wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahan Buatan Dalam Industri

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Pembuatan asid sulfurik melibatkan 4 peringkat. Antara persamaan berikut, yang manakah mewakili tindak balas yang menggunakan mangkin?

a)

S + O2 → SO2

b)

2SO2 + O2 → 2SO3

c)

SO3 + H2SO4 → H2S2O7

d)

H2S2O7 + H2O → 2H2SO4

2.

Antara yang berikut, yang manakah bukan kegunaan asid sulfurik?

a)

Pembuatan baja

b)

Pembuatan detergen

c)

Pembuatan cat

d)

Pembuatan asid nitrik

3.

Gas X bertindak balas dengan air hujan menghasilkan hujan asid. Apakah gas X?

a)

Ammonia

b)

Karbon dioksida

c)

Sulfur dioksida

d)

Nitrogen dioksida

4.

Mangkin apakah yang digunakan dalam Proses Sentuh untuk menghasilkan asid sulfurik?

a)

Fe

b)

Ni

c)

MnO2

d)

V2O5

5.

Ammonia bertindak balas dengan bahan X untuk menghasilkan baja ammonium sulfat. Apakah bahan X?

a)

Sulfur

b)

Sulfur dioksida

c)

Asid sulfurik

d)

Natrium sulfat

6.

Antara berikut yang manakah mangkin digunakan dalam proses Haber?

a)

Ferum

b)

Hidrogen peroksida

c)

Vanadium(V) oksida

d)

Kalium manganat(VII)

7.

Antara pernyataan berikut yang manakah membezakan antara keluli dengan logam tulennya, ferum?

I susunan atom dalam keluli tidak teratur

II permukaan keluli tidak mudah terkakis

III takat lebur keluli lebih rendah daripada takat lebur ferum.

IV Penggelongsoran lapisan atom dalam keluli lebih sukar berbanding dengan ferum.

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II III dan IV

8.

Aloi gangsa mempunyai komposisi seperti berikut:

90% Kuprium 10% Bahan Q

Apakah bahan Q:

a)

Stanum

b)

zink

c)

Ferum

d)

Aluminium

9.

Pada zaman sekarang, kita menggunakan polimer sintetik secara meluas kerana ianya agak murah, senang dibentuk dan mudah diwarnakan. Tetapi penggunaan polimer sintetik banyak menyebabkan pencemaran alam sekitar.

Antara yang berikut, yang manakah menerangkan bagaimana polimer sintetik ini menyebabkan pencemaran alam sekitar.

I tidak mudah terbiodegradasikan

II sistem salur air tersumbat menyebabkan banjir kilat

III Pembakaran polimer sintetik membebaskan gas yang beracun dan berbau sengit

IV Menyebabkan pembentukan alga

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

II, III dan IV

d)

I, III dan IV

10.

Penutup alatan memasak dibuat daripada jenis kaca Y. Kaca Y mempunyai pekali pengembangan terma yang redah dan sangat tahan terhadap haba dan bahan kimia.

Apakah jenis kaca Y yang digunakan?

a)

Kaca plumbum

b)

Kaca borosilikat

c)

Kaca soda kapur

d)

Kaca silika terlakur