wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pemahaman1(Simpulan Bahasa)SK(1)Selayang Baru

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
Sewaktu  berada di perantauan, Akasyah terpaksa  …………………… kerana wang sakunya tidak mencukupi.  
a)
tali perut
b)
ikat perut 
c)
makan angin
d)
  perang mulu
2.
“Kamu akan __________ segala urusan syarikat ini setelah ayah bersara nanti,” kata Encik Tan kepada anak lelakinya. 
a)
ambil mudah
b)
 ambil peduli 
c)
ambil tahu
d)
ambil alih
3.
Sebagai anak perempuan tunggal, Siti Adriana menjadi __________ dalam keluarga Encik Fuad.   
a)
 anak kandung
b)
 anak angkat 
c)
 anak emas
d)
anak tut
4.
Abang sering dimarahi oleh emak kerana sikapnya yang __________ untuk membantu ayah di kebun.   
a)
berat tulang
b)
 berat kepala 
c)
 berat mulut 
d)
 berat perut
5.
Saya tidak tahan melihat perangainya yang _______ itu tanpa memikirkan perasaan orang lain.   
a)
kepala angin
b)
besar hati
c)
bulat hati 
d)
otak cair
6.
 ________ kedai itu penuh dengan barang- barang sehingga mengganggu pejalan kaki. 
a)
Kaki bangku
b)
Kaki botol
c)
Kaki ayam
d)
Kaki lima
7.
Mak Limah berasa sedih kerana anak-anaknya tidak pernah ........................tentang dirinya di kampung. 
a)
ada hati 
b)
 ambil hati
c)
ambil angin
d)
ambil berat
8.
Pak Long terpaksa bersikap  ........................ sewaktu meminjam wang daripada Tok Penghulu tempoh hari.   
a)
 buruk siku
b)
pisau cukur
c)
 sepak kertas
d)
muka tembok
9.
Suzi yang …………………… itu telah meminta pen yang pernah diberikannya kepada Rita. 
a)
 Abu Jahal
b)
alim kucing
c)
buruk siku
d)
pilih kasih
10.
Kejayaan Nicol menjadi pemain nombor satu dunia telah menjadi ……………………..  masyarakat dunia. 
a)
 buah tangan 
b)
 buah fikiran 
c)
buah mulut
d)
buah hati
11.
Tuan rumah itu menyambut kedatangan kami dengan ...................................    
a)
 tangan panjang
b)
tangan terbuka
c)
ringan tangan
d)
 baik hati
12.
Pak Khalid ………………….. setiap hari  dan ikat perut  untuk menyara persekolahan anak-anaknya. 
a)
ringan tulang 
b)
 mandi peluh 
c)
makan hati
d)
tidur ayam
13.
Sekiranya kamu berasa bosan pergilah ………………. di sana.   
a)
ada angin
b)
ambil hati
c)
 ambil angin
d)
 cangkul angin
14.
Sikapnya  yang ........................................... amat mengecewakan kami.   
a)
 bagai ayam dimakan tungau
b)
 seperti kacang lupakan kulit
c)
seperti sampan hanyut seperti Pak Pandir
d)
seperti anak ayam kehilangan ibu
15.
Manis dan Malini ………………….. Ada-ada sahaja yang dibualkan oleh mereka. 
a)
mulut tempayan 
b)
perang mulut
c)
mulut murai
d)
 mulut manis
16.
Kedua-dua orang perempuan yang ________________ itu asyik bersembang sejak tadi.
a)
 banyak mulut
b)
cakap besar
c)
buah mulut
d)
batu api
17.
Walaupun gagal dalam perniagaan itu, Lokman tidak pernah __________ untuk mencuba lagi. 
a)
 patah hati
b)
patah kaki 
c)
patah arang 
d)
patah kandar
18.
Harta yang banyak tidak dihiraukannya kerana semua itu ialah __________ semata-mata.
a)
durian runtuh
b)
bekas tangan
c)
daki dunia
d)
 isi hati
19.
Ayah saya memberi __________ kepada budak lelaki itu kerana menjumpai dompetnya yang hilang semalam.   
a)
 barang kemas
b)
 gaji buta
c)
batu api
d)
duit kopi
20.
Orang ramai ________________ apabila melihat kumpulan remaja yang melepak di tangga pusat membeli-belah itu.   
a)
iri hati
b)
sakit mata
c)
sampai hati
d)
gelap mata