wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pemahaman(seerti/lawan/kata ganda)SK(1)Selayang Baru

Total questions: 17

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.
  Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.
      Encik Zakaria membenarkan anaknya menyertai aktiviti perkhemahan anjuran Pasukan Pengakap.      
a)
melarang
b)
menggelek
c)
menjemput
d)
menggalakkan
2.
Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.
 
    Mereka berehat setelah menghabiskan semua kerja tersebut.    
a)
meninggalkan
b)
menghilangkan 
c)
menamatkan
d)
menyiapkan
3.
Pilih perkataan berlawan maksud bagi perkataan yang bergaris.
Kereta yang dipandu laju itu telah merempuh sebatang pokok.      
a)
menghadang
b)
menghentam
c)
melanggar
d)
mengena 
4.
Pilih perkataan berganda yang betul dalam ayat-ayat bergaris di bawah.
I. Atuk dan ayah peluk-memeluk setelah kembali dari Mekah.
II. Sawah padi itu menjadi kering-kontang akibat kemarau yang berpanjangan.
III. Tentera Rusia dan tentera Kosovo bedil-membedil dalam pertempuran di sana.
IV. Jika semua orang bersikap faham-faham dalam segala hal, pastinya semua masalah dapat diatasi.
   
a)
III dan IV sahaja
b)
I , II dan III sahaja
c)
 I , III dan IV sahaja 
5.
Pilih perkataan berganda yang betul dalam ayat-ayat yang bergaris di bawah.
I. Sidik-midik perlu dijalankan sebelum menjatuhkan hukuman atas sesuatu kesalahan.
II. Pelajar asrama itu muntah-muntah kerana keracunan makanan.
III. Adik meraba-raba sakunya untuk mencari duit sepuluh sen.
IV. Dia terpesona melihat keindahan awan-kemawan.
     
a)
 I dan II sahaja 
b)
II dan III sahaja
c)
I , II dan III sahaja 
d)
 I , II , dan IV
6.
Pilih perkataan berganda yang betul dalam ayat-ayat bergaris di bawah.
I. Mereka bersalam-salaman apabila bertemu.
II. Suasana di pasar borong biasanya hirup-pikuk dengan suara orang ramai.
III. Sultan itu sangat mengambil berat tentang kehidupan rakyat yang hina-dina.
IV. Peserta pencadang dan pembangkang  sangkal-sangkal hujah perbahasan.
     
a)
I dan II sahaja 
b)
 I dan IV sahaja
c)
 II dan III sahaja
d)
III dan IV sahaja
7.
Pilih perkataan berganda yang betul dalam ayat-ayat di bawah.
I. Ibu sedang memasak agar-agar untuk kami.
II. Ayah mengusap ubun-ubun anaknya yang baru baik dari demam.
III. Buku-buku cerita itu amat sesuai untuk pelajar tahap satu sahaja.
IV. Mangsa-mangsa banjir telah dipindahkan ke tempat yang selamat.
     
a)
I , III  dan IV sahaja
b)
 II , III dan  IV sahaja
c)
I  dan  III sahaja
d)
 I dan  IV sahaja
8.
Pilih kata ganda yang betul.
I. Calar-balar pada muka kamu sudah tidak kelihatan lagi.
II. Hanya saki-saki makanan sahaja yang tinggal.
III. Monyet-monyet di situ jinak-jinak belaka.
IV. Buah-buah tempatan harganya murah.
   
a)
 I, II dan III sahaja 
b)
 I, III dan IV sahaja 
c)
II, III dan IV sahaja 
d)
I dan III sahaja
9.
Pilih kata ganda yang betul.
I. Mereka bersipu-sipu memandang kami.
II. Mata dia kelip-kelip kerana dimasuki habuk.
III. Budak-budak itu terjerit-jerit apabila dikejar angsa garang.
IV. Ramli terlonjak-lonjak setelah memenangi perlawanan bola sepak itu.
     
a)
 I  dan IV 
b)
III dan IV 
c)
II , III , dan IV 
d)
 I, II , III , dan IV
10.
Pilih perkataan berganda yang betul dalam ayat-ayat yang bergaris di bawah.
I. Pusat membeli-belah sibuk sekali pada musim perayaan.
II. Dalam keadaan gopoh-gopoh itu, Arif terlanggar pasu bunga.
III. Kesap-kersip mata Pak Long apabila menyaksikan kemalangan ngeri itu.
IV. Muka Helmi bengkak-bengkil kerana bertumbuk dengan kawan-kawannya.
   
a)
I dan II sahaja
b)
 I dan IV sahaja
c)
 II dan III sahaja
d)
 II dan IV sahaja
11.
Pilih kata ganda yang betul.
I. Kerana kegembiraan, mereka menyanyi-nyanyian menuju ke sekolah.
II. Ibu memberikan saki-baki makanan itu kepada ayamnya.
III. Lauk-pauk di kedai itu sudah terlalu sejuk.
IV. Abang melaung-laungan meminta tolong.
   
a)
 I  dan II sahaja 
b)
 II dan III sahaja 
c)
 III dan IV sahaja 
d)
II, III, dan IV
12.
Pilih perkataan berganda yang betul dalam ayat-ayat di bawah.
I. Pada malam itu, orang lintang-pukang pergi menyaksikan pertunjukan pentas di padang Taman Pahlawan.
II. Dalam kejadian itu, tanam-tanaman orang kampung telah musnah.
III. Sedih saya melihat budak itu berpakaian serbah-serbih.
IV. Semalam-malaman dia tidak pulang.
   
a)
 I dan II 
b)
 II dan IV
c)
 I , III dan IV 
d)
II , III dan IV   
13.

Pilih ayat menggunakan perkataan berganda bergaris dengan betul .

I Orang yang pandai-pandai tidak ramai.

II Anak Haji Ismail pandai-pandai belaka.

III Pandai-pandai sahaja kamu menuduh saya.

IV Di rantau orang, pandai-pandailah membawa diri.

a)

A. I,II, dan III sahaja

b)

B. I,II dan IV sahaja

c)

C. I, III dan IV sahaja

d)

D. II, III dan IV sahaja

14.
Pilih ayat menggunakan  perkataan bergaris dengan  betul.
I. Saya tidak akan menerima cadangan kamu bulat-bulat.
II. Adik saya suka akan benda yang bulat-bulat.
III. Jambu yang dijualnya, bulat-bulat belaka.
IV. Mata kucing saya bulat-bulat.
   
a)
 I,II dan III sahaja
b)
 I,II dan IV sahaja
c)
 I, III dan IV sahaja 
d)
 I, II, III dan IV sahaja
15.
Pilih perkataan berlawan dengan perkataan yang bergaris dalam ayat di bawah.
Amin benar-benar yakin bahawa Hisyamlah yang mengambil dompet di atas meja itu. 
a)
percaya
b)
tuduh
c)
 ingat
d)
 syak
16.
Pilih perkataan berlawan dengan perkataan yang bergaris dalam ayat di bawah.
Baju baru yang ayah belikan untuk adik tempoh hari terlalu labuh.   
a)
 kecil
b)
ketat
c)
besar
d)
 singkat
17.
 Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.
      Semua beg tiruan berjenama terkenal itu dirampas oleh pihak berkuasa.    
a)
asli 
b)
palsu
c)
rekaan 
d)
ejekan