wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 4 (T5) Sebatian Karbon

Total questions: 25

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Apakah sebatian organik?

a)

sebatian karbon yang berasal daripada mineral

b)

Sebatian karbon yang berasal daripada benda hidup

c)

Sebatian karbon yang berasal daripada karbon dan oksigen

d)

Sebatian karbon yang didapati daripada tindak balas antara karbon dan hidrogen

2.

Antara berikut yang manakah bukan sebatian organik?

a)

Garam

b)

Kerosin

c)

Gas asli

d)

Protein

3.

Hidrokarbon

a)

dijumpai dalam bahan api

b)

mengandungi karbon dan oksigen sahaja

c)

ialah sebatian karbon tak organik

d)

tidak terbakar dengan kehadiran udara

4.

Maklumat dibawah menunjukkan beberapa jenis sebatian.


K- arang batu

L- Etanol

M- Gas asli

N- Petroleum

Sebatian manakah adalah hidrokarbon?

a)

L dan N sahaja

b)

K,L,dan N sahaja

c)

K, M, dan N sahaja

d)

K,L, M, N

5.

Yis ditambahkan pada jus nanas dalam kelalang kon. Campuran dibiarkan selama lima hari. Proses yang terhasil ialah

a)

penapaian

b)

pengesteran

c)

penyulingan

d)

pengoksidaan

6.

Persamaan di bawah menunjukkan proses kimia.

Glukosa + Yis --> X + Karbon dioksida


Apakah X?

a)

Urea

b)

Ester

c)

Etanol

d)

Ammonia

7.

Maklumat menunjukkan ciri-ciri bahan organik X.

  • Cecair tidak berwarna
  • Larut dalam air
  • Terbakar dengan nyalaan biru


Bahan X ialah

a)

etena

b)

etanol

c)

petroleum

d)

kerosin

8.

Pembakaran alkohol dalam oksigen menghasilkan

a)

karbon sahaja

b)

karbon dan air

c)

karbon dioksida dan air

d)

karbon dan karbon dioksida

9.

Apakah akan dihasilkan apabila alkohol dan asid organik dicampurkan dan ditambahkan dengan beberapa titis asid sulfurik pekat kemudiannya dipanaskan?

a)

Cecair berbau harum

b)

Garam dan air terbentuk

c)

Larutan menjadi pepejal

d)

Gas berbau dibebaskan

10.

Persamaan perkataan berikut menunjukkan proses kimia.


X + Asid organik → Y dan Air

( menggunakan mangkin asid sulfurik pekat)


Apakah X dan Y?


a)

X :minyak sawit Y: sabun

b)

X : Gula Y : Etanol

c)

X: Alkohol Y : Ester

d)

X: Alkali Y: Garam

11.

Ester boleh digunakan untuk membuat

a)

ubat

b)

perisa

c)

minyak

d)

pelarut

12.

Bahan Z boleh digunakan sebagai pelarut, bahan api dan antiseptik. Apakah Z?

a)

Petrol

b)

Etanol

c)

Minyak sawit

d)

Kerosin

13.

Seorang murid mendapati papan putih didalam kelas telah ditulis dedngan dakwat kekal. Apakah bahan yang sesuai digunakan untuk memadamkan dakwat tersebut?

a)

Air

b)

Asid

c)

Alkali

d)

Alkohol

14.

Rajah menunjukkan perubahan dalam lumen arteri seorang lelaki.

Apakah bahan yang termendap didinding arteri tersebut?

a)

Karbohidrat

b)

Protein

c)

Serat

d)

Lemak

15.

Antara berikut, yang manakah bukan kesan pengambilan alkohol secara berlebihan?

a)

pertuturan tidak jelas

b)

Emosi berubah

c)

Koordinasi lemah

d)

Bersikap rasional

16.

Antara berikut, yang manakah kaya dengan lemak tepu?

a)

Minyak sapi

b)

Minyak jagung

c)

Minyak zaitun

d)

Minyak kelapa sawit

17.

Antara berikut yang manakah betul tentang perbandingan lemak tepu dan lemak tak tepu?

a)

Lemak tepu dari tumbuhan manakala lemak tak tepu berasal dari haiwan

b)

Takat lebur lemak tepu adalah rendah manakala lemak tak tepu adalah tinggi

c)

Lemak tepu tinggi kolesterol manakala lemak tak tepu rendah kolesterol

d)

Lemak tepu bersifat cecair pada suhu bilik manakala lemak tak tepu berkeadaan pepejal

18.

Rajah menunjukkan gambar seorang murid. Makanan manakah yang diambil secara berlebihan oleh murid ini?

a)

Bijirin

b)

Buah limau

c)

Ubi kentang

d)

Ayam goreng

19.

Antara berikut yang manakah kesan pengambilan lemak secara berlebihan?

a)

Arteriosklerosis

b)

Asma

c)

kanser peparu

d)

Emfisema

20.

Rajah menunjukkan keratan rentas buah kelapa sawit. Bahagian manakah yang mengandungi minyak kelapa sawit yang berkualiti tinggi?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

21.

Berikut merupakah langkah-langkah dalam proses pengekstrakan minyak kelapa sawit.

U- Penurasan

V- Penulenan

W- Pemusnahan dan pencernaan

X- pensterilan

Y- Penanggalan

Z- pengekstrakan


Antara urutan proses berikut yang manakah betul?

a)

U, V, W, X, Y, Z

b)

U, V, W, Y,X, Z

c)

X,Y, Z, U, W, V

d)

X, Y, W, Z, U, V

22.

Berikut menunjukkan langkah-langkah dalam penyediaan sabun.

P - Tambahkan air ke dalam campuran

Q- Didihkan natrium hidroksida dan minyak

R- Turaskan campuran

S- Tambah garam ke dalam campuran

Antara berikut, yang manakah urutan yg betul dalam penyediaan sabun?

a)

P→Q→R→S

b)

P→S→Q→R

c)

Q→P→S→R

d)

Q→R→P→S

23.

Apakah ciri lemak tepu?

a)

berkeadaan pepejal pada suhu bilik

b)

mempunyai kolesterol yang rendah

c)

takat lebur yang rendah

d)

diperoleh daripada tumbuhan

24.

Mengapakah buah kelapa sawit diwap semasa pengesktrakan minyak sawit?

a)

untuk membuang kotoran

b)

untuk menghilangkan bau

c)

untuk melembutkan sabut buah kelapa sawit

d)

ubtuk memberikan warna yang menarik

25.

Apakah tujuan mengalirkan minyak sawit melalui karbon yang diaktifkan?

a)

untuk menyingkirkan bau

b)

untuk menghilangkan warna

c)

untuk mensterilkan minyak

d)

untuk menambahkan nutrien