wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Tahun 5: Unit 4 (Kuiz)

Total questions: 25

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Berikut ialah kuasa-kuasa asing dari barat yang pernah menjajah Negara kita kecuali

a)

Belanda

b)

Portugis

c)

Siam

d)

British

2.

Apakah sebab utama yang telah menarik minat kuasa-kuasa luar untuk menggugat kedaulatan Negara kita ?

a)

Keharmonian kaumnya

b)

Kemudahan infrastuktur

c)

Kekayaan hasil bumi.

d)

Kemuliaan Raja-rajanya

3.

Sebelum kedatangan Portugis ke Tanah Melayu negeri-negeri berikut sering menerima ancaman dari Kerajaan Siam kecuali

a)

Kedah

b)

Perlis

c)

Kelantan

d)

Perak

4.

Portugis telah menjajah Melaka selama 130 tahun daripada tahun....

a)

1511-1651

b)

1510-1650

c)

1511-1641

d)

1510-1641

5.

Berikut ialah kuasa luar yang paling lama menjajah Melaka, iaitu selama 183 tahun

a)

British

b)

Portugis

c)

Belanda

d)

Jerman

6.

Pada tahun 1841, Pemerintahan Negeri Sarawak telah jatuh ke tangan seorang lelaki berbangsa Inggeris yang bernama

a)

James Bond

b)

James Rodriguez

c)

James May

d)

James Brooke

7.

Nama lama bagi Negeri Sabah ialah

a)

Negeri di bawah bayu

b)

Borneo Utara

c)

Temasik

d)

Lingga

8.

Penjajahan Jepun di Tanah Melayu berakhir apabila....

a)

Terbunuhnya Jeneral mereka.

b)

Jatuhnya bom atom di Hiroshima dan Nagasaki

c)

Dikalahkan oleh pahlawan Melayu

d)

Diserang oleh tentera Belanda

9.

Berikut ialah negeri-negeri yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat sewaktu pentadbiran British kecuali...

a)

Melaka

b)

Singapura

c)

Pulau Pinang

d)

Pahang

10.

Pusat pentadbiran Negeri-Negeri Selat yang pertama terletak di negeri...

a)

Melaka

b)

Pahang

c)

Pulau Pinang

d)

Singapura

11.

* Pusat pentadbiran terletak di Kuala Lumpur

* Kerajaan pusat ditadbir oleh Residen Jeneral

Pernyataan di atas adalah berkenaan cara pentadbiran kerajaan British di...

a)

Negeri-Negeri Selat

b)

Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu

c)

Negeri-Negeri Borneo

d)

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

12.

Pilih negeri yang terletak dibawah pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

a)

Kelantan

b)

Johor

c)

Selangor

d)

Perlis

13.

Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu daripada ___ buah negeri.

a)

1

b)

2

c)

4

d)

5

14.

Syarikat Borneo Utara Sabah telah mentadbir Sabah dengan melantik seorang _______ yang bertanggungjawab kepada lembaga pengarah syarikat di London.

a)

Residen

b)

Menteri

c)

Jeneral

d)

Gabenor

15.

James Brooke telah mengamalkan sistem beraja semasa mentadbir Sarawak, beliau telah membahagikan negeri Sarawak kepada _____ wilayah, setiap satunya ditadbir oleh seorang Residen.

a)

2

b)

3

c)

5

d)

6

16.

Larut di Perak merupakan kawasan perlombongan bijih timah yang utama di Tanah Melayu suatu ketika dahulu, siapakan tokoh yang bertanggungjawab memajukan kawasan ini?

a)

Long Jaafar

b)

Onn Jaafar

c)

Ngah Ibrahim

d)

Ngah Jaafar

17.

Perlombongan bijih timah di Larut telah terganggu dan telah mengalami kerugian akibat pergaduhan antara dua kumpulan pekerja cina iaitu

a)

Lee Hui dan Hai nan

b)

Ghee Hin dan Hai San

c)

Ghee San dan Hai Hin

d)

Hap Seng dan Guan Yu

18.

Campur tangan British di negeri Perak bertitik tolak dari krisis perebutan takhta Sultan Perak antara dua orang putera yang bernama

a)

Raja Ismail dan Raja Ibrahim

b)

Raja Muhammad dan Raja Abdullah

c)

Raja Ismail dan Raja Abdullah

d)

Raja Ibrahim dan Raja Muhammad

19.

Perjanjian Pangkor yang telah menyaksikan penguasaan sepenuhnya British ke atas negeri Perak telah ditandatangani pada tahun

a)

1874

b)

1847

c)

1784

d)

1748

20.

Berikut ialah kesan Sosioekonomi yang berlaku semasa penjajahan British di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak kecuali

a)

Perkembangan ekonomi

b)

Perkembangan masyarakat berbilang kaum

c)

Perkembangan sistem pendidikan

d)

Perkembangan penyebaran Agama Islam

21.

Penjajahan British telah menggalakkan kemunculan bandar-bandar baharu seperti Ipoh, George Town, Kuching dan .....

a)

Shah Alam

b)

Putrajaya

c)

Jesselton

d)

Subang Jaya

22.

Pihak British telah memberi tumpuan kepada 4 jenis tanaman dalam sektor perladangan bagi mengembangkan ekonomi iaitu gambir, tembakau, lada hitam dan

a)

Padi

b)

Kelapa Sawit

c)

Getah

d)

Tebu

23.

Sistem Pendidikan Vernakular telah diperkenalkan oleh Pihak British, apakah maksud Sistem Pendidikan Vernakular?

a)

Sekolah berasaskan kaum

b)

Sekolah berasaskan agama

c)

Sekolah berasaskan taraf ekonomi

d)

Sekolah berasaskan keturunan

24.

Jaringan jalanraya pertama yang telah dibina oleh Pihak British adalah dari

a)

Kuala Lumpur - Johor Bharu

b)

Kuala Lumpur- Kuantan

c)

Kuala Lumpur - Seremban

d)

Kuala Lumpur - Ipoh

25.

Pihak British telah mewujudkan satu sistem perhubungan yang membolehkan maklumat dihantar dan diterima dengan lebih cepat iaitu..

a)

Sistem Pos

b)

Sistem Jalanraya

c)

Sistem Telegraf

d)

Sistem Telefon