wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SPM GEOGRAFI 2012 (set 1)

Total questions: 10

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Apakah kesan proses urbanisasi kepada alam sekitar fizikal di Malaysia?

a)

Perubahan landskap bandar

b)

Kesesakan lalu lintas

c)

Migrasi meningkat

d)

Peningkatan kadar jenayah

2.

Apakah faktor yang mempengaruhi pembinaan terowong di Lebuh Raya Utara- Selatan?

a)

Kawasan pergunungan

b)

Dilitupi hutan tebal

c)

Tarikan pelancong

d)

Pencemaran udara

3.

Mengapakah Delta Kelantan mempunyai penduduk yang padat?

a)

Kawasan perlombongan emas

b)

Kawasan pelancongan menarik

c)

Pusat perindustrian kraf tangan

d)

Tanah subur untuk pertanian

4.

Apakah langkah mengatasi masalah kependudukan di negara kurang penduduk? (Pilih 2)

a)

Amalan Perancang Keluarga

b)

Meningkatkan Taraf pendidikan

c)

Melanjutkan usia persaraan

d)

Meningkatkan kemasukan tenaga asing

5.

Bagaimanakah proses pembandaran memberi kesan terhadap kualiti alam sekitar?

a)

Pembinaan rumah bertingkat kerana kos yang tinggi

b)

Migrasi penduduk menyebabkan wujudnya kawasan setinggan

c)

Pembinaan jalan bertingkat mengurangkan kesesakan lalu lintas

d)

Pembinaan bangunan tinggi dan padat meningkatkan suhu bandar

6.

Apakah fungsi bandar Port Dickson?

a)

Bandar pertahanan

b)

Bandar diraja

c)

Bandar satelit

d)

Bandar sempadan

7.

Maklumat berikut berkaitan dengan dua bandar di Malaysia.

Apakah persamaan fungsi bandar tersebut?

*Pekan Pahang

*Kuala Kangsar Perak

a)

Bandar satelit

b)

Bandar pendidikan

c)

Bandar perindustrian

d)

Bandar diraja

8.

Kombinasi manakah yang benar tentang aktiviti manusia dan kesannya terhadap alam sekitar? (Pilih 3)

a)

Pertanian Pindah --> Permukaan cerun bukit gondol

b)

Penggunaan Baja Kimia --> Keasidan tanah meningkat

c)

Pembinaan Pelabuhan --> Aras laut meningkat

d)

Perlombongan Petroleum --> Kemusnahan taman laut

9.

Bagaimanakah sistem telekomunikasi moden dapat meningkatkan pembangunan ekonomi negara?

a)

Memajukan sistem pendidikan

b)

Meningkatkan taraf kesihatan penduduk

c)

Meningkatkan tahap keselamatan negara

d)

Meluaskan aktiviti perdagangan antarabangsa

10.

Kombinasi manakah yang benar tentang lapisan atmosfera dan kepentingannya?

a)

Stratosfera --> Pembentukan awan

b)

Mesosfera --> Penebat yang menyerap cahaya matahari

c)

Termosfera --> Sistem Telekumunikasi

d)

Troposfera --> Melindungi bumi daripada sinaran ultra unggu