wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Dalam Talian EDUP3063

Total questions: 20

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan kesahan?

a)

A. Sejauhmanakah ujian itu dapat mengukur apa yang sepatutnya mengukur.

b)

B. Sejauhmanakan pencapaian calon adalah tekal apabila mengambil ujian beberapa kali.

c)

C. Sejauhmanakah ketepatan seseorang memeriksa jawapan-jawapan calon.

d)

D. Sejauhmanakah kelicinan proses pengujian dapat dilaksanakan di dalam bilik darjah.

2.

1. Kesahan boleh dibincangkan dalam 4 jenis, antara yang berikut BUKAN daripada kesahan?

a)

A. Kesahan Isi

b)

B. Kesahan Konstruk

c)

C. Kesahan Kriteria Tafsiran

d)

D. Kesahan Kriteria Ramalan

3.

3. Apakah kaedah yang boleh digunakan untuk meningkatkan kesahan isi?

a)

A. Menyediakan semakan pakar dalam bidang.

b)

B. Menyediakan Jadual Penentuan Ujian (JPU).

c)

C. Menyediakan satu skima pemarkahan secara analitik.

d)

D. Menyediakan perancangan supaya peperiksaan dapat dijalankan dengan lancar.

4.

1. Yang manakah di bawah ini benar tentang kesahan konstruk?


I. Kesahan konstruk diperlihatkan dalam suatu situasi tetapi tidak pada situasi lain.

II. Kesahan konstruk sesuatu ujian perlu merupakan sampel mewakili kandungan bidang yang ingin diukur.

III. Kesahan konstruk boleh diukur dan diuji secara tidak langsung berasaskan kesan-kesan atau ciri-ciri yang terhasil dari kewujudannya.

IV. Kesahan konstruk merujuk sekumpulan konsep yang ada pada fikiran tetapi kita tidak dapat dilihat objeknya secara langsung seperti pencapaian, kecerdasan dan kreativiti.

a)

A. I, II dan III

b)

B. I, II dan IV

c)

C. I, III dan IV

d)

D. II, III dan IV

5.

5. Proses pengujian dapat dijalankan secara lancar mengikut jadual masa yang ditetapkan, dengan kos yang minimum, maka bolehlah dikatakan ujian itu mengandungi ciri_____________ yang tinggi.

a)

A. Kesahan

b)

B. Kebolehpercayaan

c)

C. Kemudahtafsiran

d)

D. Kebolehtadbiran

6.

6. Kaedah ini boleh digunakan untuk meningkatkan ciri kemudahtadbiran dan kebolehpercayaan ujian.

a)

A. Arahan terutama cara menjawab soalan ujian mestilah diberi dengan tepat, jelas dan ringkas.

b)

B. Situasi dan masa ujian dijalankan hendaklah piawai, serupa dan terkawal.

c)

C. Guru perlu memadankan bilangan dan kesukaran soalan dengan masa yang diperuntukan untuk menjawab.

d)

D. Elak ganguan kepada murid disebabkan arahan dan soalan tidak jelas.

7.

7. Bagaimanakah Indeks Kebolehpercayaan boleh diperolehi?

a)

A. Kaedah kolerasi antara dua set skor ujian yang sama.

b)

B. Kaedah korelasi antara dua set skor ujian yang berbeza tujuan.

c)

C. Kaedah kolerasi antara dua set skor ujian yang berbeza mengikut masa

d)

D. Kaedah kolerasi antara dua set skor ujian yang berbeza topik

8.

8. Berikut adalah panduan bagi memastikan pentadbiran ujian dijalankan engan sempurna.


I. Elak kebimbangan murid semasa mereka menjawab soalan.

II. Guru perlu memadankan bilangan dan kesukaran soalan dengan masa yang diperuntukan untuk menjawab.

III. Ujian boleh ditadbirkan oleh sesiapa sahaja.

IV. Masa perlu ditambah bagi mengganti masa ganguan yang berlaku.

a)

A. I, II dan III

b)

B. I, II dan IV

c)

C. I, III dan IV

d)

D. II, III dan IV

9.

9. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep merungkai standard?

a)

A. Mengenal pasti pengetahuan (konsep) dan kemahiran yang terdapat dalam standard (pernyataan umum tentang hasil pembelajaran.

b)

B. Proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum

c)

C. merupakan hasil pembelajaran mata pelajaran bagi tahap persekolahan khusus (tahun/tingkatan)

d)

D. merujuk kepada idea abstrak yang mengarah kepada pemahaman yang lebih luas

10.

10. Proses merungkai standard dapat menentukan dengan tepat apa yang pelajar perlu tahu dan lakukan.


Berdasarkan pilihan jawapan di bawah, susun langkah-langkahyang betul dalam merungkai standard.


I. Kenal pasti Bidang dan Kandungan mengikut tahap/tahun/tingkatan

II. Kenal pasti Standard Kandungan

III Kenal pasti Konsep (Pengetahuan) - Apa yang pelajar perlu tahu?

IV Kenal pasti objektif peroses pengajaran dan pembelajaran yang dikehendaki

a)

A I, II dan III

b)

B I, II dan IV

c)

C I, III dan IV

d)

D II, III dan IV

11.

11. Biggs (2007) telah menjelaskan Penjajaran Konstruktif (Constructive alinggment) merupakan kesinambungan antara objektif yang melambangkan pengukuruan objektif pembelajaran.


Bagaimanakah penjajaran konstruktif dapat dicapai dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

a)

A menyediakan aktiviti-aktiviti yang berfokuskan kepada pelajar

b)

B membina persekitaran pembelajaran dalam bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh membawa kepada hasil pembelajaran

c)

C menggunakan tugasan penilaian kearah membentuk tingkah laku yang diingini

d)

D menjajarkan objektif dan hasil pembelajaran dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

12.

12. Proses pengajaran konstruktif merangkumi aspek hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam kurikulum, rejim pentaksiran dan aktiviti pengjaran dan pembelajaran.


Berdasarkan proses pengajaran konstruktif di atas, rejim pentaksiran merujuk kepada

a)

A aktiviti hasil pembelajaran dan pentaksiran dibangunkan

b)

B aktiviti memantapkan proses pentaksiran dalam bilik darjah

c)

C aktiviti mengajar pelajar bagaimana memenuhi kriteria pentaksiran digunakan

d)

D aktiviti melibatkan pembinaan alat pentaksiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran

13.

13. Pada pendapat anda, apakah kekuatan penilaian formatif berbanding dengan penilaian sumatif ?

a)

A. Dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa

b)

B. Skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut tiada had

c)

C. Dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta

d)

D. Proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan murid

14.

14. Apakah perbezaan menggunakan alat pentaksiran tradisional dengan alat pentaksiran autentik ?

a)

A. Alat pentaksiran tradisional adalah mudah dan cepat untuk disemak berbanding dengan alat pentaksiran autentik.

b)

B. Alat pentaksiran tradisional adalah penilaian berterusan berbanding dengan alat pentaksiran autentik yang dinilai pada satu jangkamasa.

c)

C. Alat pentaksiran tradisional adalah bersesuaian dengan pelbagai tahap murid berbanding alat pentaksiran autentik.

d)

D. Alat pentaksiran tradisional adalah mudah dikaitkan dengan kehidupan seharian berbanding dengan alat pentaksiran autentik.

15.

15. Berikut, yang mana satukah Ujian Rujukan Norma ?

a)

A. Menumpu kepada tugas pembelajaran yang terhad

b)

B. Menggunakan JSU yang disediakan

c)

C. Menentukan peringkat pencapaian

d)

D. Mengukur perbezaan pencapaian kumpulan

16.

16. Ciri-ciri item ujian subjektif adalah seperti berikut ?

a)

A. memerlukan calon untuk menjawab item-item dengan menggunakan perkataan sendiri

b)

B. memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau yang paling baik

c)

C. Item ujian ini termasuklah item jawapan pendek, item jenis padanan dan item jenis aneka pilihan

d)

D. Item ini mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan

17.

17. Apakah kebaikan penilaian portfolio ?

a)

A. Penilaian boleh dinilai secara atas talian

b)

B. Dapat memotivasikan murid-murid dan meningkatkan tahap kefahaman kendiri mengenai tugasan pembelajaran yang diberi oleh guru.

c)

C. Memerlukan rakan sebaya untuk membimbing dan menilai hasil portfolio

d)

D. Tidak berbentuk dokumentasi yang berstruktur

18.

18. Ciri-ciri yang perlu ada pada pentaksiran atas talian adalah seperti berikut kecuali

a)

A. Juga di kenali sebagai Penilaian berasaskan web

b)

B. Teknologi digital digunakan dalam aktiviti-aktiviti yang terdiri daripada perancangan dan penggubalan instrumen pentaksiran

c)

C. Dapat memberi maklum balas serta membuat analisis statistik dengan cepat dan tepat berikutan dari penandaan secara automatik

d)

D. memberi peluang kepada murid untuk berkomunikasi secara bersemuka dengan

guru mengenai mata pelajaran yang diajar

19.

19. Penilaian kendiri dan maklum balas rakan sebaya merupakan suatu pentaksiran autentik yang merangkumi

I. memberi galakan kepada pelajar untuk berkomunikasi

II. menggalakkan pelajar untuk belajar secara terperinci

III. membantu pelajar untuk memperolehi hasil pembelajaran yang lebih baik

IV. membeban guru dalam membuat penilaian terutama bagi jumlah pelajar yang ramai

a)

A I, II dan III

b)

B I, II dan IV

c)

C I, III dan IV

d)

D II, III dan IV

20.

20. Pada pandangan anda, maklum balas rakan sebaya akan memperlihat;

I. sikap bekerjasama dalam kalangan murid

II. tiada keyakinan dalam diri murid

III. penglibatan murid, rasa bertanggungjawab & autonomi

IV. peka dengan kekurangan diri

a)

A I, II dan III

b)

B I, II dan IV

c)

C I, III dan IV

d)

D II, III dan IV