NEW
Font size
WorksheetsKuiz Bahasa - Tatabahasa
Total questions: 12
Worksheet time: 6mins
Kehidupan peladang di kawasan itu akan terus ______________ jika kemarau masih berlanjutan.
terkandas
terbantut
terhimpit
tersekat
Kamarul perlu segera ______________ lubang-lubang di tanah itu sebelum esok.
mencangkul
mengorek
mengopek
menebuk
Budak itu tiba-tiba sahaja ______________ kain itu hingga terkoyak separuh.
memarik
menyentak
menghentak
menyeret
Asadi telah ______________ kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan itu.
merebut
mengambil
mencapai
menggapai
Puan Rita ______________ erat anak kesayangannya yang baru pulang dari luar negara.
mendakap
membelai
memegang
mendukung
Kami sekeluarga tertawa ______________ semasa menyaksikan persembahan jenaka oleh kumpulan Sepahtu.
terkinja-kinja
terbahak-bahak
terjerit-jerit
terangguk-angguk
Pengantin lelaki itu ______________ sebilah keris ke pinggang sebelum bertolak ke rumah pengantin perempuan.
menyarungkan
menyusupkan
mengenakan
menyisipkan
Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati terhadap jurujual yang cuba ______________ mata mereka dengan tawaran-tawaran palsu.
merabuni
mengaburi
menyamari
menghiasi
"Kamu ______________ berusaha sebaik mungkin untuk mencapai kejayaan yang cemerlang," kata Cikgu Ramlah.
barangkali
sedang
harus
mahu
Nasi yang ditanak oleh kakak ______________ kerana dia leka berbual dengan temannya melalui telefon.
hangus
kering
pahit
hangit
______________ binaan batu-bata di Lembah Bujang yang bertarikh 110SM menjadikannya binaan manusia tertua yang pernah direkodkan di Asia Tenggara.
Pertemuan
Penemuan
Perjumpaan
Penampilan
Menurut ______________ kedutaan itu, pemimpin kedua-dua buah negara akan memeterai perjanjian perdagangan dua hala.
jurubicara
juruhebah
jurucakap
juruacara
