WorksheetsTing 5 Sains Bab 4
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Antara yang berikut, yang manakah merupakan sebatian karbon bukan organik?
Karbohidrat
Lemak
Karbon dioksida
kanji
Antara yang berikut, yang manakah bukan sumber hidrokarbon?
Arang batu
Petroleum
protein
Gas asli
Apakah yang akan terhasil apabila alkohol bertindak balas dengan asid organik?
lemak
natrium hidroksida
glukosa
ester
Apakah ciri sebatian bukan organik?
hangus apabila terbakar
tidak mempunyai logam
tidak berasal daripada benda hidup
Antara berikut, yang manakah sebatian karbon bukan organik?
kertas tulis
kalsium karbonat
minyak kelapa
petrol
Apakah bahan mentah yang digunakan dalam proses penapaian?
minyak kelapa sawit dan yis
garam biasa dan yis
larutan glukosa dan yis
kalsium karbonat dan yis
Antara berikut, apakah kesan meminum alkohol secara berlebihan?
pengecutan arteri
menurunkan paras kolesterol
mengalami gangguan jiwa
sirosis hati
Apakah unsur utama dalam lemak ayam?
karbon dan hidrogen
karbon dan oksigen
karbon, hidrogen dan oksigen
karbon, sulfur dan nitrogen
Pengambilan makanan yang kaya dengan lemak tepu secara berlebihan boleh menjejaskan kesihatan kita kerana lemak tepu___________
menaikkan paras kolesterol
melarutkan vitamin
menurunkan tekanan darah
wujud dalam keadaan cecair pada suhu bilik
Bahagian buah kelapa sawit yang menghasilkan minyak yang paling banyak ialah_________
sabut
tempurung
isirung
Apakah bahan antioksida yang terdapat dalam minyak kelapa sawit?
Vitamin B
Vitamin C
Vitamin D
Vitamin E
Selepas seharian bekerja, Ahmad mendapati terdapat kotoran minyak motor pada seluarnya. Apakah bahan yang paling sesuai untuk mencuci seluarnya?
garam
sabun
minyak kelapa sawit
alkohol
Natrium hidroksida bertindak balas dengan L untuk menghasilkan sabun dan air. Apakah L?
Asid
Ester
Minyak kelapa sawit
Alkohol
Bahagian kepala sabun bersifat___________
hidrofilik
hidrofobik
Monomer bagi getah asli ialah_________
glukosa
asid amino
isoprena
kanji
Antara berikut, yang manakah polimer asli?
plastik
kapas
nilon
perspeks
Proses yang menukarkan glukosa menjadi kanji ialah__________
saponifikasi
pempolimeran
penyahpolimeran
penggumpalan
_____________menyebabkan penggumapal lateks.
Asid
Larutan ammonia
Apakah kelebihan menggunakan getah tervulkan berbanding dengan getah asli?
lembut
melekit
tahan haba
tahan bahan kimia
Atom apakah yang ditambah semasa penghasilan getah tervulkan?
hidrogen
sulfur
fosforus
nitrogen
Makanan manakah yang akan menyebabkan pengenapan kolesterol pada dinding arteri?
susu
sayur-sayuran
mentega
mineral
Proses pembuatan sabun dikenali sebagai______________
saponifikasi
persenyawaan
penggumpalan
pengoksidaan
Antara berikut, yang manakah merupakan sifat getah asli?
tahan haba
penebat elektrik
telap udara
serap air
Ciri alkohol yang manakah tidak benar?
tidak larut dalam air
mudah terbakar
takat didih rendah
dapat bertindak balas dengan asid menghasilkan ester
Apakah tujuan penambahan garam semasa pembuatan sabun?
untuk memecahkan sabun
untuk memendakkan sabun
supaya sabun jadi wangi
hilangkan kekotoran
