wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS TINGKATAN 4 BAB 1

Total questions: 8

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Apakah faktor yang mempengaruhi keputusan suatu eksperimen?

a)

Hipotesis

b)

Inferens

c)

Pemboleh ubah

d)

Kesimpulan

2.

Suatu eksperimen dijalankan untuk membuktikan bahawa semakin besar luas keratan rentas dawai, semakin rendah rintangannya. Apakah pemboleh ubah dimanipulasikan dalam eksperimen ini?

a)

Rintangan dawai

b)

Panjang dawai

c)

Diameter dawai

d)

Suhu

3.

Dalam satu eksperimen ayunan bandul ringkas, seorang pelajar ingin mengkaji hubungan antara panjang tali dengan bilangan ayunan dalam masa seminit. Antara yang berikut, yang manakah merupakan pemboleh ubah bergerak balas?

a)

Masa

b)

Panjang tali

c)

Berat bandul

d)

Bilangan ayunan

4.

Tayar getah tidak harus dibakar secara terbuka kerana akan menghasilkan bahan pencemar dan gas toksik ke udara. Sikap saintifik atau nilai murni yang manakah diamalkan?

a)

Berhemah tinggi dan hormat-menghormati

b)

Yakin dan berdikari

c)

Menghargai keselamatan diri, orang lain dan persekitaran

d)

Menghargai sumbangan sains

5.

Kita seharusnya mengasingkan bahan yang dapat dikitar semula semasa membuang sampah. Sikap saintifik yang manakah telah diamalkan?

a)

Bertanggungjawab dengan tidak membazirkan sumber semula jadi

b)

Berjimat-cermat dan berhati-hati

c)

Bersifat ingin tahu tentang alam sekitar

d)

Adil dan saksama

6.

Antara yang berikut, sikap yang manakah wajar dalam sains?

a)

Bersikap konservatif

b)

Bersikap agresif

c)

Sistematik semasa mengumpul data

d)

Menjadi seorang yang sering menimbulkan masalah

7.

Asid pekat yang telah digunakan dalam satu eksperimen tidak dituang ke dalam sinki. Sikap saintifik yang manakah telah diamalkan?

a)

Bersyukur terhadap Tuhan

b)

Menjaga alam sekitar daripada tercemar

c)

Berjimat-cermat dengan menggunakan semula asid

d)

Menghargai sumbangan sains

8.

Maklumat berikut menunjukkan langkah-langkah dalam kaedah penyiasatan saintifik.


P = Membentuk hipotesis

Q = Membuat kesimpulan

R = Mengenal pasti pemboleh ubah

S = Memerhati dan mengumpul


Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan urutan langkah yang betul?

a)

R - P - S -Q

b)

P - R - S - Q

c)

S - P - R - Q

d)

R - S - P - Q