NEW
Font size
WorksheetsTAMADUN INDIA
Total questions: 20
Worksheet time: 6mins
Tokoh yang terkenal sebagai seorang tokoh pejuang bangsa India. Beliau seorang yang sangat kuat berpegang kepada ajaran agama. Doktrin menolak kekejaman (ahimsa) dalam ajaran Jainisme, Buddhisme dan Hinduisme sangat mempengaruhi prinsip hidupnya. Siapakah tokoh yang dimaksudkan?
Mahatma Gandhi
Shah Waliullah al-Dehlawi
Shah Jehan
Amir Khusraw
Apakah masyarakat yang tinggal di India Selatan?
Indo-Muslim
Arya
Dravida
Indo-Arya
Siapakah tokoh Indo-Muslim pertama yang menggabungkan nada dan laras India dengan Parsi dan mencipta alat muzik sitar dengan menggabungkan Vina India dengan Tamburu Parsi (Irani)?
Baz Bahadur
Amir Khusraw
Akbar Jahangir
Sultan Adil Shaji
Salah satu peringkat susun lapis masyarakat India (Ashrama Dharma) ialah peringkat menolak kehidupan duniawi. Peringkat ini merujuk kepada ___________.
Vanaprasta
Sannyasa
Brahmacarya
Grihasta
Mengapakah rantau Asia Tenggara menjadi lokasi pilihan pengembangan pengaruh peradaban India suatu ketika dahulu?
Asia Tenggara ingin dijadikan sebagai sebahagian daripada benua India.
Asia Tenggara memiliki prospek besar bagi tujuan pengembangan ajaran Hinduisme selain kaya dengan hasil buminya.
Asia Tenggara terletak berhampiran dengan benua India.
Asia Tenggara merupakan pusat laluan utama dunia antara timur dan barat.
Pengetahuan mengenai agama orang Indo-Arya diketahui melalui karya-karya Veda, terutama ________ dan dianggap sebagai kitab agama yang tertua di dunia.
Salah Veda
Ayur Veda
Vedanta
Rig Veda
Pada abad ke 7, Islam telah tiba di India melalui perairan ____________.
Gujerat
Malabar
Bengal
Delhi
Apakah yang telah mempengaruhi perubahan corak hidup Mahatma Ghandi menjadi seorang yang sangat bersederhana dan anti kepada kekejaman?
Hasil didikan ibu dan bapanya sejak kecil
Pengaruh daripada doktrin Jainisme, Buddhisme dan Hinduisme
Hasil pendidikan dan pengalaman yang diperolehi di England dan Afrika
Beliau seorang yang dilahirkan dari kalangan keluarga yang miskin.
Manakah antara berikut adalah contoh idea sains yang wujud pada zaman tamadun India klasik?
Memperkenalkan sistem angka genap yang dipercayai boleh mempengaruhi tingkah laku manusia.
Konsep-konsep jisim muncul berdasarkan eskperimen bukannya intuisi dan logik
Bidang kimia penting untuk membuat ubat bagi kahwin awal dan sebagai menurunkan syahwat.
Pengiraan hari bermula dari waktu subuh ke waktu subuh yang berikutnya dan menggunakan kalendar bulan matahari.
Apakah contoh pengaruh tamadun India yang boleh didapati di Malaysia?
Penghasilan dan penggunaan alat yang dinamakan sebagai kendi.
Penggunaan tulisan Jawi oleh masyarakat Melayu
Lahir masyarakat Sikh kesan daripada perkahwinan campur antara orang India dan Melayu.
Penguasaan India dalam sukan hoki mengatasi Malaysia di peringkat Asia.
Manakah antara berikut merupakan alat permainan tradisional Melayu yang dipengaruhi oleh tamadun India?
Kompang
Tarian zapin
Wayang kulit
Galah panjang
Pengaruh tamadun India di Asia Tenggara khususnya Alam Melayu dapat dilihat menerusi pelbagai aspek. Manakah antara berikut yang menunjukkan ciri-ciri pengaruh kebudayaan daripada tamadun India dalam masyarakat Melayu?
Persembahan seni silat semasa majlis perkahwinan.
Pemakaian sanggul sebagai hiasan rambut wanita Melayu.
Upacara menurunkan bendera sempena kemangkatan sultan atau raja.
Upacara merenjis air mawar dan menepung tawar semasa majlis persandingan
Bilakah India mencapai kemerdekaan?
15 November 1947
15 September 1947
15 Ogos 1947
15 Oktober 1947
Berikut adalah faktor-faktor kemerosotan peradaban Harappa KECUALI
perpecahan kerana semangat perkauman yang tebal
berlaku konflik dalaman dalam kalangan pemimpin
kerajaan gagal menyelenggara kemudahan infrastruktur
banjir besar yang memusnahkan hasil pertanian
Islam sampai ke India melalui seorang Ulamak yang bernama
Muhammad Bin Abduh
Muhammad al-Fateh
Muhammad al-Qasim
Muhammad Bin Abdullah
Berikut bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Dravida KECUALI
Telugu
Tamil
Malayalam
Marathi
Berikut adalah faktor-faktor perkembangan Islam di India KECUALI
pengaruh sufisme yang sederhana di India
berlaku perkahwinan sehala antara kaum lelaki Turki dengan wanita Hindu
penentangan dalam beberapa amalan dalam masyarakat Hindu
pemelukan agama Islam oleh kumpulan-kumpulan besar
Mengapakah Darul Uloom di Deoband dianggap penting kepada sistem pendidikan Islam khususnya di India?
Institusi tersebut dibina untuk memenuhi kehendak golongan bangsawan.
Institusi tersebut merupakan yang terawal memperkenalkan sistem kasta.
Institusi tersebut dibina untuk memulihkan kembali keadaan umat Islam India yang rosak akibat penjajahan Inggeris.
Institusi tersebut diasaskan untuk memenuhi permintaan pemerintah India yang mahukan kewujudan sistem pendidikan berteraskan Islam.
Terdapat dua golongan masyarakat di India iaitu Indo-Arya dan Dravida. Antara ciri penting masyarakat Indo-Arya ialah
kedudukan wanita rendah
berbahasa Sanskrit
berpusat di Selatan
terletak di bandar Mohenjodaro
Bidang perubatan merupakan antara pencapaian yang sangat menonjol dalam sejarah tamadun India. Apakah faktor utama yang menggalakkan perkembangan ilmu tersebut di India?
Semangat ketuhanan dan pegangan agama yang tinggi dalam hidup bangsa India.
Dorongan kuat hasil hubungan ahli perubatan India dengan para
doktor Hellenistik.
Minat yang mendalam dalam bidang tumbuhan menerusi aktiviti pertanian.
Hasil pengaruh ajaran agama Jaina, Bahai dan Zoroaster dalam masyarakat India.
