wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Akaun F4 Bab 1-4

Total questions: 40

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.

Badan penggubal piawaian perakaunan di Malaysia

a)

MASB

b)

MIA

c)

CIMA

d)

CPA

2.

Siapa Bapa Perakaunan

a)

Luka Paciola

b)

Luka Pacioli

c)

Luci Pacioli

d)

Luca Pacioli

3.

Pengguna dalaman Penyata Kewangan

a)

Ahli Lembaga Pengarah

b)

Firma Pengauditan

c)

Lembaga Hasil Dalam Negeri

d)

Bank Negara

4.

"Maklumat dalam Penyata Kewangan mestilah bebas daripada kesilapan material, tiada unsur berat sebelah dan pelaporannya tidak mengelirukan" Apakah ciri kualitatif Penyata Kewangan yang dimaksudkan?

a)

Kebolehbandingan

b)

Kebolehsahan

c)

Perwakilan benar

d)

Kebolehfahaman

5.

"Merekod bil elektrik rumah sebagai kadar bayaran perniagaan". Apakah andaian perakaunan yang tidak dipatuhi?

a)

Wang sebagai ukuran

b)

Tempoh perakaunan

c)

Entiti berasingan

d)

Usaha berterusan

6.

Proses manakah yang terlibat dalam simpan kira?

i. merancang

ii.mentafsir

iii. merekod

iv.mengumpul

a)

i dan iii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

7.

Apakah peringkat terakhir dalam kitaran perakaunan?

a)

Pelarasan

b)

Lejar

c)

Catatan Penutupan

d)

Penyata Kewangan

8.

Berikut adalah Kod Etika Akauntan Profesional kecuali

a)

Integriti

b)

Kompetensi

c)

Ketekalan

d)

Objektiviti

9.

"Kerani akaun merekodkan kenderaan pada harga belian iaitu RM56000 walaupun harga pasaran ialah RM49000"

Konsep perakaunan yang sesuai bagi pernyataan di atas ialah

a)

Ketekalan

b)

Prinsip Kos

c)

Tempoh Perakaunan

d)

Wang Sebagai Ukuran

10.

Prinsip X mengandaikan perniagaan beroperasi untuk tempoh masa tidak terbatas. Apakah X

a)

Ketekalan

b)

Prinsip Kos

c)

Entiti Berasingan

d)

Usaha Berterusan

11.

Pernyataan manakah berkaitan dengan kos manfaat?

a)

kos yang berguna di dalam Penyata Kewangan

b)

kos yang diambilkira semasa menyediakan Penyata Kewangan

c)

kos menyediakan maklumat tidak melebihi nilai maklumat tersebut kepada pengguna Penyata Kewangan

d)

kos yang terlibat secara langsung dalam penyediaan Penyata Kewangan

12.

Insurans yang belum dibayar pada akhir tempoh perakaunan perlu diselaras dalam Akaun Insurans sebelum untung bersih dapat ditentukan.

Apakah prinsip perakaunan yang dipatuhi daripada situasi di atas?

a)

Ketekalan

b)

Prinsip kos

c)

Entiti Berasingan

d)

Pengiktirafan hasil dan belanja

13.

Jenis perniagaan manakah yang mempunyai liabiliti terhad?

a)

Milikan Tunggal

b)

Syarikat Berhad

c)

Perkongsian

d)

Perniagaan Ali

14.

i)Bilangan ahli seramai 2-20 orang

ii)Liabiliti tidak terhad

iii)Modal perniagaan sederhana besar

Jenis perniagaan manakah yang menepati ciri-ciri di atas?

a)

Milikan tunggal

b)

Koperasi

c)

Syarikat Sendirian Berhad

d)

Perkongsian

15.

Bentuk organisasi perniagaan manakah yang mempunyai liabiliti terhad?

a)

Kedai Runcit Balok Perdana

b)

Pasar Mini Balok Maju

c)

Klinik Dr Sharina dan Sharini

d)

Syarikat Beserah Sdn. Bhd.

16.

X adalah komponen yang terdapat dalam Penyata Kedudukan Kewangan. Apakah X?

a)

Hasil

b)

Belanja

c)

Kos jualan

d)

Ekuiti Pemilik

17.

Nyatakan komponen yang terdapat dalam Akaun Untung Rugi

a)

Aset, Liabiliti

b)

Aset, Belanja

c)

Aset, Belanja, Liabiliti, Ekuiti, Hasil

d)

Belanja, Hasil

18.

Butir manakah yang tidak terdapat dalam Penyata Kedudukan Kewangan?

a)

Kos Jualan

b)

Aset Semasa

c)

Ekuiti Pemilik

d)

Liabiliti Semasa

19.

Apakah hasil operasi bagi kedai menjual perabot?

a)

Sewa diterima

b)

Jualan sofa

c)

Faedah atas simpanan tetap

d)

Untung atas pelupusan komputer

20.

Manakah yang berikut belanja bukan operasi perniagaan?

a)

insurans kedai

b)

hutang lapuk

c)

kadar bayaran

d)

kerugian akibat kecurian

21.

Manakah aset?

a)

Tunai, gadaijanji, lengkapan

b)

Bank, modal, kenderaan

c)

simpanan tetap, overdraf bank, perabot

d)

akaun belum terima, premis, tunai

22.

Item berikut merupakan liabiliti semasa kecuali

a)

Akaun Belum Terima

b)

Overdraf bank

c)

Pinjaman jangka pendek

d)

Akaun Belum Bayar

23.

Carta akaun bagi Pasaraya Balok Ku adalah seperti berikut:

1000-1999 Aset

2000-2999 Liabiliti

3000-3999 Hasil

4000-4999 Belanja

Yang manakah antara kod di bawah sesuai bagi Akaun Promosi?

a)

1021

b)

2021

c)

3021

d)

4011

24.

Pernyataan berikut berkaitan dengan satu jenis dokumen sumber

"dokumen dalaman yang mengandungi maklumat urus niaga yang tiada dokumen sokongan"

Apakah dokumen tersebut?

a)

Resit Rasmi

b)

Baucar pembayaran

c)

Makluman Debit

d)

Memo

25.

Syarat "K & K di K" yang dinyatakan dalam invois menunjukkan bahawa

a)

butiran boleh dibetulkan menerusi nota debit atau nota kredit

b)

butiran boleh dibetulkan menerusi makluman debit atau makluman kredit

c)

sebarang kesilapan tidak boleh dibetulkan oleh penjual

d)

sebarang kesilapan dan ketinggalan ditanggung oleh pembeli

26.

Dokumen manakah berfungsi sebagai invois tambahan?

a)

Nota debit

b)

Nota kredit

c)

Makluman debit

d)

Makluman kredit

27.

Pernyataan manakah berkaitan dengan diskaun niaga?

a)

Potongan daripada jumlah hutang

b)

Galakan kepada pelanggan untuk membuat pembayaran hutang dengan segera

c)

Potongan daripada harga bersih dalam invois

d)

Galakan pembelian secara pukal

28.

14/1/2018 Beli barangan bernilai RM5600 secara kredit

Terima diskaun niaga 20%.

Syarat diskaun tunai 10% 7 hari, 5% 14 hari.

Berapakah jumlah perlu dibayar jika pembayaran dibuat pada 22/1/2018?

a)

RM5,320

b)

RM5,040

c)

RM4,032

d)

RM4256

29.

Urusniaga manakah tidak direkod di dalam Jurnal Am

a)

Membeli kelengkapan pejabat secara kredit

b)

Pulangan barang niaga rosak kepada pembekal

c)

Mengambil barangniaga untuk tujuan promosi

d)

Merekodkan pembubaran perniagaan

30.

Buku catatan pertama manakah yang sesuai untuk merekod belian barangniaga menggunakan cek?

a)

Jurnal Belian

b)

Jurnal Jualan

c)

Buku Tunai

d)

Buku Tunai Runcit

31.

Manakah pernyataan berikut menunjukkan tujuan simpan kira?

a)

merekod urusniaga dalam 2 akaun berbeza

b)

sediakan maklumat mengenai pelanggan & pembekal

c)

mengelas, merekod, mentafsir & menganalisis kewangan

d)

Merekodkan urus niaga secara tepat dan sistematik berasaskan sistem catatan bergu

32.

Syarikat Berhad memiliki modal menerusi

a)

pinjaman bank

b)

terbitan saham kepada orang ramai

c)

wang pemilik perniagaan

d)

sumbangan pekongsi

33.

"Membeli perabot pejabat secara kredit". Apakah kesan perakaunan bagi urusniaga tersebut?

a)

Aset dan modal bertambah dengan amaun yang sama

b)

Aset dan liabiliti bertambah dengan amaun yang sama

c)

Modal & liabiliti bertambah dengan amaun yang sama

d)

Aset, liabiliti & ekuiti bertambah dengan amaun yang sama

34.

Apakah dokumen yang terlibat bagi membetulkan nilai invois yang terkurang caj?

a)

Nota Debit

b)

Nota Kredit

c)

Invois

d)

Memo

35.

Apakah dokumen yang terlibat bagi membetulkan invois yang terlebih caj?

a)

Nota Debit

b)

Nota Kredit

c)

Invois

d)

Memo

36.

Apakah dokumen yang dihantar oleh pihak bank untuk memaklumkan kepada pelanggan bahawa baki akaunnya telah ditambah?

a)

Makluman Debit

b)

Makluman Kredit

c)

Memo

d)

Nota Debit

37.

"Syarat : 10% 5 hari, 5% 10 hari".

Apakah diskaun yang terlibat?

a)

Diskaun niaga

b)

Diskaun tunai

c)

Diskaun atas belian

d)

Diskaun diterima

38.

Restoran Ali menjual perabot terpakai secara kredit. Yang mana di antara buku catatan pertama berikut digunakan bagi merekod urusniaga di atas?

a)

Jurnal Jualan

b)

Jurnal Belian

c)

Jurnal Am

d)

Buku Tunai

39.

Manakah antara berikut merupakan catatan kontra?

a)

Belian

b)

Inventori awal

c)

Diskaun Diterima

d)

Peruntukan Hutang Ragu

40.

Pilih pasangan akaun dan catatan kontra yang salah

a)

Aset Bukan Semasa, Susutnilai Terkumpul

b)

Akaun Belum Terima, Diskaun Diberi

c)

Modal, Ambilan

d)

Jualan, Pulangan Masuk