wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

EKONOMI

Total questions: 11

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah fungsi wang yang paling utama?

a)

Alat perantaraan pertukaran

b)

Alat penyimpan nilai

c)

Alat pengukur nilai

d)

Alat bayaran tertunda

2.

Yang manakah institusi ekonomi yang terlibat dalam liputan analisis ilmu ekonomi bagi model dua sektor?

a)

Institusi kerajaan

b)

Institusi kewangan

c)

Institusi perundangan

d)

Institusi kesatuan sekerja

3.

Ilmu ekonomi mengkaji tentang

a)

tingkah laku manusia untuk memilih barangan yang terhad bagi mencapai keuntungan maksimum

b)

bagaimana manusia menguruskan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terbatas

c)

bagaimana manusia menguruskan sumber ekonomi yang tidak terhad untuk mencapai kepuasan maksimum

d)

tingkah laku manusia untuk membuat keputusan bagi mengeluarkan barangan yang tidak terhad untuk menyelesaikan masalah ekonomi

4.

Mikroekonomi merupakan kajian gelagat manusia dalam mengurus

a)

masalah pengangguran

b)

kadar inflasi yang tinggi

c)

defisit belanjawan negara

d)

ketidakcekapan pengeluaran

5.

Perbezaan utama antara usahawan dengan buruh adalah dari aspek

a)

kemahiran

b)

menanggung risiko

c)

boleh berpindah tempat

d)

kepentingan dalam proses pengeluaran

6.

Kehendak manusia yang tidak terbatas menunjukkan bahawa

a)

keinginan manusia untuk memiliki sesuatu barang adalah tinggi

b)

cita rasa setiap manusia terhadap sesuatu barang adalah berbeza-beza

c)

kesemua keinginan manusia tidak dapat dipenuhi dengan sumber yang ada

d)

cita rasa manusia sentiasa berubah dalam membuat pilihan terhadap sesuatu barang

7.

Masalah asas ekonomi berpunca daripada

a)

pengeluaran ekonomi yang tidak cekap

b)

kehendak masyarakat yang tidak terhad

c)

penggunaan sumber alam yang tidak optimum

d)

pengagihan pendapatan yang tidak adil dalam ekonomi

8.

Apakah faktor yang menyebabkan unit ekonomi membuat pilihan?

a)

Kekurangan sumber ekonomi

b)

Kehendak manusia yang terhad

c)

Pengeluaran dilakukan oleh firma

d)

Semua barang melibatkan kos lepas

9.

Pemilihan penggunaan input buruh atau input modal dalam pengeluaran merujuk kepada masalah asas ekonomi, iaitu

a)

untuk siapa barang dikeluarkan

b)

apa barang hendak dikeluarkan

c)

berapa barang hendak dikeluarkan

d)

bagaimana barang hendak dikeluarkan

10.

Peralihan kombinasi pengeluaran barang X dan barang Y di sepanjang keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan

a)

apabila menambah pengeluaran barang X maka pengeluaran barang Y perlu dikurangkan

b)

apabila menambah pengeluaran barang X maka pengeluaran barang Y tidak berubah

c)

kedua-dua pengeluaran barang X dan Y tidak boleh ditambah secara serentak

d)

kedua-dua pengeluaran barang X dan Y boleh ditambah secara serentak

11.

Kecekapan dalam konteks keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan

a)

wujud lebihan sumber ekonomi

b)

tiada pembaziran sumber ekonomi

c)

penghasilan output yang minimum

d)

penggunaan input yang maksimum