wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

JATUH BEBAS

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Rajah menunjukkan sekeping syiling,sebiji guli dan sehelai daun kering dilepaskan pada masa yang sama dalam sebuah silinder vakum.Pemerhatian yang manakah adalah benar?

a)

Ketiga-tiga objek terapung dalam silinder

b)

Ketiga-tiga objek sampai ke dasar dalam masa yang sama

c)

Guli sampai ke dasar lebih awal daripada syiling

d)

Syiling dan guli sampai ke dasar lebih awal daripada daun kering

2.

Rajah menunjukkan sekeping batu bata jatuh dari meja.Apakah kuantiti fizik batu bata itu yang malar semasa ia jatuh?

a)

Tenaga keupayaan

b)

Tenaga kinetik

c)

Pecutan

d)

Halaju

3.

Rajah menunjukkan dua sfera logam, P dan Q.Antara pernyataan berikut, yang manakah benar apabila P dan Q sedang jatuh bebas?

a)

Halaju P dan halaju Q adalah sama

b)

Pecutan P dan pecutan Q adalah sama

c)

Momentum P dan momentum Q adalah sama

d)

Daya graviti yang bertindak ke atas P dan Q adalah sama

4.

Rajah menunjukkan sekeping duit syiling dan sehelai bulu ayam yang sedang jatuh bebas di dalam bekas vakum.Kuantiti fizik yang manakah tetap?

a)

Halaju

b)

Pecutan

c)

Momentum

d)

Tenaga kinetik

5.

Seketul bata jatuh dari ketinggian 10 m. Hitung masa yang diambil untuk bata itu sampai ke tanah.

a)

0.5 s

b)

0.7 s

c)

1.0 s

d)

1.4 s

6.

Rajah menunjukkan dua buah troli yang berlainan jisim. Kedua-dua troli itu bergerak dengan halaju yang sama ke arah tepi meja sehingga jatuh menghentam lantai.Apakah kuuntiti fizik yang sama bagi kedua-dua troli tersebut?

a)

Tenaga keupayaan graviti

b)

Masa yang diambil untuk menghentam lantai

c)

Tenaga kinetik

d)

Momentum

7.

Rajah menunjukkan gambar foto stroboskop bagi sebiji bola yang dijatuhkan daripadu suatu ketinggian.Kuantiti fizik manakah yang tetap semasa bola itu jatuh?

a)

Halaju

b)

Momentum

c)

Pecutan

d)

Tenaga kinetik

8.

Rajah menunjukkan sehelai bulu dan sebiji batu yang sedang jatuh bebas di dalam vakum.Pernyataan manakah yang betul mengenai pergerakan itu?

a)

Bulu dan batu itu jatuh dengan halaju seragam

b)

Bulu dan batu itu mempunyai tenaga kinetik yang sama

c)

Bulu dan batu itu sampai ke tanah pada masa yang sama

d)

Daya graviti yang bertindak ke atas bulu dan batu adalah sama

9.

Rajah menunjukkan sebiji mangga jatuh dari sebatang pokok.Graf pecutan-masa manakah yang mewakili gerakan buah mangga itu?

a)
b)
c)
d)
10.

Rajah menunjukkan dua objek dijatuhkan secara serentak dari satu ketinggian. Kuantiti yang manakah sama bagi kedua-dua objek itu?

a)

Berat

b)

halaju

c)

Halaju akhir

d)

Kadar perubahan halaju