NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsFizik T5 Bab 1 Gelombang
Total questions: 30
Worksheet time: 23mins
Name
Class
Date
1.
Terdapat dua jenis gelombang iaitu melintang dan membujur. Gelombang __________ adalah sejenis gelombang membujur.
a)
elektromagnet
b)
air
c)
bunyi
d)
radio
2.
Gelombang melintang adalah apabila zarah medium bergerak __________ dengan ________________ gelombang.
a)
serenjang, fasa
b)
selari, fasa
c)
serenjang, arah perambatan
d)
selari, arah perambatan
3.
Bandul X dikenakan daya dan berayun bebas. Bandul yang manakah akan mengalami resonans?
a)
A
b)
B
c)
C
d)
D
4.
Rajah menunjukkan fenomena
a)
pantulan
b)
pembiasan
c)
pembelauan
d)
interferens
5.
Rajah menunjukkan dua tala bunyi yang serupa diletakkan sebelah menyebelah didalam makmal. Apabila tala bunyi yang pertama diketuk, getaran yang terhasil telahmemaksa tala bunyi yang kedua bergetar dengan amplitud maksimum. Situasi yang manakah paling tepat menerangkan fenomena tersebut?
a)
Pelembapan
b)
Resonans
c)
Modulasi
d)
Gema
6.
Gelombang yang melalui celah akan mempunyai amplitud yang lebih _______ kerana tenaga yang dibawa telah __________
a)
tinggi, meningkat
b)
tinggi, berkurang
c)
rendah, meningkat
d)
rendah, berkurang
7.
Sharmeen mendapati cahaya inframerah kelihatan daripada alat kawalan jauh televisyennya apabila dilihat di bawah kamera telefon pintarnya, sedangkan cahaya inframerah itu tidak kelihatan jika dilihat secara terus.
Apakah penjelasan bagi pemerhatian ini?
Apakah penjelasan bagi pemerhatian ini?
a)
Telefon pintar mempunyai tetapan khas yang membenarkan mata manusia melihat cahaya inframerah.
b)
Manusia hanya boleh melihat cahaya dalam julat cahaya tampak sahaja.
c)
Cahaya inframerah telah dibelaukan oleh kanta optik telefon pintar.
d)
Mata manusia boleh melihat cahaya inframerah melalui mana-mana jenis telefon pintar.
8.
Halaju gelombang bunyi adalah 330 m s-1. Sekiranya Faris berada 990 m daripada permukaan dinding yang keras, berapa lama masa yang diambil selepas dia menjerit "I love physics" dan gema itu kembali semula kepadanya?
a)
1.5 saat
b)
3 saat
c)
4.5 saat
d)
6 saat
9.
Rajah menunjukkan graf sesaran-masa gerakan satu jasad.
Yang manakah merupakan amplitud?
Yang manakah merupakan amplitud?
a)
A
b)
B
c)
C
d)
D
10.
Rajah menunjukkan sebuah bandul ringkas berayun dari titik P ke Q dan kembali ke Q sebanyak 20 kali dalam masa 13.8 s.
Berapakah tempoh ayunan bandul itu?
Berapakah tempoh ayunan bandul itu?
a)
0.69 s
b)
1.38 s
c)
1.45 s
d)
27.6 s
11.
Satu spring berayun dengan frekuensi asli 10Hz. Resonans akan berlaku apabila satu daya luar dikenakan pada frekuensi
a)
0 Hz
b)
5 Hz
c)
10 Hz
d)
20 Hz
12.
Rajah menunjukkan 5 buah bandul yang di gantung pada dawai logam MN . Bandul P disesarkan ke sisi dan kemudian dilepaskan.
Bandul yang manakah berayun dengan amplitud yang maksimum ?
Bandul yang manakah berayun dengan amplitud yang maksimum ?
a)
W
b)
X
c)
Y
d)
Z
13.
Rajah menunjukkan satu gelombang air dipantulkan daripada satu penghalang. Berbanding dengan gelombang tuju, gelombang terpantul mempunyai
a)
Laju yang berkurangan
b)
Frekuensi yang sama
c)
Amplitud yang lebih besar
d)
Panjang gelombang yang berkurangan
14.
Gema adalah merupakan fenomena yang disebabkan _______________________ gelombang bunyi.
a)
Pembelauan
b)
Pembiasan
c)
Pantulan
d)
Interferens
15.
Rajah menunjukkan gelombang satah merambat menuju satu kawasan air cetek dalam sebuah tangki riak.
Manakah antara berikut boleh berlaku semasa gelombang melalui kawasan cetek itu?
Manakah antara berikut boleh berlaku semasa gelombang melalui kawasan cetek itu?
a)
Arah perambatan gelombang tetap
b)
Frekuensi gelombang tetap
c)
Panjang gelombang bertambah
d)
Halaju gelombang bertambah
16.
Rajah menunjukkan satu siri gelombang air satah yang bergerak dari kawasan P menuju ke kawasan Q dalam sebuah tangki riak.
Antara pernyataan yang berikut yang manakah menerangkan perubahan gelombang air itu?
Antara pernyataan yang berikut yang manakah menerangkan perubahan gelombang air itu?
a)
Ketumpatan air adalah lebih tinggi di kawasan P daripada kawasan Q.
b)
Dalamnya air kawasan P adalah lebih tinggi daripada di kawasan Q
c)
Laju gelombang air adalah lebih tinggi di kawasan Q daripada kawasan P
d)
Amplitud gelombang air adalah lebih tinggi di kawasan Q daripada kawasan P.
17.
Rajah menunjukkan sebuah bot berada di belakang satu halangan konkrit. Apabila gelombang air itu menempuh penghalang itu , didapati bot itu bergerak ke atas dank e bawah. Pemerhatian ini boleh diterangkan oleh fenomena
a)
Pantulan
b)
Pembiasan
c)
Pembelauan
d)
Interferens
18.
Rajah menunjukkan gelombang air dibelau selepas melalui satu celah. Tindakan manakah akan menghasilkan gelombang terbelau membulat?
a)
Tambah frekuensi gelombang
b)
Tambah kelajuan gelombang
c)
Kurangkan panjang gelombang
d)
Kurangkan saiz celah
19.
Rajah menunjukkan ombak sedang menuju ke sebuah pelabuhan.
Antara pernyataan-pernyataan berikut, yang manakah betul mengenai ombak di Q?
Antara pernyataan-pernyataan berikut, yang manakah betul mengenai ombak di Q?
a)
Frekuensi berkurang
b)
Halaju bertambah
c)
Panjang gelombang bertambah
d)
Tenaga gelombang berkurang
20.
Manakah pernyataan berikut adalah paling baik menerangkan mengapa bunyi lebih mudah di belau berbanding cahaya?
a)
Bunyi ialah gelombang membujur
b)
Laju bunyi lebih lambat berbanding cahaya
c)
Bunyi memerlukan medium untuk perambatannya.
d)
Panjang gelombang bunyi lebih panjang berbanding cahaya.
21.
Rajah menunjukkan corak interferens yang dihasilkan oleh gelombang air Antara titik-titik A,B,C atau D, titik manakah mempunyai amplitud sifar?
a)
A
b)
B
c)
C
d)
D
22.
Rajah menunjukkan superposisi dua gelombang air.
Di titik manakah interferens membina berlaku?
Di titik manakah interferens membina berlaku?
a)
P dan Q
b)
R dan S
c)
P dan R
d)
Q dan S
23.
Rajah menunjukkan corak interferens bagi gelombang air. Jarak antara dua nod berturutan, x akan meningkat apabila
a)
panjang gelombang air berkurang
b)
jarak antara dua sumber koheran berkurang
c)
jarak bersudut tepat dari sumber ke kedudukan di mana x diukur, D berkurang
24.
Di antara alat-alat berikut yang manakah tidak mempunyai elemen pemanas di dalamnya
a)
Seterika
b)
Pembakar roti
c)
Ketuhar gelombang mikro
d)
Cerek elektrik
25.
Yang manakah di antara berikut bukan satu gelombang elektromagnet?
a)
gelombang radio
b)
gelombang bunyi
c)
gelombang mikro
d)
sinar gama
26.
Antara pernyataan berikut yang manakah sifat sepunya gelombang elektromagnet?
a)
Mempunyai frekuensi yang sama
b)
Mempunyai halaju yang sama dalam vakum
c)
Mempunyai panjang gelombang yang sama
d)
Sejenis gelombang membujur
27.
Manakah di antara warna berikut mempunyai panjang gelombang yang terpendek ?
a)
biru
b)
merah
c)
ungu
d)
hijau
28.
Apabila suatu sistem dibuatkan berayun pada frekuensi aslinya oleh daya luar. Fenomena ini dipanggil
a)
Pelembapan
b)
Resonans
c)
Amplifikasi
d)
Rektifikasi
29.
Rajah menunjukkan satu isyarat yang dipancarkan untuk menentukan kedudukan kapal terbang. Apakah jenis gelombang yang digunakan?
a)
Gelombang mikro
b)
Gelombang radio
c)
Gelombang cahaya
d)
Gelombang bunyi
30.
Dalam satu eksperimen dwicelah Young apabila cahaya hijau yang mempunyai panjang gelombang 5 x 10 - 7 m digunakan, jarak antara pinggir-pinggir berturutan adalah 4 x 10 -4 m. Jika eksperimen ini diulangi dengan cahaya X didapati jarak antara pinggir-pinggir adalah 4.8 x 10-4 m. Panjang gelombang cahaya X adalah
a)
2.4 x 10 - 7 m
b)
4.2 x 10 - 7 m
c)
5.0 x 10 - 7 m
d)
6.0 x 10 - 7 m
Reset
