Font size
WorksheetsMembina perenggan pendahuluan
Total questions: 10
Worksheet time: 8mins
Pilih ayat tema yang paling tepat bagi gambar berikut.
Amalan ini menjamin kesihatan dan kesejahteraan hidup
Terdapat banyak cara pengamalan gaya hidup sihat.
Amalan gaya hidup sihat merupakan satu gaya hidup yang sihat
Sesungguhnya minda yang positif sahaja mampu mengatasi tekanan hidup kini
Yang manakah ayat arahan yang paling tepat
Disedari atau tidak, paparan berita tentang kemalangan jalan raya sering disajikan dalam akhbar-akhbar tempatan
saban tahun, kemalangan jalan raya menatijahkan maut dan trauma kepada keluarga yang terbabit terutama musim perayaan
persoalannya, apakah punca-punca yang menyumbang pada peningkatan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia?
Antaranya, pengguna jalan raya menyalahi peraturan yang ditetapkan
Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan kesesakan lalu lintas sering menjadi buah mulut masyarakat.
Kenal pasti ayat tema bagi soalan ini
Dalam meniti arus kemodenan ini, faktor-faktor kesesakan lalu lintas di bandar-bandar besar sering menjadi rungutan warga kota.
Dalam meniti arus kemodenan ini, kesesakan lalu lintas di bandar-bandar besar sering menjadi rungutan warga kota.
Masalah kesesakan lalu lintas ini membuatkab masyarakat kota sering dibelenggu tekanan terutama selepas pulang dari tempat kerja.
Sehubungan dengan itu, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas.
Kenal pasti ayat rangsangan yang tepat
Hal ini demikian kerana buah-buahan tempatan lebih berkualiti dan membawa banyak kebaikan terhadap kita berbanding dengan buah-buahan eksport yang mahal. Bak kata pepatah, “ Tepuk dada Tanya selera.
Antara kebaikan buah-buahan tempatan ialah buah-buahan tempatan lebih berkhasiat dan segar.
Buah-buahan tempatan merupakan buah-buahan yang paling hangat di pasaran negara kita khususnya buah durian.
Persoalannya, apakah kebaikan yang dibawa oleh buah-buahan tempatan ?
Sebelum membina sebuah karangan, langkah utama yang perlu diambil ialah
Membina perenggan pendahuluan
Membina kerangka karangan yang mengandungi pendahuluan, dan penutup sahaja
Membina kerangka karangan yang mengandungi isi-isi penting sahaja
Membina kerangka karangan yang mengandungi pendahuluan, isi-isi penting, penutup
Ayat rangsangan yang sesuai bagi tajuk di bawah ialah
"Kesan-kesan Negatif Penduduk yang tidak mengamalkan perpaduan kaum"
Negara kita terdiri daripada masyarakat majmuk, iaitu kaum Melayu, CIna, dan India.Kepelbagaian kaum ini mewujudkan pelbagai agama dan budaya,
Justeru, anggota masyarakat perlulah bersatu padu supaya kita dapat hidup dalam suasana aman, harmoni dan sejahtera.
Jika perpaduan kaum tidak wujud dalam masyarakat kita, pelbagai kesan negatif yang akan timbul.
Antara kesannya ialah boleh menjejaskan keselamatan negara.
Masyarakat Malaysia tidak gemar membaca. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang patut dijalankan oleh kerajaan bagi melahirkan masyarakat yang gemar membaca?
ayat arahan ialah
Slogan yang berbunyi, “ Membaca Amalan Mulia.” Oleh itu, membaca merupakan satu amalan yang perlu kita amalkan dalam kehidupan seharian.
Namun begitu, rakyat Malaysia pada hari ini lebih menyukai menunduk kepala untuk melihat telefon bimbit mereka berbanding mengangkat senaskah surat khabar atau buku untuk membaca.
Dengan itu, pihak kerajaan harus mengambil inisiatif untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia
Slogan yang berbunyi, “ Membaca Amalan Mulia.” Oleh itu, langkah-langkah amalan membaca merupakan satu amalan yang perlu kita amalkan dalam kehidupan seharian.
Kerangka karangan kesimpulan bagi tajuk ini ialah
"Langkah-langkah untuk mencegah Jenayah"
Kerjasama pelbagai pihak diperlukan untuk membendung kejadian jenayah.
Jenayah boleh berlaku di mana-mana dan tidak mengenal mangsa
Pemasangan litar tertutup di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi
Sentiasa berhato-hati ketika berada di rumah
Tajuk : Punca-punca Penderaan kanak-kanak
ayat arahan ialah
Sebenarnya, penderaan terbahagi kepada dua jenis, iaitu penderaan berbentuk fizikal dan penderaan berbentuk mental.
Mendera bermaksud memukul dengan menggunakan alat-alat yang dinyatakan tadi. Penderaan pula bermaksud melakukan perbuatan mendera.
Berdasarkan kajian, terdapat banyak punca yang menyebabkan perbuatan ini berlaku terutamanya kepada kanak-kanak.
Berdasarkan kajian, terdapat banyak punca-punca yang menyebabkan perbuatan ini berlaku terutamanya kepada kanak-kanak.
Pada pendapat anda, mengapakah masalah rasuah perlu dibendung?
ayat tema ialah
Kebelakangan ini, kes rasuah semakin bertambah dan nampaknya sukar dibanteras kerana melibatkan pegawai kerajaan dan swasta, ahli politik, dan orang awam.
Keadaan ini membimbangkan kita kerana jika dibiarkan, sudah tentu perkara ini akan menjadi seperti api di dalam sekam.
Fenomena ini sekali gus akan melahirkan masyarakat yang tiada integriti, contohnya jika seseorang pegawai menawarkan rasuah untuk menutup kesalahan dirinya daripada landasan undang-undang, jelaslah betapa rendahnya akhlak dan maruah dirinya.
Oleh itu, semua pihak harus berusaha untuk membanteras gejala rasuah agar masyarakat Malaysia yang amanah dan berintegriti dapat dilahirkan.
