NEW
Font size
Worksheetspstong - Kata Kerja Tahun 4_2
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Kakak mengambil upah __________ baju untuk menambahkan pendapatan.
menjahit
mengait
menyulam
menenun
Anakanda tuan Puteri sedang __________ di dalam biliknya.
berandam
bersantap
bersiram
beradu
Perjalanan itu __________ masa lima jam.
memakan
meneguk
membaham
memberi
Makanan dalam tin itu dimasukkan ke dalam lori untuk __________ kepada mangsa-mangsa banjir.
diarak
diangkat
dihantar
dibuang
Pak Usop __________ jala di tepi rumahnya.
menyirat
menjahit
menampal
menenun
Encik Lee __________ makanan kepada ikan-ikan peliharaannya.
menyuapkan
memberikan
melontarkan
mencampakkan
Jabatan kaji cuaca __________ bahawa ribut petir akan berlaku di sebelah petang di kawasan pedalaman Sarawak.
mengatakan
menjanjikan
mengotakan
meramalkan
Datuk tersadung akar lalu jatuh __________.
terlentang
terjerlus
tersungkur
tergelincir
Secara senyap-senyap dia __________ pandangan yang dikemukakan oleh isterinya.
merestui
menyetujui
mendengari
menganugerahi
Mak Limah __________ bakul tanpa memegangnya.
memikul
membimbit
menjunjung
Murid-murid sekolah patut __________ diri mereka daripada najis dadah.
menyembunyikan
menyorokkan
melarikan
menjauhi
Jalil sedang __________ orang buta melintas jalan.
berjalan
membawa
menonton
menuntun
Ali __________ beg di belakangnya.
memikul
menggalas
membimbit
mengusung
Apabila hari senja, Tamrin __________ lembu-lembunya.
mendirikan
mendaratkan
mengandangkan
mengeluarkan
Projek __________ pantai itu menelan belanja berjuta-juta ringgit.
membentengi
mendindingi
menghiliri
membanjiri
Mereka telah __________ dan diseksanya di dalam penjara selama setahun.
dikurung
dipasung
dikunci
diikat
Adik Lina sedang __________.
senyum
ketawa
menangis
Dia telah __________ makanan kepada ayahnya di bendang.
mengangkat
menghantar
mencapai
menerima
Peristiwa sedih itu telah __________ fikirannya menyebabkan dia selalu memencilkan diri.
menangisi
meratapi
merasai
menghantui
Tepat jam 12.00 malam, pada 31 Ogos 1957, seluruh rakyat Malaysia menyaksikan upacara __________ bendera Union Jack.
menggugurkan
menjatuhkan
mengaitkan
menurunkan
