wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pemahaman(3) SK(1)Selayang Baru

Total questions: 20

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.
Pilih ayat yang sama maksud  dengan ayat  yang diberikan.

“Jangan putus asa. Cuba lagi, “ kata ayah kepada Rahim.  
a)
Ayah Rahim tidak berputus asa.
b)
Ayah menyuruh Rahim tidak putus asa.
c)
Ayah memarahi Rahim kerana dia putus asa.
d)
 Ayah menasihati Rahim supaya tidak berputus asa.
2.
Pilih ayat yang sama maksud  dengan ayat  yang diberikan.
 
 Selepas Jasni makan nasi, Jasni akan ke padang bola sebelum dia ke kedai. 
a)
Jasni akan ke padang bola setelah ke kedai, kemudiannya ke kedai. 
b)
Jasni ke padang bola selepas ke kedai dan sebelum makan nasi.
c)
Jasni ke kedai selepas ke padang bola dan sebelum makan nasi. 
d)
Jasni akan makan nasi sebelum ke kedai.
3.
Pilih perkataan yang berlawanan dengan perkataan yang bergaris.

 
Hazami panik apabila bas ekspres yang dinaiki terbabas.
 
a)
tenang
b)
tenteram
c)
mengamuk
d)
menggelabah
4.
Pilih perkataan yang berlawanan dengan perkataan yang bergaris.  

Semasa guru tiba di bilik darjah itu, keadaannya sungguh bising.
 
a)
sunyi
b)
kemas
c)
sentiasa
d)
berselerak
5.
Pilih ayat yang sama maksud  dengan ayat  yang diberikan.

 
“ Jangan minum air yang kotor itu,” kata Aziz kepada Badri.
 
a)
Aziz memarahi Badri kerana minum air yang kotor itu. 
b)
Badri menghalang Aziz minum air yang kotor itu.
c)
Aziz melarang Badri minum air yang kotor itu. 
d)
 Badri dan Aziz minum air yang kotor itu.
6.
Pilih ayat yang sama maksud  dengan ayat  yang diberikan.

Penjaja itu membuang sampah ke dalam longkang.
 
a)
 Sampah longkang itu dibuang penjaja ke dalam longkang.
b)
Sampah dibuang oleh penjaja itu ke dalam longkang.
c)
Sampah penjaja di dalam longkang itu dibuangnya.
d)
Sampah membuang penjaja ke dalam longkang.
7.
Pilih ayat yang sama maksud  dengan ayat  yang diberikan.

Muiz disuruh oleh ibunya agar makan ubat supaya demamnya sembuh dengan cepat.
   
a)
"Ibu diarahkan supaya menyuruh kamu makan ubat agar demam kamu cepat sembuh,” kata ibunya. 
b)
 “Muiz, makan ubat ini supaya demam kamu cepat sembuh,” kata ibunya. 
c)
 “Jangan makan ubat ini supaya demam kamu cepat sembuh,” kata ibu Muiz. 
d)
“Demam ibu cepat sembuh kerana ibu makan ubat,” kata ibu Muiz.
8.
Pilih ayat yang sama maksud  dengan ayat  yang diberikan.
 
Kaki Yasin dan Najib dipukul oleh guru disiplin.  
a)
Yasin dan Najib memukul kaki Guru Disiplin. 
b)
Yasin memukul kaki Najib dan Guru Disiplin.
c)
Guru disiplin memukul kaki Najib dan Yasin.
d)
Guru disiplin terpukul kaki Yasin dan Najib.
9.
Pilih ayat yang sama maksud  dengan ayat  yang diberikan.
 “Kamu mesti menyiapkan karangan itu sekarang juga,” kata Cikgu Yati kepada Tarmizi.  
a)
 Tarmizi meminta Cikgu Yati menyiapkan karangannya pada masa itu juga. 
b)
Cikgu Yati meminta Tarmizi menyiapkan karangannya pada masa itu juga. 
c)
 Tarmizi menyiapkan karangan untuk Cikgu Yati pada masa itu juga. 
d)
Cikgu Yati menyiapkan karangan Tarmizi pada masa itu juga.
10.
Pilih ayat yang sama maksud  dengan ayat  yang diberikan.
 “Masalah itu timbul kerana kecuaian saya ketika menjalankan tugas,” kata pekerja itu kepada pengurusnya.   
a)
Pekerja itu meminta pengurusnya agar tidak cuai sewaktu bekerja dan menimbulkan masalah. 
b)
Pekerja itu memarahi pengurusnya kerana bersikap cuai sehingga menimbulkan masalah sewaktu bekerja. 
c)
Pekerja itu memberitahu pengurusnya bahawa masalah itu timbul disebabkan kecuaiannya semasa menjalankan tugas.
d)
Pengurus itu meminta pekerjanya mengaku bahawa dia telah bersikap cuai dan menimbulkan masalah dalam pekerjaan.
11.
Pilih ayat yang sama maksud  dengan ayat  yang diberikan.
Membuat kerja-kerja rumah bukanlah satu penghalang kepadanya walaupun dia seorang yang cacat.  
a)
Bagi insan yang cacat sepertinya tentulah ada halangan untuk dia melakukan kerja-kerja rumah. 
b)
Walaupun dilahirkan sebagai insan yang cacat, pastinya dia tidak mampu melakukan kerja-kerja rumah.
c)
Melakukan kerja-kerja rumah menjadi penghalang yang besar kepadanya kerana dia dilahirkan sebagai insan yang cacat.
d)
Walaupun dia dilahirkan sebagai seorang yang cacat, namun tidak menjadi penghalang untuk dia melakukan kerja-kerja rumah.
12.
Pilih perkataan yang berlawanan dengan perkataan yang bergaris.
   
Wajah Mak Limah kelihatan suram apabila anaknya tidak pulang berhari raya.  
a)
bergemerlapan
b)
bercahaya
c)
bersinar
d)
berseri
13.
Pilih perkataan yang berlawanan dengan perkataan yang bergaris.  

Mereka sering mengadakan perbincangan pada hujung minggu untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul.
 
a)
selalu
b)
kerap
c)
sentiasa
d)
jarang-jarang
14.
Pilih perkataan yang berlawanan dengan perkataan yang bergaris.  

 
Ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah.
 
a)
membataskan
b)
menghalang
c)
menyuruh 
d)
menyeru
15.
Pilih perkataan yang berlawanan dengan perkataan yang bergaris.  

Pak Mail mengorek lubang untuk menanam tin-tin kosong.
 
a)
 menambah
b)
menimbun
c)
menimbus
d)
menurap
16.
Pilih perkataan yang berlawanan dengan perkataan yang bergaris.  

Dila berasa terkongkong dengan peraturan yang dikenakan oleh keluarganya itu.
 
a)
lepas
b)
ceria
c)
bebas
d)
merdeka
17.
Pilih ayat yang sama maksud  dengan ayat  yang diberikan.
Pertandingan Tilawah Al-Quran itu telah mendapat sambutan hangat daripada peserta tempatan dan luar negara. 
a)
Sambutan peserta tempatan dan Iuar negara yang hangat telah diberikan kepada pertandingan Tilawah Al-Quran itu. 
b)
Sambutan yang hangat telah diberikan oleh peserta tempatan dan Iuar negara terhadap pertandingan Tilawah Al-Quran itu. 
c)
Sambutan hangat terhadap pertandingan Tilawah Al-Quran itu telah diberikan kepada peserta tempatan dan Iuar negara. 
d)
Sambutan daripada peserta tempatan dan Iuar negara yang hangat telah diberikan terhadap pertandingan Tilawah Al-Quran itu.
18.
Pilih ayat yang sama maksud  dengan ayat  yang diberikan.  
Rajesh mempelawa Moorthi berkelah bersama-sama keiuarganya di Pantai Tanjung Aru pada minggu depan. 
a)
 Rajesh yang akan berkelah di Pantai Tanjung Aru pada minggu depan telah mengajak Moorthi turut serta. 
b)
Rajesh yang akan berkelah pada minggu depan di Pantai Tanjung Aru turut mempelawa Moorthi serta keluarganya. 
c)
Rajesh yang akan berkelah di Pantai Tanjung Aru pada minggu depan telah mempelawa Moorthi turut serta bersama-sama keluarganya. 
d)
Rajesh yang akan menyertai keluarganya di Pantai Tanjung Aru pada minggu depan telah mengajak Moorthi berkelah bersama dengannya.
19.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


“Pada cuti sekolah ini, saya akan balik kampung untuk mengunjungi ibu saudara saya,” kata Kasim kepada Johar.

a)

Pada cuti sekolah ini, ibu saudara Kasim akan balik kampung untuk menziarahi ibu saudaranya.

b)

Ibu saudara Kasim memberitahu Johar bahawa dia akan mengunjungi Kasim pada cuti sekolah ini di kampung.

c)

Kasim memberitahu Johar bahawa dia akan balik kampung pada cuti sekolah ini kerana ingin menziarahi ibu saudaranya.

d)

Kasim diberitahu Johar bahawa dia akan balik kampung pada cuti sekolah ini kerana ingin menziarahi ibu saudaranya.

20.
Pilih ayat yang sama maksud  dengan ayat  yang diberikan.

“ Berapakah harga sehelai kemeja ini? “ tanya Ah Seng kepada penjual itu.
 
a)
 Ah Seng ingin membeli sehelai kemeja yang murah harganya daripada penjual itu. 
b)
Ah Seng ingin menjual sehelai kemeja lalu bertanya akan harganya kepada penjual itu.
c)
Ah Seng bertanya kepada penjual itu tentang harga sehelai kemeja.
d)
Penjual itu memberitahu Ah Seng akan harga sehelai kemeja.