wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

QuizMe Tahun 5: Topik 8 (Haba)

Total questions: 10

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Apakah unit piawai bagi suhu?

a)

Darjah Celsius (oC)

b)

Darjah Fahrenheit (oF)

c)

Kelvin (K)

d)

Reamur (oR)

2.

Mengapakah sebiji belon yang kembung boleh menjadi kempis apabila direndam di dalam air berisi ais?

a)

Udara di dalam belon bertukar menjadi air

b)

Udara di luar menekan belon lebih kuat

c)

Udara di dalam belon terbebas keluar

d)

Udara di dalam belon mengecut

3.

Mengapakah kabel elektrik dipasang kendur pada tiangnya?

a)

Memudahkan kerja penyelenggara

b)

Menambah kelajuan aliran elektrik

c)

Menghalang daripada terputus pada musim sejuk

d)

Menghalang tiang kabel daripada terbengkok

4.

David meletakkan segelas air suam di dalam peti sejuk. Manakah pola perubahan suhu yang betul bagi air tersebut sepanjang tempoh masa 10 minit?

a)

Menurun

b)

Meningkat

c)

Menurun kemudian meningkat

d)

Meningkat kemudian menurun

5.

Manakah pernyataan yang tidak betul tentang pengembangan dan penguncupan bahan?

a)

Bahan menjadi sejuk apabila kehilangan Haba

b)

Bahan menjadi panas apabila menerima haba

c)

Bahan menguncup apabila dipanaskan

d)

Bahan mengembang apabila dipanaskan

6.

Mengapakah kiub ais terasa sejuk apabila disentuh dengan jari?

a)

Ais mengalirkan haba ke tangan

b)

Ais menerima haba daripada persekitaran

c)

Haba daripada tangan mengalir ke dalam ais

d)

Haba daripada tangan terbebas ke persekitaran

7.

Antara objek-objek berikut, yang manakah akan mengalami penurunan suhu?

a)

Sudu yang dipegang di atas nyalaan lilin

b)

Kiub ais yang diletakkan di atas tangan

c)

Air sejuk yang diletakkan di bawah matahari

d)

Batu yang diletakkan di dalam bilik berhawa dingin

8.

Mengapakah besi landasan kereta api mempunyai ruang di antaranya?

a)

Menjimatkan kos pembinaan

b)

Menyediakan laluan air ketika banjir

c)

Membenarkan pengembangan ketika hari panas

d)

Untuk memudahkan kerja penyambungan pada masa akan datang

9.

Antara berikut, yang manakah menggunakan prinsip pengembangan bahan apabila dipanaskan?

(Jawapan adalah lebih dari satu)

a)

Melonggarkan tudung botol dengan merendamkannya ke dalam air panas

b)

Menyediakan ruang antara kepingan konkrit untuk laluan pejalan kaki

c)

Memasang kabel elektrik secara kendur pada tiang elektrik

d)

Merendamkan bola ping pong kemek ke dalam air sejuk

10.

Rajah menunjukkan sebatang termometer dicelupkan ke dalam air sejuk. Apakah yang akan berlaku selepas seminit?

a)

Bacaan termometer meningkat

b)

Bacaan termometer menurun

c)

Aras air meningkat

d)

Aras air menurun