WorksheetsKuiz Bahasa - Peribahasa
Total questions: 10
Worksheet time: 8mins
Masuk kandang kambing mengembek, ________________________________________
masuk kandang harimau mengaum
masuk kandang lembu melenguh
masuk kandang kerbau menguak
masuk kandang kuda meringkik
Genggam bara api, ____________________
biar sampai jadi abu
biar sampai ke pangkal lengan
biar sampai ke pangkal jalan
biar sampai jadi arang
Harapkan pagar, ________________________
pagar tak boleh harap
pagar makan padi
pagar tak siap
pagar makan tuan
Peribahasa berikut mempunyai maksud tentang kekeluargaan, KECUALI
Biduk lalu, kiambang bertaut
Air dicincang tak akan putus
Membuka pekung di dada
Ayam tak patuk, itik tak sudu
Peribahasa berikut mempunyai maksud kepentingan ilmu, KECUALI
jauhari yang mengenal manikam
Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
Membaca jambatan ilmu
Ibarat padi, makin berisi makin merunduk
Manakah antara peribahasa yang berikut mempunyai maksud kasih sayang?
Berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah
Seperti air di dalam kolam
Pandai menyelam air dangkal
Hilang di mata, di hati jangan
"Umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga"
Peribahasa tersebut memberikan pengajaran kepada kita bahawa
satu perkara buruk dapat mencemarkan banyak perkara baik
mudarat yang sedikit pada asalnya dapat menjadi lebih buruk
orang yang baik walau di mana sekalipun akan dimuliakan juga
tumpahan minyak walaupun sedikit akan menyebabkan pencemaran
Pak Ropie cuma tukang kebun di banglo mewah itu, namun dia berlagak seperti tuan rumah ketika menyambut kedatangan kami.
Keadaan ini samalah seperti ...
Burung terbang dipipiskan lada
Cacing nak jadi naga
Ayan terlepas, tangan bau tahi
Anak kucing menjadi harimau
Pengurus itu ___________________ kerana menurut sahaja sebarang arahan majikannya meskipun arahan tersebut membebankan dirinya.
ibarat kerbau dicucuk hidung
ibarat tikus membaiki labu
ibarat kera mendapat bunga
ibarat lintah menghisap darah
"Seseorang yang mendapat kecelakaan kerana kelebihannya"
Peribahasa manakah yang sesuai dengan pernyataan di atas?
Ada sampan hendak berenang
Gajah mati kerana gadingnya
Belum duduk sudah berlunjur
Empat sudah bersimpul satu
