d)
Amplitud ayunan
43.
Satu spring berayun dengan frekuensi asli 10Hz. Resonans akan berlaku apabila satu daya luar dikenakan pada frekuensi
a)
0 Hz
b)
5 Hz
c)
10 Hz
d)
20 Hz
44.
Rajah menunjukkan 5 buah bandul yang di gantung pada dawai logam MN . Bandul P disesarkan ke sisi dan kemudian dilepaskan. 
Bandul yang manakah berayun dengan amplitud yang maksimum ?
a)
W
b)
X
c)
Y
d)
Z
45.
Rajah menunjukkan susunan radas yang digunakan oleh seorang pelajar untuk menghasilkan fenomena resonans tetapi tidak berjaya.
Kegagalan ini boleh diatasi dengan
a)
Menambahkan jisim ladung 
b)
Mengayunkan ladung dengan lebih kuat
c)
Menggantikan tali dengan tali getah yang kenyal.
d)
Menggantikan rod besi  tegar dengan dawai lembut
46.
Rajah  menunjukkan dua tala bunyi yang serupa diletakkan sebelah menyebelah didalam makmal. Apabila tala bunyi yang pertama diketuk, getaran yang terhasil telahmemaksa tala bunyi yang kedua bergetar dengan amplitud maksimum.   Situasi yang manakah paling tepat menerangkan fenomena tersebut?
a)
Pelembapan
b)
Resonans
c)
Modulasi
d)
Gema
47.
Rajah menunjukkan dua gambar berturut-turut sebuah pembesar suara dengan sebatang lilin menyala di hadapannya.
Pemerhatian pada nyalaan lilin menunjukkan bahawa gelombnag bunyi adalah
a)
Gelombang melintang
b)
Gelombang berkutub
c)
Gelombang membujur
d)
Gelombang elektromagnet
48.
Gambar rajah menunjukkan sejenis gelombang melintang. Pasangan  titik manakah merupakan panjang gelombang bagi gelombang itu?
a)
AC
b)
BD
c)
BE
d)
AF
49.
Rajah menunjukkan suatu spring slinki digetarkan untuk menghasilkan gelombang membujur.      
Panjang gelombang bagi gelombang itu adalah
a)
15 cm
b)
30 cm
c)
45 cm
d)
60 cm
50.
Rajah  menunjukkan seorang budak sedang menghasilkan satu gelombang melintang di  sepanjang satu tali dengan ayunan pada hujung tali itu. Jika tangan budak itu bergerak naik-turun pada empat ayuan lengkap per saat, apakah laju gelombang melintang sepanjang tali itu?
a)
3 ms-1
b)
6 ms-1
c)
12 ms-1
d)
14 ms-1
51.
Rajah menunjukkan satu set gelombang air berbentuk satah bergerak menuju ke satu pemantul yang diletakkan dalam sebuah tangki riak.
Antara berikut yang manakah akan berubah selepas gelombang itu terkena pemantul?
a)
Frekuensi gelombang
b)
Panjang gelombang
c)
Arah gelombang
d)
Laju gelombang
52.
Gema adalah merupakan fenomena yang disebabkan  _______________________   gelombang bunyi.
a)
Pembelauan
b)
Pembiasan
c)
Pantulan
d)
Interferens
53.
Rajah menujukkan gelombang bunyi dipantulkan daripada sebuah dinding batu bata.         Berbanding dengan gelombang tuju, gelombang pantulan adalah mempunyai 
a)
Panjang gelombang lebih pendek
b)
Amplitud lebih besar
c)
Halaju yang sama
d)
Laju yang sama
54.
Rajah menunjukkan sebuah tangki riak yang mengandungi dasar Condong dan mengandung air.Gelombang air berbentuk satah dihasilkan oleh penggetar lurus di hujung X  dan merambat ke arah Y.
Antara kuantiti berikut yang manakah bertambah ?
a)
Laju
b)
Amplitud
c)
Frekuensi
55.
Rajah menunjukkan gelombang satah merambat menuju satu kawasan air cetek dalam sebuah tangki riak.
Manakah antara berikut boleh berlaku semasa  gelombang melalui kawasan cetek itu?
a)
Arah perambatan gelombang tetap
b)
Frekuensi gelombang tetap
c)
Panjang gelombang bertambah
d)
Halaju gelombang bertambah
56.
Rajah menunjukkan satu siri gelombang air satah yang bergerak dari kawasan P menuju ke kawasan Q dalam sebuah tangki riak.
Antara pernyataan yang berikut yang manakah menerangkan perubahan arah gerakan gelombang air itu?
a)
Ketumpatan air adalah lebih tinggi di kawasan P daripada kawasan Q.
b)
Dalamnya air kawasan P adalah lebih daripada di kawasan Q
c)
Laju gelombang air adalah lebih tinggi di kawasan Q daripada kawasan P
d)
Amplitud gelombang air adalah lebih tinggi di kawasan  Q daripada kawasan P.
57.
Rajah menunjukkan satu  pemerhatian yang diperolehi dalam satu eksperimen gelombang air dengan menggunakan  tangki riak Pemerhatian  ini menunjukkan   fenomena
a)
Pantulan
b)
Pembiasan
c)
Pembelauan
d)
Interferens
58.
Rajah menunjukkan perambatan gelombang air dari kawasan dalam ke kawasan cetek. Halaju gelombang air di kawasan dalam ialah 36 cm s-1 dan 27 cm s-1 di kawasan cetek.
Berapakah panjang gelombang bagi gelombang air di kawasan cetek ?
a)
2.25 cm
b)
3.00 cm
c)
4.00 cm
d)
6.75 cm
59.
Rajah  menunjukkan gelombang air dibelau selepas melalui satu celah. Tindakan manakah akan menghasilkan gelombang terbelau membulat?
a)
Tambah frekuensi gelombang
b)
Tambah kelajuan gelombang
c)
Kurangkan panjang gelombang
d)
Kurangkan saiz celah
60.
Rajah  menunjukkan ombak sedang  menuju ke sebuah  pelabuhan.
Antara pernyataan-pernyataan berikut, yang  manakah betul  mengenai ombak di Q?
a)
Frekuensi berkurang
b)
Halaju bertambah
c)
Panjang gelombang bertambah
d)
Tenaga gelombang berkurang
61.
Rajah menunjukkan gelombang dipancarkan oleh stesen pemancar dihalang oleh bukit.   Antara berikut yang manakah menerangkan set televisyen masih dapat menerima   pancaran gelombang.
a)
Pantulan
b)
Pembiasan
c)
Pembelauan
d)
Interferens
62.
Manakah pernyataan berikut adalah paling baik menerangkan mengapa bunyi lebih mudah di belau berbanding cahaya?
a)
Bunyi ialah gelombang membujur
b)
Laju bunyi lebih lambat berbanding cahaya
c)
Bunyi memerlukan medium untuk perambatannya.
d)
Panjang gelombang bunyi lebih panjang berbanding cahaya.
63.
Rajah menunjukkan corak interferens yang dihasilkan oleh gelombang air Antara titik-titik A,B,C atau  D, titik manakah mempunyai amplitud sifar? 
a)
A
b)
B
c)
C
d)
D
64.
Rajah menunjukkan superposisi dua gelombang air.
Di titik manakah interferens membina berlaku?
a)
P dan Q
b)
R dan S
c)
P dan R
d)
Q dan S
65.
Rajah menujukkan gelombang satah bagi gelombang air menuju dua bukaan yang sempit.   Fenomena-fenomena gelombang yang terlibat selepas gelombang melalui bukaan sempit itu adalah 
a)
Pantulan
b)
Pembelauan
c)
Interferens
d)
Pembiasan
66.
Rajah menunjukkan fenomena inteferens gelombang air daripada dua sumber koherens S1 and S2.
Berapakah panjang gelombang bagi gelombang air tersebut?
a)
0.8 cm
b)
1.2 cm
c)
3.2 cm
d)
5.0 cm
67.
Rajah menunjukkan corak interferens bagi gelombang air. Jarak antara dua nod berturutan, x akan meningkat  apabila
a)
panjang gelombang air berkurang 
b)
jarak antara dua sumber koheran berkurang
c)
jarak bersudut tepat dari sumber ke kedudukan di mana x diukur, D berkurang
68.
Cahaya monokromatik adalah bermaksud cahaya yang mempunyai satu   ­­_________
a)
fasa
b)
amplitud
c)
warna
d)
keamatan
69.
Rajah menujukkan satu cahaya monokromatik melalui dua celahan sempit.
Antara berikut yang manakah  terhasil pada skrin?
a)
spektrum warna 
b)
dua pinggir cerah
c)
dua pinggir gelap
d)
pinggir cerah dan gelap berselang seli
70.
Dalam satu eksperimen dwicelah Young apabila cahaya hijau yang mempunyai panjang gelombang  5 x 10 - 7 m digunakan, jarak antara pinggir-pinggir berturutan adalah 4 x 10 -4  m. Jika eksperimen ini diulangi dengan cahaya X didapati jarak antara pinggir-pinggir adalah  4.8 x 10-4  m. Panjang gelombang cahaya X adalah
a)
2.4 x 10 - 7 m
b)
4.2 x 10 - 7 m
c)
5.0 x 10 - 7 m
d)
6.0 x 10 - 7 m
71.
Pernyataan yang manakah berikut adalah tidak benar mengenai gelombang bunyi?
a)
Terhasil daripada siri mampatan dan renggangan udara
b)
Merupakan gelombang membujur
c)
Merupakan gelombang mekanik
d)
Boleh melalui vakum
72.
Antara kaedah-kaedah berikut , yang  manakah adalah  untuk mengurangkan gema di dalam sebuah dewan yang tertutup?
a)
Dinding direkabentuk menggunakan bahan yang keras dan licin
b)
Dinding di bahagian dalam dilitupi dengan span
c)
Lantai direkabentuk menggunakan bahan yang licin
d)
Kesemua langsir-langsir di pintu-pintu dan di  tingkap-tingkap ditanggalkan
73.
Apabila kita meniarap di atas landasan sebuah keretapi yang diperbuat daripada keluli bunyi keretapi daripada jauh boleh kedengaran tetapi apabila kita berdiri pada tempat yang sama bunyi keretapi tidak kedengaran. Ini adalah disebabkan 
a)
Laju bunyi dalam udara lebih laju daripada dalam keluli.
b)
Laju bunyi dalam keluli lebih laju daripada dalam udara
c)
Bunyi tidak boleh merambat dalam udara.
d)
Bunyi tidak boleh merambat dalam keluli.
74.
Dua not muzik dihasilkan oleh sebuah gitar. Not yang kedua lebih kuat dan lebih langsing. Not kedua ini mempunyai 
a)
amplitud lebih tinggi dan frekuensi lebih rendah
b)
amplitud dan frekuensi lebih tinggi
c)
amplitud dan frekuensi lebih rendah
d)
amplitud lebih rendah dan frekuensi lebih tinggi
75.
Rajah  menunjukkan seorang budak lelaki menjerit ke arah bangunan sekolah. Hitung masa yang diambil oleh budak lelaki tersebut untuk mendengar gema suaranya. [Laju bunyi di udara ialah 340 m s-1]
a)
0.07 s
b)
0.13 s
c)
0.26 s
d)
3.78 s
76.
Yang manakah di antara berikut bukan satu gelombang elektromagnet?  
a)
gelombang radio
b)
gelombang bunyi
c)
gelombang mikro
d)
sinar gama
77.
Antara pernyataan berikut yang manakah sifat sepunya gelombang elektromagnet?
a)
Mempunyai frekuensi yang sama
b)
Mempunyai halaju yang sama dalam vakum
c)
Mempunyai panjang gelombang yang   sama
78.
Manakah di antara warna berikut mempunyai panjang gelombang yang terpendek ?
a)
biru
b)
merah
c)
hijau
d)
ungu
79.
Rajah menunjukkan satu isyarat yang dipancarkan untuk menentukan kedudukan kapal terbang.         Apakah jenis gelombang yang digunakan?
a)
Gelombang radio
b)
Gelombang mikro
c)
Gelombang cahaya
d)
Gelombang bunyi
80.
Di antara alat-alat berikut yang manakah tidak mempunyai elemen pemanas di dalamnya
a)
Seterika
b)
Pembakar roti
c)
Pengering rambut
d)
Ketuhar gelombang mikro