NEW
Font size
Worksheetspstong - Kata Adjektif Tahun 4_2
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Kereta itu kemik kerana ditimpa dahan pokok yang __________ semasa ribut.
lebur
patah
retak
hancur
Ibu memukul saya sampai __________ kerana tidak buat kerja rumah.
sepet
kedut
lebam
sembap
Anak Kak Ani yang __________ itu baru berusia empat bulan.
tampak
comel
kacak
ayu
Bangunan yang __________ sahaja siap itu terpaksa dirobohkan kerana tidak memenuhi syarat-syarat pihak berkuasa tempatan.
lama
baru
usang
buruk
Rasa majun yang baru ditelannya itu sangat __________.
pahit
kelat
manis
masam
Ayah suka ke pantai pada waktu petang untuk menyedut udara yang __________.
aman
damai
tenang
nyaman
Gulai itu sangat __________ kerana berlebihan santan.
pahit
manis
masin
lemak
Perut adik Amin __________ kerana dia kuat makan dan kurang bermain.
kempis
boroi
bulat
besar
Suara adik Sharmila sungguh __________ semasa menyampaikan lagu itu.
hebat
manis
merdu
comel
Muka Zainal __________ apabila dikejar oleh lelaki yang kurang siuman pada pagi tadi.
putih
pucat
keruh
kelam
Buyong dan Amir bersahabat __________ sejak dari dahulu lagi.
renggang
elok
jahat
baik
Hujahnya yang sangat __________ menyebabkan pihak lawan diam terpaku.
lemah
bernas
lembut
longgar
Buah duku yang baru dibelinya itu sangat __________.
manis
masin
pahit
kelat
Hujan yang __________ selama tiga hari berturut-turut menyebabkan berlakunya banjir di Kampung Chabang Tiga.
deras
lebat
kuat
laju
Rambut di kepalanya sudah mulai __________.
memutih
meninggi
membesar
menanggal
Suara abang sangat __________ selepas akil-baligh.
nyaring
mersik
merdu
garau
Pak Ali sungguh __________ membuat wau.
fasih
mahir
cerdik
lincah
Orang __________ itu sedang mengajar cucunya membuat wau.
tua
uzur
usang
lapuk
Kejadian yang berlaku itu __________ sekali dengan rumah Ali.
lama
baru
lurus
dekat
Walaupun Encik Zaman seorang yang kaya tetapi dia sangat __________ untuk menderma.
jimat
bakhil
hemat
cermat
