wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tokoh Terbilang (Sejarah Tahun 4)

Total questions: 10

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.
Bagi memastikan pelaksanaan sistem pentadbiran yang sistematik, tokoh ini perlu berbincang dengan para pembesar Melaka. 

Siapakah tokoh yang dimaksudkan?
a)
Bendahara
b)
Sultan
c)
Laksamana
d)
Kerabat diraja
2.
Tokoh ini bertanggungjawab dalam memimpin angkatan perang. Nyatakan tokoh tersebut. 
a)
Bendahara
b)
Sultan
c)
Laksamana
d)
Kerabat diraja
3.
Peranan Sultan sebagai ketua agama jelas dibuktikan dengan tugasnya menjadi _____ untuk menunaikan solat.
a)
Bilal
b)
Muazzin
c)
Khatib
d)
Imam
4.
Tokoh ini berperanan penting menyumbang kepada keputusan Sultan berkaitan bidang pentadbiran dan pengurusan kerajaan.

Siapakah tokoh yang berkenaan?
a)
Bendahara
b)
Temenggung
c)
Laksamana
d)
Sultan
5.
"Hamba telah dianugerahkan watikah semasa menjadi diplomat asing ke Melaka tempoh hari. Tahukah anda siapakah yang telah menganugerahkan watikah itu kepada hamba?" tanya Judith Roald.
a)
Imam
b)
Penghulu Bendahari
c)
Sultan
d)
Permaisuri
6.
Tuan Sheikh: Saya baru sampai ke Melaka. Saya amat risau akan keselamatan saya dan barang dagangan saya sepanjang berada di sini.
Tuan Lim: Jangan risau. ________ ada untuk menjamin keselamatan para pedagang luar seperti kita.

Jawapan yang sesuai untuk ruang kosong di atas adalah,
a)
Bendahara
b)
Temenggung
c)
Sultan
d)
Laksamana
7.
Sebagai ketua kerajaan, adalah penting bagi _____ untuk memastikan kesejahteraan serta keselamatan rakyat terjamin.
a)
Permaisuri
b)
Penghulu Bendahari
c)
Laksamana
d)
Sultan
8.
Saudagar asing: Jika Sultan Melaka gering, siapakah yang memangku jawatan tersebut?
Rakyat tempatan: _____ ialah tokoh yang akan memainkan peranan itu.
a)
Putera raja
b)
Bendahara
c)
Laksamana
d)
Ketua kampung
9.
Keselamatan laluan perairan Melaka merupakan antara faktor kegemilangan perdagangan di Melaka.

Siapakah tokoh yang telah menyumbang kepada keamanan perdagangan ini? 
a)
Laksamana
b)
Bendahara
c)
Temenggung
d)
Kerabat diraja
10.
Pada pandangan anda, apakah rasional Sultan menerima kedatangan pedagang luar ke Melaka.
a)
Memajukan perdagangan di Melaka
b)
Menjadi penasihat pentadbiran
c)
Meluaskan jajahan takluk
d)
Membantu mengembangkan agama