wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

3.1 Perkumuhan Manusia

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.
Apakah yang akan berlaku jika hasil perkumuhan dalam badan tidak disingkirkan?
a)
bahan toksik akan tersingkir jua
b)
tiada apa-apa yang akan berlaku
c)
bahan toksik akan terkumpul dalam badan dan boleh merosakkan organ
d)
badan boleh menyingkirkan bahan toksik kemudian
2.
Bagaimana kulit mengumuhkan garam mineral dan air berlebihan?
a)
lebih banyak peluh disingkirkan pada hari panas
b)
penyejatan peluh menyejukkan badan
c)
peluh disingkirkan melalui liang peluh pada permukaan kulit
d)
melalui peluh yang dikumuhkan daripada kelenjar peluh
3.
Apakah hasil perkumuhan respirasi?
a)
karbon dioksida, air, urea
b)
karbon dioksida, air
c)
karbon dioksida, urea
d)
karbon dioksida, garam mineral, urea
4.
Ginjal merupakan organ perkumuhan utama dalam badan manusia yang menghasilkan urin (air kencing). Apakah kandungan urin?
a)
Air, garam mineral, urea
b)
Air, garam mineral, urea, karbon dioksida
c)
Air, karbon dioksida, urea
d)
Air, garam mineral, 
5.
Perkumuhan membantu mengekalkan kesihatan badan. Apakah yang akan berlaku jika karbon dioksida hasil respirasi tidak disingkirkan?
a)
Tiada apa-apa yang berlaku
b)
Paras gula dalam darah meningkat
c)
Meningkatkan keasidan darah
d)
Menjadi bahan toksik
6.
Mengapakah peparu dianggap sebagai organ perkumuhan?
a)
Kerana peparu menyingkirkan urea iaitu gas yang tidak diperlukan oleh badan
b)
Kerana peparu menyingkirkan karbon monoksida iaitu gas yang tidak diperlukan oleh badan
c)
Kerana peparu menyingkirkan oksigen iaitu gas yang tidak diperlukan oleh badan
d)
Kerana peparu menyingkirkan karbon dioksida iaitu gas yang tidak diperlukan oleh badan
7.
Namakan struktur berlabel P?
a)
Pundi kencing
b)
Uretra
c)
Ureter
d)
Ginjal
8.
Di manakah ginjal terletak?
a)
Di bahagian belakang abdomen, di bawah diafragma
b)
Di antara tulang dada
c)
Di bahagian depan abdomen, di atas diafragma
d)
Di antara hati dan perut
9.
Apakah fungsi ginjal?
a)
Membawa urin dari pundi kencing untuk disingkirkan
b)
Membawa urin dari ginjal ke pundi kencing
c)
Menuras darah dan menyingkirkan hasil perkumuhan seperti urea, air dan garam mineral 
d)
Simpan urin sementara sebelum dikumuhkan
10.
Apakah fungsi Q?
a)
Membawa urin dari pundi kencing untuk disingkirkan
b)
Membawa urin dari ginjal ke pundi kencing
c)
Menuras darah dan menyingkirkan hasil perkumuhan seperti urea, air dan garam mineral 
d)
Simpan urin sementara sebelum dikumuhkan
11.
Apakah bentuk dan warna ginjal?
a)
Berbentuk seperti kacang dan berwarna perang kemerahan
b)
Berbentuk seperti kacang dan berwarna kuning kemerahan
c)
Berbentuk seperti kerang dan berwarna perang kemerahan
d)
Berbentuk seperti bantal dan berwarna perang kemerahan
12.
Gambar menunjukkan struktur ginjal manusia. Namakan struktur berlabel B dan C.
a)
B: Vena; C: ureter
b)
B: arteri; C: perlvis ginjal
c)
B: medula; C: korteks
d)
B: korteks; C: medula
13.
Selain menuras darah dan menyingkirkan air, garam mineral berlebihan dan urea, apakah fungsi lain bagi ginjal?
a)
Mengawal atur keseimbangan air dalam badan
b)
Menghasilkan urin
c)
Tiada fungsi lain
d)
Mengawal atur keseimbangan glukosa dalam darah
14.
Bagaimana cara untuk mengekalkan kesihatan ginjal?
a)
Banyakkan meminum air
b)
Minum air kosong yang mencukupi
c)
Lebihkan sedikit garam dalam makanan
d)
Mengambil ubat
15.
Kegagalan ginjal merupakan satu penyakit lazim pada masa sekarang.
Bagaimana kegagalan ginjal dapat dirawat?
a)
Dialisis
b)
Dialisis dan pemindahan ginjal
c)
Pemindahan ginjal
d)
Pemindahan organ