NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu Bahasa Kebangsaan
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Bahasa Melayu menjadi ............. kerana mudah difahami.
bahasa sastera
bahasa perbincangan
bahasa kebangsaan
bahasa penceritaan
Apakah bahasa pengantar di sekolah yang berjaya memupuk perpaduan rakyat Malaysia?
Arab
Cina
Inggeris
Melayu
Lagu .............................. menggalakkan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum menggunakan bahasa Malaysia.
Bahasa Jiwa Bangsa
Negaraku
Jalur Gemilang
Terang Bulan
Pada zaman dahulu, Bahasa Melayu berkembang dengan luasnya di Asia Tenggara kerana...
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan
Bahasa Melayu mudah dipelajari
Bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam perdagangan
Pedagang di Asia Tenggara terdiri daripada orang Melayu
Berikut merupakan peranan bahasa Melayu yang penting untuk kita ketahui kecuali.....
Bahasa Persuratan dan Perhubungan
Bahasa Ilmu dan Pentadbiran
Bahasa Pentadbiran dan Kemunduran
Bahasa Perdagangan dan Perundangan
Mengapakah bahasa Melayu dikatakan berperanan sebagai bahasa perdagangan?
Sebagai panduan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Memudahkan pedagang untuk menjalankan kegiatan jual beli.
Menyampaikan ilmu agama kepada Raja-raja Melayu di istana.
Digunakan untuk berhubung dengan negara luar
Apakah contoh perundangan yang telah ditulis dengan bahasa Melayu?
Hikayat Abdullah
Tuhfat al-Nafis
Sejarah Melayu
Hukum Kanun Melaka
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan mampu melahirkan semangat perpaduan, kekitaan dan kebangsaan
TIDAK PASTI
BETUL
SALAH
MUNGKIN
Berikut merupakan langkah memperkasakan bahasa Melayu untuk mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia kecuali....
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan.
Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib di sekolah.
Bahasa Melayu dianggap rendah martabatnya berbanding bahasa Inggeris.
Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan dan berkomunikasi antara pelbagai kaum.
Walaupun bahasa Malaysia telah menyumbang banyak kebaikan kepada negara, namun beberapa halangan timbul dalam usaha untuk terus memartabatkan bahasa kebangsaan ini. Apakah halangan tersebut?
i. Bahasa yang tidak maju dan tidak berdaya saing.
ii. Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan.
iii. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah.
iv. Penggunaan bahasa rojak yang kian berleluasa.
i dan ii
ii dan iii
i dan iv
Semua di atas.
