wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pemahaman(Simpulan Bahasa)SK(1)Selayang Baru

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
Encik Gani telah memberi wang lebihan sebagai ________________ kepada Ahmad setelah menolongnya membeli barang dapurnya. 
a)
durian runtuh
b)
dapat terpijak
c)
buah tangan
d)
  duit teh
2.
Janganlah ___________ akan kata-katanya. Dia memang _________,” pesan  kakak.   A   B   C  D 
a)
kecil hati ……. mulut tempayan
b)
ambil hati …… kepala angin 
c)
ambil hati ....... keras kepala
d)
ada hati.....kepala angin
3.
Kedatangan mereka telah disambut oleh keluarga Puan Kamala dengan ___________   . 
a)
hati terbuka
b)
fikiran terbuka 
c)
tangan terbuka
d)
panjang tangan
4.
Pak Ali jarang keluar rumah pada waktu senja kerana dia ________________  .
a)
samar muka
b)
rabun ayam
c)
mata kayu
d)
tidur ayam
5.
_______ Encik Izzat berasal daripada India.   
a)
Orang suruhan 
b)
Orang harapan
c)
Orang rumah
d)
Orang besi
6.
Malathy seperti ……………..kerana tidak suka bergaul dengan rakan-rakan di dalam kelasnya. 
a)
kera sumbang 
b)
cacing kepanasan 
c)
 kaca terhempas ke batu
d)
seperti tikus jatuh di beras
7.
Kebanyakan mangsa kebakaran itu tinggal ………….. apabila rumah mereka hangus.   
a)
kaki ayam
b)
sebatang kara
c)
keliling pinggang
d)
sehelai sepinggang
8.
Rasita ......................... apabila melihat berbagai-bagai jenis kain yang dijual di kedai itu.   
a)
sejuk tangan
b)
sejuk mata
c)
bulat mata
d)
rambang mata
9.
Asraf pengsan sewaktu berlari 4 X 100 meter kerana tidak .................... sebelum ke sekolah pagi tadi.   
a)
sakit perut 
b)
berhati perut
c)
mengikat perut
d)
mengalas perut
10.
Zamani tidak boleh .............................................. lagi kerana perbuatannya yang suka mencuri itu diketahui ramai.   
a)
pelanduk mati di tengah-tengah
b)
berkerat rotan, berpatah arah
c)
berlindung di sebalik telunjuk
d)
bertanam tebu di tepi bibir
11.
 “Sebagai jurujual kamu mestilah ______________ apabila bertemu dengan pelanggan," kata Encik Mo kepada pekerjanya. 
a)
berat mulut 
b)
mulut murai
c)
ringan mulut
d)
mulut tempayan
12.
Arvind menerima tawaran kerja sementara itu sebagai .................. untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik pada masa hadapan. 
a)
 tulang belakang
b)
membuka jalan
c)
batu loncatan 
d)
buah tangan
13.
Rasita membuka…………………………apabila dikejar oleh anjing. 
a)
langkah kiri
b)
 langkah seribu
c)
 langkah kanan
d)
langkah panjang
14.
Encik Ezam baru mendapat ……………………perempuan pagi tadi.   
a)
buah hati
b)
cahaya mata
c)
buah tangan
d)
cahaya muka
15.
Banyak orang tidak suka berkawan dengan Rozita kerana dia selalu ……………… .   
a)
baik hati
b)
lintah darat
c)
bidang terjun
d)
cakap besar
16.
Susunan meja di kelas itu tidak lurus bagaikan ………………….. 
a)
kampung dilanggar garuda 
b)
ada pasang ada surut
c)
tongkang pecah 
d)
 ular kena palu
17.
Budak yang ………………….. dapat menjawab soalan Matematik yang susah itu.   
a)
rabun ayam
b)
otak udang
c)
tajam akal
d)
bulat hati
18.
Seramai 50 orang mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya telah menjadi  …………………….. penduduk kampung nelayan itu. 
a)
anak emas
b)
anak angkat
c)
anak bongsu
d)
anak tunggal
19.
Amranlah ………………….. yang melaga-lagakan Rani dan Tamin supaya bertengkar.
a)
mulut tempayan
b)
batu loncatan 
c)
buah mulut
d)
batu api
20.
Pasangan pengantin itu kelihatan secocok dan sepadan bagaikan ………………… 
a)
 langit dengan bumi
b)
bulan empat belas
c)
pinang dibelah dua
d)
aur dan tebing