NEW
Font size
WorksheetsSains UPSR Kertas 1
Total questions: 40
Worksheet time: 25mins
Rajah 1 menunjukkan pengelasan tumbuhan berdasarkan cara pembiakan masing-masing. Antara yang berikut, yang manakah mewakili R dan S?
R= Ubi kayu, S= Begonia
R= Pandan, S= Bendi
R= Setawar, S= Betik
R= Keladi, S= Sawi
Pak Harun mendapati banyak buah sawit di ladangnya dimusnahkan oleh tikus. Antara berikut, haiwan manakah yang boleh membantu Pak Harun menyelesaikan masalahnya?
Helang
Burung hantu
Kucing hutan
Anjing
Rajah 2 menunjukkan anak-anak pokok dalam sebuah bekas. Anak-anak pokok itu didapati lambat membesar. Antara yang berikut, yang manakah boleh menyelesaikan masalah ini?
Letak lebih banyak baja
Siram lebih banyak air
Tukar tanah baru
Keluarkan beberapa anak pokok
Sekumpulan murid menjalankan satu penyiasatan tentang persaingan antara haiwan. Antara berikut yang manakah paling utama untuk dipertimbangkan dalam penyiasatan itu?
Jenis makanan
Jantina haiwan
Keluasan kawasan
Usia haiwan
Aiman memelihara enam ekor anak kucing bersama ibunya di dalam sebuah sangkar. Selepas empat bulan, dia mendapati hanya seekor anak kucingnya yang bertambah berat badan. Antara berikut, yang manakah boleh menerangkan keadaan ini?
Berlaku persaingan untuk mendapatkan ruang
Berlaku persaingan untuk mendapatkan makanan
Berlaku persaingan untuk mendapatkan pasangan
Berlaku persaingan untuk mendapatkan udara
Rajah 3 menunjukkan system pernafasan manusia. Manakah urutan yang betul bagi pengaliran udara semasa menarik nafas?
W - Y - Z
X - Y - Z
Y - Z - W
Z - Y - W
Rajah 4 menunjukkan dua jenis haiwan. Apakah kesimpulan yang paling tepat tentang haiwan-haiwan itu?
Memastikan kemandirian spesies
Memberi makan kepada anak-anaknya
Mempunyai cara pembiakan yang sama
Melindungi spesies daripada cuaca yang melampau
Maklumat berikut adalah mengenai sejenis tumbuhan R. Apakah tumbuhan R?
Pokok pisang
Pokok kaktus
Pokok kelapa
Pokok paku
Rajah 5 menunjukkan keadaan pokok semalu apabila disentuh. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan situasi ini?
Tumbuhan boleh berubah bentuk apabila dalam bahaya
Tumbuhan boleh menguncup bila kekurangan air
Tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan
Tumbuhan melindungi diri daripada musuh
Rajah 6 menunjukkan tiga jenis objek, R, S dan T. Antara berikut, yang betul berdasarkan kebolehan cahaya menembusi objek?
R= Botol air mineral, S=Polistrin, T=Baju hujan
R= Baju hujan, S=Payung plastik, T=Botol air mineral
R= Polistrin, S=Kaca mata, T=Cermin hadapan kereta
R= Baju hujan, S=Beg plastik, T=Kaca mata
Apakah yang dimaksudkan dengan bahan penebat?
Bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik
Bahan yang tidak membenarkan arus elektrik melaluinya
Bahan yang boleh menyalakan mentol
Bahan yang tidak boleh menyalakan mentol
Rajah 7 menunjukkan satu fenomena. Pernyataan manakah yang betul menerangkan fenomena ini?
Cahaya boleh diserakkan
Cahaya boleh dipantulkan
Cahaya boleh dibiaskan
Cahaya bergerak lurus
Rajah 8 menunjukkan pemerhatian ke atas kertas litmus merah apabila direndam ke dalam cecair Z. Apakah yang dapat dibuktikan oleh penyiasatan itu?
Cecair Z rasa manis
Cecair Z bersifat asid
Cecair Z bersifat neutral
Cecair Z terasa licin apabila disentuh
Rajah 9 menunjukkan sebatang tiang bendera di tengah padang. Di manakah kedudukan bayang-bayang pokok itu pada pukul tiga petang?
Maklumat berikut membandingkan masa yang diambil oleh tiga orang murid untuk menamatkan acara 400 meter. Carta palang yang manakah mewakili maklumat di atas?
Rajah 10 menunjukkan corak timbul pada tapak kasut. Apakah fungsi corak ini?
Menjadikan kasut lebih selesa semasa memakainya
Tapak kasut lebih tahan lama
Menambah daya geseran
Menjamin keselamatan
Antara berikut, alat penimbang manakah yang paling sesuai untuk menimbang sayur-sayuran dengan tepat.
Penimbang badan
Neraca spring
Neraca mampatan
Penimbang digital
Rajah 11 menunjukkan Azhar sedang mengayuh basikal. Apakah yang perlu dilakukan oleh Azhar untuk mencerahkan mentol?
Kayuh lebih laju
Gantikan mentol yang bersaiz lebih besar
Gunakan tayar yang lebih lebar
Gunakan tayar yang banyak bunga
Rajah 12 menunjukkan tiga objek. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang kestabilan objek-objek itu?
R paling stabil
R dan T lebih stabil daripada S
S lebih stabil berbanding R dan T
T paling stabil
Rajah 13 menunjukkan seorang pekerja sedang menarik kotak kayu di atas lantai. Maklumat berikut dicatat :
R=Permukaan lantai lebih besar
S=Permukaan lantai lebih licin
T=Objek lebih ringan
U=Objek lebih besar
Antara berikut, yang manakah menyebabkan geseran semakin berkurang?
R dan T
S dan T
R dan U
S dan U
Rajah 14 menunjukkan penyiasatan tentang sifat gas. Apakah sifat udara yang ditunjukkan melalui aktiviti di atas?
Boleh mengalir
Memenuhi ruang
Mempunyai jisim
Mempunyai isi padu yang tetap
Rajah 15 menunjukkan bayang-bayang sebiji cawan terhasil . Apabila dipancarkan dengan cahaya dari sudut berbeza. Berdasarkan keputusan penyiasatan, apakah kesimpulannya?
Bentuk bayang-bayang dipengaruhi oleh saiz objek.
Saiz bayang-bayang bergantung pada saiz objek
Kedudukan sumber cahaya mempengaruhi bentuk bayang-bayang
Jarak objek dari layar mempegaruhi saiz bayang-bayang
Rajah 16 menunjukkan tiga situasi menjemur kain. Manakah urutan yang betul menunjukkan tuala yang paling lambat kering kepada yang paling cepat kering?
X, Y, W
W, Y, X
W, X, Y
Y, W, X
Rajah 17 menunjukkan satu aktiviti. Apakah kesan daripada aktiviti ini?
Mengeluarkan bau busuk
Kualiti air semakin kurang
Berlaku pencemaran udara
Suhu di kawasan sekitar bertambah
Apakah kelebihan minuman yang diawet dicara pempasteuran?
Rasa lebih sedap
Kos lebih rendah
Masa memproses lebih cepat
Mengekalkan rasa dan khasiat
Apakah bahan utama untuk membuat baju hujan?
Tumbuhan
Batuan
Petroleum
Haiwan
Razak menyimpan segelas susu di dalam almari selama empat hari. Apakah yang dapat diperhatikan pada susu itu selepas tempoh tersebut?
Susu berubah rasa dan bau
Susu bertukar warna
Susu berlendir
Susu tidak berubah warna
Rajah 18 menunjukkan dua aktiviti M dan N. Aktiviti-aktiviti manakah yang sama seperti aktiviti M dan N ?
M= Menyalakan sebatang lilin, N= Membakar ikan
M= Menghidupkan unggun api, N= Menjemur kain
M= Meletakkan semangkuk bubur panas di atas meja, N= Memasak telur
M= Membiarkan kopi di atas meja, N= Menyimpan air dalam peti sejuk
Rajah 19 menunjukkan hasil tangkapan seorang nelayan. Apakah kaedah pengawetan yang sesuai untuk memastikan tangkapan itu boleh tahan lebih lama?
Pengeringan
Penyalaian
Penjerukan
Penyalaian
Maklumat berikut adalah mengenai sumber tenaga Z. Antara berikut manakah yang boleh mewakili Z?
Petroleum
Biojisim
Air
Tenaga solar
Rajah 20 menunjukkan kedudukan objek dalam sistem suria. Apakah situasi yang ditunjukkan?
Gerhana Bulan separa
Gerhana Matahari penuh
Gerhana Matahari separa
Gerhana Bulan penuh
Rajah 21 menunjukkan sebahagian daripada Sistem Solar. Apakah yang akan berlaku sekiranya Bumi berada di X?
Haba dari Matahari semakin bertambah
Udara bertambah panas
Tiada hidupan dibumi
Oksigen meningkat
Antara berikut, yang manakah benar mengenai pergerakan Bumi mengelilingi Matahari?
Satu pusingan Bumi mengelilingi Matahari selama 365 hari
Peredaran Bumi mengelilingi Matahari selama seharian.
Peredaran Bumi mengeliingi Matahari menyebabkan berlakunya siang dan malam
Peredaran bumi mengelilingi Matahari menyebabkan berlakunya air pasang dan air surut
Antara alat-alat berikut, yang manakah dapat mengatasi had keupayaan anggota badan manusia untuk bergerak?
Kapal selam
kereta sorong
kasut
kereta kawalan
Maklumat di bawah menunjukkan mesin-mesin ringkas yang digunakan di dalam alat R. Apakah alat R?
Kren
Gerudi tangan
Pemukul telur
Kereta sorong
Mengapakah kedudukan buruj boleh dilihat pada masa-masa tertentu sahaja?
Bulan mengelilingi bumi
Bumi mengelilingi Matahari
Kedudukan bintang tidak berubah
Daya tarikan Matahari ke atas bintang
Alat yang manakah sesuai digunakan untuk melihat anak bulan dengan jelas?
Teleskop
Binakular
Mikroskop
Stetoskop
Apakah fungsi gear?
Mempercepatkan pergerakan kenderaan
Kenderaan lebih mudah dipandu
Mengubah kelajuan kenderaan
Pemanduan lebih selamat
Rajah 22 menunjukkan sebuah binaan. Apakah faktor yang mempengaruhi kekuatan struktur binaan itu?
Tinggi dan bahan binaan
Luas tapak dan ketinggian
Luas dan bentuk binaan
Bentuk dan bahan yang digunakan
Penciptaan teknologi banyak mempengaruhi cara hidup masa kini. Antara berikut manakah kesan buruk teknologi?
Banyak bahan kimia digunakan dalam bidang perubatan
Teknologi maklumat mempercepatkan komunikasi
Senjata digunakan untuk melakukan jenayah
Senjata digunakan untuk menjaga keselamatan negara
