wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ AKAUN ONLINE MINGGU VOTEK

Total questions: 26

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.
Bapa Perakaunan adalah...............
a)
Luca Pacioli
b)
Luza Pacioli
c)
Lucy Pacioli
d)
Luca Paciolo
2.
Semua yang berikut merupakan Liabiliti Semasa bagi sebuah pasaraya kecuali...
a)
Akaun Belum Bayar
b)
Akaun Belum Terima
c)
Pinjaman
d)
Overdraf Bank
3.
Semua persamaan perakaunan berikut adalah betul, KECUALI
a)
Aset = Liabiliti + Modal
b)
Aset = Liabiliti + Modal + Untung Bersih
c)
Aset = Liabiliti + Modal - Rugi Bersih
d)
Aset = Liabiliti + Modal + Ambilan
4.
Dokumen ini digunakan untuk urusniaga secara tunai.
a)
Baucer Pembayaran
b)
Nota kredit
c)
Nota debit
d)
Invois
5.
Apakah tujuan utama diskaun tunai diberikan kepada pelanggan?
a)
Menggalakkan pembayaran hutang dengan segera
b)
Menggalakkan pelanggan membeli secara pukal
c)
Mengelakkan pelanggan guna kad kredit
d)
Menyediakan kemudahan pembayaran hutang yang fleksibel
6.
Catatan Kontra bagi Akaun Jualan ialah
a)
Pulangan masuk
b)
Pulangan Keluar
c)
Ambilan
d)
Susutnilai
7.
Manakah antara berikut  BUKAN merupakan Jurnal Khas
a)
Jurnal Am
b)
Jurnal Jualan
c)
Jurnal Belian
d)
Jurnal Pulangan Jualan
8.
Jualan barang niaga secara tunai akan direkodkan di dalam....
a)
Jurnal Am
b)
Jurnal Jualan
c)
Jurnal Pembayaran Tunai
d)
Jurnal Penerimaan Tunai
9.
Dokumen apakah yang perlu dikeluarkan oleh peniaga sekiranya tertinggal caj angkutan masuk di dalam invois?
a)
Nota kredit
b)
Nota debit
c)
Invois
d)
Memo
10.
Dokumen apakah yang perlu dikeluarkan oleh peniaga sekiranya terlebih caj angkutan masuk di dalam invois?
a)
Nota kredit
b)
Nota debit
c)
Invois
d)
Memo
11.
Sistem apakah yang digunapakai dalam menguruskan dana tunai runcit perniagaan?
a)
Sistem Catatan Bergu
b)
Sistem Panjar Runcit
c)
Sistem Buku Lima
d)
Sistem Perakaunan
12.
Apakah Lejar?
a)
Buku yg merekodkan urusniaga tunai sahaja
b)
Buku yg merekodkan urusniaga kredit sahaja
c)
Buku yg merekodkan semua perbelanjaan untuk satu tempoh perakaunan
d)
Buku yang mengandungi pelbagai jenis akaun untuk merekodkan pelbagai urusniaga
13.
Antara berikut, yang manakah BUKAN Kesilapan Tidak Ketara dalam Imbangan Duga?
a)
Kesilapan Komisen
b)
Kesilapan Amaun
c)
Kesilapan Prinsip
d)
Kesilapan pengiraan
14.
Penyata Kewangan ada berapa jenis?
a)
Satu
b)
Dua
c)
Tiga
d)
Empat
15.
Penyata Kewangan ada berapa jenis?
a)
Satu
b)
Dua
c)
Tiga
d)
Empat
16.
Apakah tujuan Penyediaan Penyata Kedudukan Kewangan?
a)
Menunjukkan jumlah modal dan keuntungan atau kerugian perniagaan
b)
Untuk mengetahui perniagaan mendapat untung atau rugi kasar
c)
Untuk mengetahui kesilapan pengiraan Imbangan Duga
d)
Untuk mengetahui hasil yang diperoleh sepanjang tempoh perakaunan
17.
Formula Modal Kerja ialah
a)
Aset - Liabiliti
b)
Aset Semasa - Liabiliti Semasa
c)
Aset Bukan Semasa - Liabiliti Semasa
d)
Modal - Ambilan
18.
Berikut merupakan Aset Semasa KECUALI
a)
Bank Overdraf
b)
Inventori
c)
Tunai
d)
Akaun Belum Terima
19.
Berikut merupakan Hasil KECUALI
a)
Faedah Atas Pinjaman
b)
Jualan
c)
Sewa diterima
d)
Faedah Atas Simpanan
20.
Yang manakah tujuan Akaun Kawalan?
a)
Untuk menyemak ketepatan catatan dalam Akaun Belum Terima dan Akaun Belum Bayar
b)
Untuk mengetahui jualan tunai
c)
Untuk menyemak belian tunai
d)
Untuk menyemak ketepatan Jurnal Am
21.
Antara berikut, yang manakah dokumen untuk jualan kredit
a)
Nota kredit
b)
Invois
c)
Bil tunai
d)
Memo
22.

Tujuan Analisis Penyata Kewangan adalah membantu pihak luar membuat keputusan mengenai kemudahan kredit. Jenis nisbah adalah seperti berikut, KECUALI..

a)

Nisbah Keberuntungan

b)

Nisbah Kecairan

c)

Nisbah untung Kasar

d)

Nisbah Kecekapan

23.

Nisbah Kecairan berfungsi sebagai,

a)

Mengukur jumlah kutipan hutang yang perlu dilunaskan oleh pembekal mengikut masa yang ditetapkan

b)

Mengukur kebolehan menguruskan hutang yang dibayar dan dikutip

c)

Mnegukur kebolehan mengutip hutang

d)

Mengukur keupayaan perniagaan membuat pelbagai jenis pembayaran kepada pihak luaran.

24.

i : Merancang kekuatan dan kelemahan perniagaan

ii : Mengalakkan peningkatan ekonomi perniagaan

iii : Merancang dan mengawal masa depan

iv : Membuat keputusan mengikut matlamat perniagaan demi memaksimumkan keuntungan

a)

i, ii dan iii

b)

ii, iii dan iv

c)

i, iii dan iv

d)

i, ii dan iv

25.

Rumus bagi untung bersih adalah,

a)

Modal Awal - Modal Tambahan + ambilan - modal akhir

b)

Modal Akhir + Ambilan - Modal tambahan - Modal Awal

c)

Modal akhir - Ambilan + Modal Tambahan - Modal awal

d)

Modal Awal + Modal tambahan + Modal Tambahan - ambilan

26.

Berikut adalah maklumat kewangan kedai Abu pada 1 januari 2017


Lengkapan RM 8 000

Akaun Belum Terima RM 2 500

Akaun Belum Bayar RM 3 000

Overdraf Bank RM 5 500


Kirakan Modal bagi

a)

RM 8 000

b)

RM 2 000

c)

RM 3 000

d)

RM 2 500