Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Unit 14: Keluarga Harmoni, Hidup Sejahtera

Total questions: 12

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Apakah nilai yang kamu pelajari pada hari ini ?

a)

Kasih sayang

b)

Kasih sayang terhadap keluarga

c)

Hormat dan taat kepada anggota keluarga

d)

Hormat kepada anggota keluarga

2.

Apakah definisi bagi nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga ?

a)

Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara kasar untuk mewujudkan keluarga yang bahagia.

b)

Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni.

c)

Memahami setiap ahli keluarga dan memberi layanan secara bersopan.

d)

Memuliakan ibu bapa dan menghormati anggota keluarga yang lain.

3.

Apakah kepentingan amalan hormat-menghormati dalam kalangan anggota keluarga ?

a)

Menggunakan kata-kata yang kesat terhadap ibu

b)

Dapat mengelakkan perselisihan faham

c)

Mewujudkan keluarga yang porak peranda

d)

Menyebabkan pergaduhan antara adik beradik

4.

Bagaimanakah cara anda menunjukkan rasa hormat terhadap anggota keluarga?

a)

Mentertawakan pekerjaan ayah

b)

Menyokong abang menjual barangan curi

c)

Bergaduh dengan adik-beradik

d)

Menghormati pandangan dan minat anggota keluarga

5.

Yang manakah bukan pengorbanan ibu bapa ?

a)

Ibu bapa menyediakan tempat tinggal

b)

Ibu bapa menyediakan makanan dan pakaian

c)

Ibu bapa tidak memberikan pendidikan kepada anak

d)

Ibu bapa membesarkan anak sejak dari kecil lagi

6.

Apakah kata kunci bagi nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga ?

a)

Memuliakan anggota keluarga Memberi layanan secara berkesan

b)

Memuliakan ibu bapa Memberi layanan secara bersopan

c)

Memuliakan keluarga Memuliakan secara bersopan

d)

Memuliakan anggota keluarga Memberi layanan secara bersopan

7.

Bagaimanakah cara menghindari konflik dengan ahli keluarga ?

a)

Membantah pandangan ahli keluarga

b)

Menghormati pandangan atau pendapat sesama ahli keluarga

c)

Menyokong perbuatan yang tidak baik

d)

Tidak peka terhadap minat anggota keluarga

8.

Adakah kita perlu hormat anggota keluarga ?

a)

TIDAK

b)

YA

9.

Datuk dan nenek anda tinggal bersama-sama dengan keluarga anda. Selepas kematian datuk, nenek lebih suka menyendiri. Bagaimanakah cara anda dan adik-adik dapat menghiburkan nenek ?

a)

Membawa nenek ke kubur datuk

b)

Memarahi nenek

c)

Membawa nenek bersiar-siar

d)

Menceritakan keburukan datuk

10.

Bagaimanakah anda dapat mengukuhkan keharmonian dalam keluarga, walaupun wujud perbezaan perwatakan dan minat dalam kalangan anggota keluarga ?


I. Saling menghormati dan bertolak ansur

II. Mengutamakan diri sendiri dahulu

III. Peka terhadap perasaan diri sendiri terlebih dahulu

IV. Berusaha memenuhi keperluan anggota keluarga

a)

I dan IV

b)

I, II dan III

c)

II, III dan Iv

d)

Semua di atas

11.

Bagaimanakah cara anda menghormati orang yang lebih tua ?

a)

Kurangkan bertolak ansur dengan mereka

b)

Tidak mendengar nasihat mereka

c)

Menghormati pendapat mereka walaupun bertentangan dengan pendapat sendiri

d)

Tegakkan pendapat diri sendiri

12.

Nyatakan 2 kelebihan perbincangan dalam mencapai kata sepakat dalam hubungan kekeluargaan.


I. Menjadikan hubungan kekeluargaan lebih buruk.

II. Mengelakkan berlakunya hubungan mesra antara anggota keluarga.

III. Mengelakkan konflik kekeluargaan.

IV. Dapat membuat keputusan yang paling tepat.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

II dan IV

d)

I dan III