Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TEORI

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Seorang doktor menyelamatkan nyawa seorang penjenayah yang telah mencederakan ahli keluarganya. Menurut teori keperibadian mulia, tindakan doktor ini patut dipuji dari segi __________.

a)

kod etika profesion kedoktorannya

b)

perbuatannya yang memberi rawatan

c)

sikapnya yang menghargai nyawa pesakit

d)

pertimbangannya terhadap kesan baik kepada pesakit

2.

Apakah maksud telos?

a)

tujuan

b)

yang harus

c)

yang diwajibkan

d)

maklumat

3.

Siapakah yang mengutarakan Prinsip Kewajipan?

a)

Kant

b)

Sartre

c)

Bentham

d)

Aristotle

4.

Maria tidak pernah meniru dalam peperiksaan walaupun berpeluang. Dia menggunakan konsep _________.

a)

consequentialism

b)

good will

c)

existence precedes essence

d)

categorical imperative

5.

Manakah antara tokoh berikut yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan?

a)

Sartre

b)

Bentham

c)

Aristotle

d)

Hobbes

6.

Dalam usaha untuk menjadi maju dan cekap, individu mesti menentang pengorbanan diri dan diganti dengan pemeliharan diri, pembesaran diri dan pengasihan diri. Siapakah tokoh yang mengeluarkan pernyataan di atas?

a)

Sartre

b)

Nietzsche

c)

Bentham

d)

Durkheim

7.

Menderma kepada masjid adalah nilai baik jika ia dilakukan atas pilihan sendiri. Sebaliknya, pilihan individu menjadi nilai buruk jika kerana terpaksa. Contoh ini adalah sesuai untuk teori _____________.

a)

utilitarianisme

b)

eksistensialisme

c)

kemoralan sosial

d)

keperibadian mulia

8.

Deontologi terdiri daripada ________________.

a)

utilitarianisme dan egoisme

b)

kewajipan dan utilitarianisme

c)

kewajipan dan eksistensialisme

d)

utilitarianisme dan eksistensialisme

9.

Sifat keperibadian mulia bukan secara semulajadi tetapi boleh diperolehi menerusi latihan.Berdasarkan pernyataan tersebut, apakah teori yang sesuai dikaitkan?

a)

Teleologikal

b)

Deontologikal

c)

Teori Kemoralan Sosial

d)

Teori Keperibadian Mulia

10.

Berdasarkan teori eksistensialisme, tindakan melakukan pengguguran dikatakan tindakan bermoral apabila ________________.

a)

keluarga perempuan merestui tindakan itu

b)

suami dan isteri mempunyai kepentingan bersama

c)

isteri, suami dan masyarakat meneliti secara positif

d)

ibu muda membuat pilihan jika mahu menggugurkan kandungan

11.

Tindakan Jabatan Pertanian menghapuskan ternakan ayam dan itik semua penduduk kampung itu adalah untuk menghalang merebaknya virus selsema burung yang mula melanda di negeri mereka.Teori yang digunakan bagi pernyataan tersebut ialah

a)

Egoisme

b)

Eksistensialisme

c)

Utilitarianisme

d)

Kemoralan sosial

12.

Nellie tidak berbohong kepada musuh keluarga sahabatnya walaupun tindakan itu berbahaya kepada keluarga tersebut kerana dia merasakan perlakuan itu bermoral.Mengapa Kantian melihat tindakan Nellie adalah bermoral?

a)

Pilihan yang dilakukan mestilah bebas dan tidak dipaksa.

b)

Tidak melihat kepentingan diri sendiri tetapi melihat kepentingan ramai.

c)

Prinsip ini tidak membenarkan pengecualian apabila peraturan telah dibina.

d)

Segala perbuatan yang dilakukan mestilah atas dasar keikhlasan.

13.

Thanesh seorang pekerja yang jujur serta berusaha bersungguh-sungguh supaya dinaikkan pangkat tetapi mengapakah teori utilitarianisme menolak tindakan tersebut?

a)

Thanesh sepatutnya mematuhi segala peraturan masyarakat yang ditetapkan.

b)

Thanesh sepatutnya berusaha bersama-sama rakannya menaikkan nama syarikat.

c)

Thanesh sepatutnya melobi ketuanya dan tidak perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh.

d)

Thanesh sepatutnya menggalakkan rakan sekerjanya mengamalkan kesederhanaan.

14.

Manakah antara berikut merupakan kritikan terhadap teori eksistensialisme?

a)

Ukuran kebahagiaan untuk semua manusia tidak sama, tidak boleh dinisbahkan atau dijeniskan.

b)

Sifat manusia yang terlalu individualistik boleh merosakkan sistem kekeluargaan, organisasi, masyarakat dan negara.

c)

Sikap, kecenderungan dan pemikiran manusia berbeza dan ini akan menimbulkan perbalahan dan konflik.

d)

Mementingkan soal kepatuhan individu kepada autoriti walaupun bertentangan dengan suara batin mereka.

15.

Dua orang pelajar dengan sengaja telah mengoyakkan buku di perpustakaan universiti. Berdasarkan teori utilitarianisme, kesan akhir terhadap tindakan dua orang pelajar tersebut ialah dikenakan denda kerana

a)

kebebasan setiap orang mempunyai had

b)

setiap peraturan yang telah ditetapkan mesti dipatuhi tanpa pengecualian

c)

memberi kebahagiaan kepada pihak universiti supaya tidak berlaku kerugian

d)

memberi pengajaran kepada pelajar lain supaya peraturan universiti dipatuhi

16.

Sabrina akur untuk mengikuti upacara melenggang perut ketika kandungannya mencecah 9 bulan kerana amalan tersebut telah sebati dalam masyarakat di negerinya.

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah teori yang diamalkan oleh Sabrina?

a)

Kewajipan

b)

Utilitarianisme

c)

Eksistensialisme

d)

Kemoralan sosial

17.

Rina sentiasa mengutamakan kegembiran dirinya dalam setiap perkara walaupun kadang-kadang menyakitkan hati rakan-rakannya. Ahli falsafah mengkategorikan perbuatan Rina ini di bawah teori

a)

kewajipan moral

b)

eksistensialisme

c)

egoisme

d)

deontologikal

18.

Lee mengamalkan prinsip eksistensialisme dalam kehidupannya. Manakah antara berikut tindakan yang akan beliau lakukan?

a)

Mengedar dadah kerana dianggap salah satu sumber untuk mendapat rezeki.

b)

Perlu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah tepat pada waktunya.

c)

Memulangkan pinjaman buku di perpustakaan kerana takut didenda.

d)

Melewatkan penghantaran tugasan yang diberikan dan memberikan pelbagai alasan supaya tidak dipotong markahnya.

19.

Ciri-ciri teori keperibadian mulia yang boleh diamalkan oleh pelajar universiti ialah

a)

merendah diri dan sentiasa membuat lawak dalam perbualan dengan rakan sekelas

b)

membuat salinan buku yang dipinjam daripada perpustakaan

c)

memberi keutamaan kepada aktiviti kelab yang berbentuk hedonisme

d)

berbelanja secara berhemah dengan membeli barang keperluan asas sahaja

20.

Menderma darah dikatakan hanya dengan niat untuk menolong orang semata-mata tanpa berfikir langsung untuk mendapat pujian, ganjaran atau menunjukkan sifat baik hatinya kepada orang lain.Berdasarkan pernyataan di atas, teori apakah yang sesuai dikaitkan?

a)

Kewajipan

b)

Utilitarianisme

c)

Eksistensialisme

d)

Kemoralan sosial