wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ting 4 Sains Bab 4

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Proses apakah yang menukarkan gas menjadi cecair?

a)

Peleburan

b)

Kondensasi

c)

Pemejalwapan

d)

Pendidihan

2.

Naftalena menjadi semakin kecil selepas beberapa minggu. Proses apakah menyebabkan keadaan ini berlaku?

a)

pembekuan

b)

pemejalwapan

c)

kondensasi

d)

peleburan

3.

Zarah subatom yang manakah bersifat neutral?

a)

elektron

b)

proton

c)

neutron

4.

Nombor nukleon atom L ialah 17 dan nombor proton ialah 8. Berapakah bilangan neutron dalam atom ini?

a)

8

b)

9

c)

17

d)

25

5.

Isotop mempunyai________________

a)

bilangan proton yang sama

b)

bilangan neutron yang sama

c)

sifat kimia yang sama

6.

Kumpulan 18 dalam Jadual Berkala merupakan____________

a)

halogen

b)

logam

c)

gas nadir

d)

separuh logam

7.

Antara berikut, yang manakah ialah bahan molekul?

a)

zink

b)

Besi

c)

Air

d)

Kuprum sulfat

8.

Antara berikut, yang manakah sebatian ion?

a)

kuprum

b)

air

c)

klorin

d)

kuprum sulfat

9.

Bahan ini hanya dapat mengkonduksikan elektrik dalam keadaan leburan tetapi bukan pepejal. Apakah bahan ini?

a)

molekul

b)

atom

c)

sebatian ion

10.

Bahan ini tidak dapat mengkonduksikan elektrik dalam apa-apa keadaan. Bahan ini ialah bahan_________

a)

atom

b)

molekul

c)

sebatian ion

11.

Apakah sifat fizikal bagi bukan logam?

a)

konduktor elektrik yang baik

b)

takat didih tinggi

c)

permukaan berkilau

d)

rapuh

12.

Antara berikut, yang manakah menjadikan emas sesuai untuk digunakan sebagai barang kemas?

a)

konduktor haba yang baik

b)

permukaan pudar

c)

mudah ditempa

d)

rapuh

13.

Bahan ini sangat tidak reaktif dan digunakan untuk mengisi lampu iklan. Apakah bahan ini?

a)

Neon

b)

Argon

c)

Helium

d)

Hidrogen

14.

Apakah proses yang digunakan untuk mengasingkan suatu campuran alkohol dan air?

a)

Peleburan

b)

Pembekuan

c)

Penyulingan

d)

Penurasan

15.

Pada kebiasaannya, air suling digunakan sebagai_________

a)

bahan api

b)

detergen

c)

pelarut cat

d)

air bateri untuk kenderaan

16.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan salah satu daripada ciri-ciri bahan tulen?

a)

mempunyai takat didih tertentu

b)

mempunyai ketumpatan tertentu

c)

mempunyai warna tertentu

d)

mempunyai bentuk tertentu

17.

Apakah kandungan dalam nukleus atom aluminium?

a)

proton sahaja

b)

elektron

c)

proton dan neutron

d)

elektron dan neutron

18.

Nombor proton bagi atom P ialah 7 dan bilangan neutronnya ialah 8. Apakah nombor nukleonnya?

a)

7

b)

8

c)

15

d)

1

19.

Mata pensel dibuat daripada__________

a)

kuprum

b)

karbon

c)

intan

d)

neon

20.

Nombor proton bagi atom P ialah 10. Bilangan neutron ialah 7. Berapakah bilangan elektron dalam atom P ?

a)

7

b)

10

c)

17

d)

3