NEW
Font size
WorksheetsKATA PRAFRASA
Total questions: 13
Worksheet time: 7mins
1. Apakah yang dimaksudkan dengan kata prafrasa ?
i. Kata yang bertugas dalam memberikan maksud tertentu dalam ayat
ii.Kata yang berfungsi memberikan maksud tertentu dalam ayat seperti kata bantu aspek, kata bantu ragam dan kata bidalan
iii.Kata yang berfungsi memberikan maksud tertentu dalam ayat seperti kata bantu, kata penguat, kata penegas dan kata penyendi
iv. Kata yang bertugas memberikan maksud tertentu dalam ayat seperti tugas pemeri, tugas penyendi dan tugas nafi.
A. i dan ii
B. ii dan iv
C. ii dan iii
D. iii dan iv
2. Kata prafrasa terdiri daripada berikut kecuali
A. Kata bantu
B. Kata Pemeri
C. Kata Penguat
D. Kata Adjektif
Kata bantu terdiri daripada berikut :
i. Kata bantu aspek
ii. kata bantu ragam
iii. kata bantu am
iv. kata sendi nama
A. i dan ii
B. i dan iii
C. ii dan iii
D. iii dan iv
“Kata yang menimbulkan suasana perbezaan masa iaitu masa lampau, masa kini dan masa hadapan”. Kategori kata bantu apakah yang diterangkan oleh penerangan tersebut?
A. Kata bantu
B. Kata bantu aspek
C. Kata sendi nama
D. Kata bantu ragam
Ayat yang manakah mengandungi kata bantu?
A. kita harus cepat supaya tidak ketinggalan bas
B. Dia juga membeli buah tangan di kedai itu
C. Adik bongsu saya enggan memakai baju
D. Ambil baju di ampaian
hendak, mahu, harus, mesti, boleh
Berikut merupakan contoh kata bantu. Kategori apakah yang ditunjukkan oleh contoh perkataan tersebut ?
A. Kata bantu aspek
B. Kata bantu ragam
C. Kata sendi nama
D. Kata keinginan
Apakah yang dimaksudkan dengan kata penguat bebas ?
A. Kata penguat yang berada di hadapan kata adjektif
B. Kata penguat yang berada selepas kata adjektif
C. Kata penguat yang berada yang berada sebelum dan selepas kata adjektif
D. Kata penguat yang berada yang berada sebelum dan selepas kata adjektif
Kata penguat terdiri daripada tiga. Berdasarkan contoh kata di bawah, yang manakah contoh kata tersebut berada di dalam kategori jenis kata penguat yang betul ?
A. terlalu, paling, amat
B. sekali, benar, agak
C. paling. amat, sekali
D. amat, sungguh, sangat
Kelakuan pelajar itu baik sekali. Beliau sering dipuji oleh guru dan rakan- rakannya kerana sikap suka tolong menolong dan beradab apabila berbicara dengan orang disekeliling.
Berdasarkan contoh ayat di atas, tentukan kategori jenis kata penguat bagi perkataan "sekali"
A. Kata penguat bebas
B. Kata penguat belakang
C. Kata penguat tengah
D. Kata penguat hadapan
i. Menunjukkan keterangan waktu
ii. Mengikuti kata "ada" (untuk manusia dan haiwan)
iii. Menunjukkan tempat sesuatu perbuatan itu dilakukan
iv. Digunakan pada sesuatu yag abstrak (berkaitan dengan kognisi)
Berdasarkan perkara di atas, apakah yang merujuk kepada fungsi bagi kata sendi nama di atas?
A. Pada
B. Dari
C. Kepada
D. Daripada
Ayat yang manakah menggunakan kata pemeri dengan betul ?
i. Kegemaran bapa saya pada waktu lapang ialah memancing di tasik
ii. Kemudahan yang disediakan di bank itu, ialah pinjaman membeli rumah
iii. Kejadian itu ialah yang kedua berlaku terhadapnya sejak berpindah ke kawasan itu
iv. Didikan agama adalah merupakan benteng yang dapat menyelamatkan remaja daripada masalah sosial
A. i dan ii
B. i dan iv
C. ii dan iii
D. iii dan iv
Mengapakah kata peeri tidak digunakan dalam kata dasar?
A. Dalam bahasa Melayu tidak semua memerlukan kata pemeri berbanding dalam bahasa Inggeris
B. Penggunaan kata pemeri dalam ayat dasar akan menimbulkan kekeliruan dalam ayat
C. Penggunaan kata pemeri akan menunjukkan perbandingan persamaan antara subjek dan predikat
D. Kata pemeri digunakan untuk merangkaikan subjek dan predikat
SOALAN UMUM
Lengkapkan teks di bawah dengan kata bantu yang sesuai.
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Budiman ……(1)……. mengadakan Program Penjagaan Kesihatan pada hari Ahad ini. Pelbagai persiapan ………(2)……. diatur bagi menjayakan program tersebut. Pihak sekolah ………(3)…… memohon bantuan daripada Pejabat Kesihatan daerah untuk turut sama menjayakan program ini dengan menyediakan penceramah dan bahan pameran untuk orang ramai. Pihak sekolah juga turut mendapatkan bantuan daripada pertubuhan bukan kerajaan yang ……(4)………membuat pemeran.
Pihak sekolah …..(5)…….seramai mungkin pelajar menyertai program itu. Oleh itu, pihak sekolah telah memaklumkan program ini kepada pelajar untuk diuar- uarkan sejak sebulan lalu yang lalu. Para pelajar yang ……(6)……….. menyertai program ini diminta datang lebih awal dengan pakaian yang sesuai.
Pihak sekolah berharap program ini ……(7)……… meninkatkan kesedaran para pelajar tentang kepantingan penjagaan kesihatan diri dan keluarga bagi mewujudkan kehidupan yang sihat, selamat dan bahagia.
A. akan, telah, akan, boleh, mahu, akan, dan dapat
B. akan, telah, boleh, akan, mahu, dapat dan akan
C. sedang, akan, dapat, mahu, boleh, enggan dan mungkin
D. akan, dapat, mahu, boleh, enggan, mungkin dan akan
