wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pemahaman (4) SK(1)Selayang Baru

Total questions: 24

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.
Pilih ayat yang sama maksud  dengan ayat  yang diberikan.
"Daniel, tolong sapu sampah di halaman rumah," kata ibu.  
a)
 Daniel meminta ibunya menyapu sampah di halaman rumah. 
b)
 Ibu meminta Daniel membersihkan halaman rumah. 
c)
 Halaman rumah perlu disapu oleh ibu dan Daniel.
d)
Ibu menyapu halaman rumah Daniel.
2.
Pilih ayat yang sama maksud  dengan ayat  yang diberikan.
Di halaman rumah sampah bertaburan.  
a)
 Sampah bertaburan di halaman rumah. 
b)
Bertaburan di halaman rumah sampah. 
c)
Sampah di halaman rumah bertaburan. 
d)
Bertaburan sampah di halaman rumah.
3.
Pilih perkataan berlawan dengan perkataan yang bergaris dalam ayat di bawah.  
Bukit di kawasan Taman Muzafar Shah Ayer Keroh itu kelihatan landai.   
a)
datar
b)
curam
c)
cerun
d)
tegak
4.
Pilih ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang diberikan.
Sahabat baik saya yang bernama Susila telah menghadiahkan sebatang pen kepada saya.  
a)
Saya menerima hadiah sebatang pen daripada sahabat baik saya yang bernama Susila. 
b)
Sebatang pen telah dijadikan hadiah untuk saya oleh sahabat baik saya, Susila.
c)
Susila adalah sahabat baik saya kerana telah menghadiahkan sebatang pen. 
d)
 Hadiah berupa sebatang pen itu dihadiahkan oleh Susila kepada saya. 
5.
Pilih ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang diberikan.
“Jangan bermain di luar rumah, Akasyah. “ kata Mak Cik Faridah kepada anak kesayangannya.      
a)
Mak Cik Faridah melarang anak kesayangannya Akasyah bermain di luar rumah. 
b)
 Mak Cik Faridah mencegah anak kesayangannya bermain di luar rumah. 
c)
Mak Cik Faridah menghalang anak kesayangannya Akasyah bermain.
d)
Mak Cik Faridah mennyuruh anak kesayangannya Akasyah bermain.
6.
Pilih perkataan berlawan dengan perkataan yang bergaris dalam ayat di bawah.
Syahar melekatkan gambar penyanyi itu pada pintu almari pakaiannya. 
a)
menanggalkan
b)
menampalkan
c)
mendapatkan
d)
meletakkan
7.
Pilih perkataan berlawan dengan perkataan yang bergaris dalam ayat di bawah.  
Azlinda dilantik sebagai Ketua Murid sekolah kami pada tahun ini. 
a)
dihalau
b)
dipecat
c)
dipuji
d)
dikeji
8.
Pilih ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang diberikan.
“Roslan telah dihantar berkursus di luar negara oleh majikannya,” kata Sofea kepada ibunya.    
a)
 Ibunya memberitahu Sofea bahawa Roslan telah dihantar berkursus di luar negara oleh majikannya.
b)
Sofea memberitahu ibunya bahawa Roslan telah dihantar berkursus di luar negara oleh majikannya. 
c)
Sofea memberitahu Roslan bahawa ibunya dihantar berkursus di luar negara oleh majikannya.
d)
Sofea memberitahu bahawa majikan ibu Roslan dihantar ke luar negara untuk berkursus.
9.
Pilih ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang diberikan.
Puan Natasha melarang Nabila melompat-lompat di atas katil.    
a)
 “Jangan melompat-lompat di atas katil,” kata Nabila kepada Puan Natasha.
b)
 “Usah melompat-lompat di atas katil itu,” kata Puan Natasha kepada Nabila.
c)
“Nabila bahaya melompat-lompat di atas katil itu,” jerit Puan Natasha. 
d)
“Nabila silalah melompat dari atas katil itu,” kata Puan Natasha.
10.
Pilih ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang diberikan.
Puan Jisma bekerja sebagai tukang masak di sebuah hotel terkemuka. 
a)
Hotel itu mempunyai seorang tukang masak yang terkemuka.
b)
Puan Jisma seorang tukang masak yang terkemuka di hotel itu. 
c)
Seorang tukang masak yang terkemuka bekerja di hotel Puan Jisma. 
d)
Puan Jisma bekerja di sebuah hotel terkemuka sebagai tukang masak.
11.
Pilih ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang diberikan.
Setelah meninggalkan kampungnya selama lima tahun, akhirnya Mahadi pulang menemui ibunya.     
a)
Mahadi pulang ke kampung untuk menemui ibunya selama lima tahun.
b)
Setelah meninggalkan kampung ibunya selama lima tahun, Mahadi pun pulang.
c)
Ibu Mahadi pulang ke kampung setelah meninggalkan kampungnya selama lima tahun. 
d)
Mahadi pulang menemui ibunya setelah meninggalkan kampung selama lima tahun.
12.
Pilih ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang diberikan.
Aiman memohon maaf kepada Pak Cik Omar kerana telah memecahkan cermin tingkap rumahnya. 
a)
“Maafkan saya kerana telah memecahkan cermin tingkap rumah Pak Cik Omar,” kata Aiman.
b)
“Maafkan kami kerana telah memecahkan cermin tingkap rumah Pak Cik Omar,” kata Aiman. 
c)
“Maafkan dia kerana telah memecahkan cermin tingkap rumah Pak Cik Omar,” kata Aiman. 
d)
 “Maafkan mereka kerana telah memecahkan cermin tingkap rumah Pak Cik Omar,” kata Aiman.
13.
Pilih perkataan berlawan dengan perkataan yang bergaris dalam ayat di bawah.
Kedai runcit yang diusahakan oleh Mak Cik Limah semakin maju kerana dia sentiasa melayan para pelanggannya dengan mesra. 
a)
mundur
b)
untung
c)
senang
d)
jaya
14.
Pilih perkataan berlawan dengan perkataan yang bergaris dalam ayat di bawah.
Bangunan lama itu tidak akan dirobohkan kerana ada nilai sejarah.  
a)
didirikan
b)
dileraikan
c)
ditinggikan
d)
dilepaskan
15.
Pilih ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang diberikan.
Pakaian yang telah berlipat itu disimpan oleh Kak Ina di dalam almari.    
a)
 Almari digunakan oleh Kak Ina untuk menyimpan pakaian yang telah berlipat. 
b)
Kak Ina menyimpan pakaian yang telah berlipat itu di dalam almari. 
c)
Kak Ina melipat pakaian itu lalu menyimpannya di dalam almari. 
d)
Pakaian Kak Ina yang telah berlipat disimpan di dalam almari.
16.
Pilih ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang diberikan.
“Kamu perlu rajin berusaha jika mahu berjaya dalam pelajaran,” kata Cikgu Azlee kepada Aziz.  
a)
Cikgu Azlee memuji Aziz kerana berusaha dengan rajin demi mencapai kejayaan dalam pelajaran.
b)
Cikgu Azlee mengingatkan Aziz agar berusaha dengan lebih rajin jika ingin berjaya dalam pelajaran. 
c)
 Aziz memberitahu Cikgu Azlee bahawa dia berjaya dalam pelajaran kerana dia rajin berusaha.
d)
Aziz meminta nasihat daripada Cikgu Azlee tentang cara-cara untuk berjaya dalam pelajaran.
17.
Pilih ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang diberikan.
Fitriah mencontohi kejayaan Kak Maziah yang sangat cemerlang dalam pelajaran.  
a)
Kecemerlangan Kak Maziah dalam pelajaran dicontohi oleh Fitriah.
b)
Kak Maziah cemerlang sungguh dalam pelajaran supaya dicontohi oleh Fitriah. 
c)
Kejayaan Fitriah yang cemerlang mendorong kejayaan Kak Maziah dalam pelajaran. 
d)
Kecemerlangan Kak Maziah mendorong Fitriah menjadikannya sebagai contoh.
18.
Pilih ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang diberikan.
 “Usah biarkan kipas dan lampu terpasang apabila kamu tiada di dalam bilik,” kata emak kepada abang.  
a)
Emak mengarahkan abang memasang kipas dan lampu jika dia ada di dalam bilik.
b)
Abang dilarang oleh emak memasang lampu dan kipas jika dia berada di dalam bilik. 
c)
Emak menggesa abang yang tiada di dalam bilik supaya menutup kipas dan lampu. 
d)
Emak mengingatkan abang agar menutup kipas dan lampu jika dia tidak ada di dalam bilik.
19.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.  
Kami menghadapi perjalanan yang sukar kerana lereng bukit yang curam dan licin.  
a)
Lereng bukit yang curam dan licin menyebabkan perjalanan kami menjadi sukar.
b)
Lereng bukit yang curam dan licin membuatkan kami berada dalam kesukaran.
c)
Kesukaran kami berpunca daripada lereng bukit yang curam dan licin.
d)
Kami berjalan di lereng bukit yang curam dan licin. 
20.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.  
“Usahlah kamu memilih kerja kerana persaingan terlalu banyak,” kata bapa kepada Halim. 
a)
Bapa menasihati Halim supaya tidak terlalu memilih pekerjaan kerana persaingan terlalu banyak.
b)
Bapa berasa amat risau kerana Halim sukar mendapat pekerjaan kerana dia terlalu memilih kerja. 
c)
Halim dan bapanya berbincang tentang masalah persaingan untuk mendapatkan pekerjaan.
d)
Halim ditegur oleh bapanya kerana dia terlalu memilih pekerjaan.
21.

________ keluarganya miskin, _________ dia tidak akan menjadi peminta sedekah untuk menyara keluarganya.


a)

Kendatipun ... walhal

b)

Walaupun ... padahal

c)

Sungguhpun ... namun

d)

Walau bagaimanapun ... malahan

22.

“________________, berita ini disampaikan oleh laksamana kepada ________________ sebentar tadi,” kata bendahara kepada sultan.


a)

Baginda … saya

b)

Tuanku … patik

c)

Beta … hamba

d)

Patik … beta

23.

“Jika ________________ tidak keberatan, marilah ikut ________________ pulang ke kampung,” kata Zizi kepada rakan karibnya.


a)

anda … hamba

b)

engkau … aku

c)

kamu … kita

d)

kami … saya

24.

__________ tetamu yang hadir diminta duduk di tempat __________ kerana majlis perasmian dewan sekolah itu akan diadakan sebentar lagi.


a)

Semua ... tiap-tiap

b)

Setengah ... setiap

c)

Beberapa ... segala

d)

Para ... masing-masing