NEW
Font size
Worksheetspstong - Kata Ganti Nama Tahun 4_2
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Encik Muhamad seorang jurutera. __________ tinggal di pinggir bandar.
Ia
Nya
Dia
Beliau
"Jika tidak ada __________ masalah, kamu boleh pulang sekarang," kata jurulatih itu.
apa-apa
bila-bila
siapa-siapa
mana-mana
"Bilakah agaknya __________ akan berjumpa lagi?" tanya Aliff kepada Zamani.
kita
saya
kami
kamu
Mengapakah mereka berlari beramai-ramai menuju ke __________?
itu
ini
sana
begitu
Cikgu Kamal berasal dari Sarawak. __________ sudah lama menetap di sini.
Dia
Anda
Kamu
Beliau
__________ bertiga ialah ahli Persatuan Matematik dan Sains sekolah kita.
Ia
Dia
Kamu
Mereka
__________ Pertandingan Piala Thomas akan diadakan?
Apakah
Bilakah
Siapakah
Berapakah
Zaim menulis surat untuk __________nya yang sedang belajar di Amerika Syarikat.
kami
mereka
saudari
kakanda
Kata Hang Tuah kepada rakan-rakannya, "Maafkan __________ kerana terlewat."
kita
beta
saya
hamba
Sejak kejadian __________ dia tidak pulang ke kampungnya.
itu
ini
begini
begitu
Bolehkah __________ mulakan mesyuarat ini kerana semua ahli telah datang?
awak
anda
kita
dia
"Mari __________ makan di Gerai Pak Dolah," kata Jali kepada Jamal.
kita
kami
kalian
mereka
Beberapa buah rumah di kampung __________ telah dinaiki pencuri malam tadi.
itu
situ
begini
begitu
"__________ tidak dapat hadir pada hari perkahwinan awak nanti kerana pada hari yang sama saya sekeluarga akan melancong ke Indonesia," kata Yusof kepada Aida.
Beta
Saya
Kamu
Hamba
"Hari ini Tuanku Sultan pergi berburu. __________ diiringi oleh Tengku Muda," kata Bendahara kepada Temenggong.
Dia
Kalian
Beliau
Baginda
Semua guru dan murid berkumpul di padang sekolah. __________ akan mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah.
Kita
Kami
Kalian
Mereka
"__________ bernama Hang Tuah," kata Hang Tuah kepada sultan.
Aku
Beta
Patik
Hamba
Murid-murid Tahun Empat Tekun beratur di luar kelas. __________ menunggu guru sebelum masuk ke dalam kelas.
Kita
Kami
Kalian
Mereka
Salmah memberitahu saya bahawa __________ tidak dapat datang menjalani latihan petang ini.
kalian
beliau
kita
dia
Walaupun saya dan Rosli tinggal sekampung, tetapi __________ jarang berjumpa.
kita
kami
kalian
mereka
