wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ SAINS

Total questions: 10

Worksheet time: 2mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah kemahiran manipulatif yang diamalkan ketika menjalankan penyiasatan tentang pengaratan paku besi.

I Paku besi dimasukkan ke dalam kelalang kon

II Menyimpan semula tabung uji dengan selamat

III Membersihkan tabung uji yang telah digunakan

IV Keadaan paku besi selepas semingg diperhatikan

a)

I dan II sahaja

b)

II dan III sahaja

c)

I dan III sahaja

d)

III dan IV sahaja

2.

Sekumpulan murid kelas Tahun 4 Berlian ingin memerhatikan tentang rupa bentuk dan kedudukan spirakel seekor belalang.

Antara alat berikut, yang manakah boleh digunakan untuk menjalankan penyiasatan tersebut?

a)
b)
c)
d)
3.

Apakah radas atau peralatan sains yang digunakan untuk mengukur isipadu air?

a)

Jam randik

b)

Termometer

c)

Silinder penyukat

d)

Pembaris

4.

Apakah pemerhatian yang boleh direkodkan dari balang kedap udara selepas enam jam ?

a)

Semua lipas mati

b)

Lipas mati kerana tidak mendapat udara

c)

Bilangan lipas yang mati semakin berkurang

d)

Beberapa ekor lipas mati dan terdapat lipas yang masih hidup

5.

Berikan inferens/sebab ikan mati di dalam akuarium dalam Rajah (permukaan air dilitupi dengan lapisan minyak).

a)

Ikan mati kerana kekurangan oksigen

b)

Ikan mati kerana air sungai tercemar

c)

Ikan mati kerana kualiti air semakin bersih

d)

Ikan mati kerana makanan tidak mencukupi

6.

Satu penyiasatan dijalankan oleh sekumpulan murid 4 Mutiara. Kesemua ayam pada awalnya mempunyai jisim yang sama. Sepuluh ekor anak ayam dimasukkan ke dalam reban A dan dua puluh ekor anak ayam dimasukkan ke dalam reban B. Kesemua reban ayam diberikan 2 kg bijirin jagung dan air yang sama banyak setiap hari. Selepas dua minggu, jisim anak ayam ditimbang dan direkodkan.


Apakah pemboleh ubah dimanipulasi dalam penyiasatan ini ?

a)

Jisim anak ayam selepas dua minggu

b)

Saiz anak ayam selepas dua minggu

c)

Kuantiti makanan dan air yang diberikan

d)

Bilangan anak ayam yang dimasukkan ke dalam reban

7.

Apakah yang dimaksudkan dengan perkumuhan?

a)

Gerak balas badan manusia terhadap ransangan luar.

b)

Proses menarik dan menghembus nafas.

c)

Proses penyingkiran bahan buangan dari badan

d)

Proses penyingkiran tinja daripada badan manusia.

8.

Makanan yang dihadam di dalam perut akan diserap oleh organ K. Apakah organ K?

a)

Usus besar

b)

Usus kecil

c)

Tinja

d)

Dubur

9.

Apakah yang dimaksudkan dengan penyahtijaan?

a)

Proses penyingkiran bahan buangan

b)

Bahan makanan yang diserap oleh badan

c)

Proses penyingkiran tinja melalui dubur

d)

Bahan makanan yang baik

10.

Manakah susunan aliran udara yang betul semasa pernafasan ?

a)

hidung - paru-paru - trakea (menarik nafas) , paru-paru - trakea - hidung (menghembus nafas)

b)

hidung - trakea - paru-paru (menarik nafas) , paru-paru - trakea - hidung (menghembus nafas)

c)

paru-paru - trakea - hidung (menarik nafas) , hidung - trakea - paru-paru (menghembus nafas)

d)

hidung - trakea - paru-paru (menarik nafas) , Trakea - paru-paru - hidung (menghembus nafas)