Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KEM MEMBACA SATU MALAYSIA : TEKA TEKI

Total questions: 7

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Sungguh enak sayur rebung,

Untuk hidangan anak manja,

Gunanya untuk saling berhubung,

Boleh dibawa ke mana sahaja,

a)

Telefon bimbit

b)

Radio

c)

Lampu suluh

2.

Kakak sulung menjahit seluar,

Seluar kepunyaan adik Zaki,

Panjang melilit bukannya ular,

Banyak dipakai orang lelaki

a)

Tali leher

b)

Pedang

c)

Tali pinggang

3.

Gadis desa duduk berangan,

Hati rindu terasa sunyi,

Cubalah teka apa gerangan,

Apabila dipetik ia berbunyi

a)

Gendang

b)

Gitar

c)

Seruling

4.

Ambil kain untuk disidai

Disidai oleh anak Pak Jaki

Kalau tuan bijak pandai

Binatang apa tanduk di kaki

a)

Kuda belang

b)

Biri-biri

c)

Ayam

5.

Selendang cantik berwarna merah

Diguna sebagai kain tudung

Sangat suka nenghisap darah

Haiwan apa tanduk di hidung

a)

Burung kenyalang

b)

Penguin

c)

Nyamuk

6.

Ibu ayam masuk ke reban

Anak ayam hendak keluar

Cubalah teka apa jawapan

Buah apa biji di luar

a)

Gajus

b)

Strawberi

c)

Anggur

7.

Pagi hari basuh gebar,

Gebar dibasuh oleh kamala,

Berbadan besar telinga lebar,

Binatang apa ekor di kepala?

a)

kerbau

b)

gajah

c)

ayam belanda