wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

pstong - Kata Ganti Nama Tahun 4_1

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

__________ Pertandingan Piala Thomas akan diadakan?

a)

Apakah

b)

Siapakah

c)

Berapakah

d)

Di manakah

2.

Walaupun Kamil dan Razak tinggal sekampung, tetapi __________ jarang berjumpa.

a)

kita

b)

kami

c)

kalian

d)

mereka

3.

Adib sedang menulis surat kepada kawan__________, Hanafi.

a)

ia

b)

dia

c)

nya

d)

mu

4.

Pegawai itu menafikan bahawa __________ terlibat dengan rasuah.

a)

beliau

b)

tuanku

c)

engkau

d)

tuan hamba

5.

"__________ cara yang betul untuk memegang kayu hoki," kata Cikgu Salleh.

a)

Ini

b)

Itu

c)

Begini

d)

Begitu

6.

"Saya mahu __________ lulus dengan cemerlang dalam UPSR nanti," kata guru besar kepada murid-murid tahun enam.

a)

kita

b)

anda

c)

awak

d)

kalian

7.

"__________ pun boleh datang untuk pemilihan pemain bola sepak pada petang ini," kata ketua jurulatih bola sepak itu.

a)

Apa-apa

b)

Bila-bila

c)

Siapa-siapa

d)

Mana-mana

8.

"___________ bercadang akan ikut serta dalam lawatan itu," kata Mei Ling dan Devy kepada Cikgu Talib.

a)

Kita

b)

Saya

c)

Kami

d)

Mereka

9.

Pemain-pemain bola sepak sekolah itu merayakan kejayaan __________ dalam satu majlis di restoran itu.

a)

dia

b)

saya

c)

beliau

d)

mereka

10.

Pak Mahmud seorang petani. Kerja __________ menanam padi.

a)

ia

b)

dia

c)

nya

d)

kami

11.

"__________ berasa sangat gembira kerana negara kita berada dalam keadaan aman sentosa," titah sultan.

a)

Baginda

b)

Hamba

c)

Patik

d)

Beta

12.

Peristiwa sedih itu sering mengganggu fikiran __________.

a)

ia

b)

dia

c)

nya

d)

kalian

13.

"Dengan siapa __________ datang ?" tanya Azamli kepada Ayub.

a)

awak

b)

saya

c)

kami

d)

kalian

14.

"Kamu boleh membuat latihan ini pada __________ masa yang kamu suka," kata Cikgu Zarina.

a)

apa-apa

b)

bila-bila

c)

siapa-siapa

d)

mana-mana

15.

"Saya mahu __________ lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan itu nanti," kata Cikgu Halimah.

a)

kita

b)

kami

c)

daku

d)

kalian

16.

Zaini dan Zabidah gembira kerana __________ terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan pingpong.

a)

ia

b)

dia

c)

kami

d)

mereka

17.

__________ salah seorang pelajar cemerlang di sekolah saya.

a)

Dia

b)

Aku

c)

Kita

d)

Kami

18.

Dr. Nik Zainal Abidin banyak membuat pembedahan jantung di Institut Jantung Negara. __________ ialah pakar jantung yang terkenal di negara kita.

a)

Dia

b)

Beliau

c)

Kalian

d)

Mereka

19.

"Berapa orang kamu datang?" tanya Chan Leong. "__________ berdua saja," jawab Kim Lai dan Muthu serentak.

a)

Kita

b)

Saya

c)

Kami

d)

Kamu

20.

"Bilakah __________ akan ke sana?" tanya Aiman kepada Azizan.

a)

kami

b)

awak

c)

patik

d)

kalian