wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN SIVIK TINGKATAN 3 - ADAT RESAM WARISAN KITA

Total questions: 30

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tanda yang menunjukkan bahawa seorang wanita India itu telah berkahwin?

a)

Sari

b)

Cincin

c)

Gelang tangan

d)

Thaali

2.

Apakah yang dimaksudkan dengan adat resam?

a)

Budaya dan cara hidup sesebuah masyarakat

b)

Amalan yang telah ditetapkan dalam agama tertentu

c)

Adat kebiasaan yang telah diamalkan sejak turun-temurun

d)

Sesuatu larangan atau perbuatan yang tidak boleh dilakukan menurut sesuatu kepercayaan

3.

Selain masyarakat Melayu, adat melenggang perut turut diamalkan oleh kaum

a)

Cina

b)

India

c)

Iban

d)

Kadazan

4.

Dalam kaum Cina, tanggungjawab menjaga wanita yang mengandung tidak diberikan kepada suami, sebaliknya dilakukan oleh

a)

ibu mertua

b)

kakak ipar

c)

ibu wanita tersebut

d)

ahli keluarga wanita tersebut

5.

Antara berikut, yang manakah benar berkaitan adat kematian kaum India?

a)

Meletakkan sedikit makanan ke mulut si mati sebagai pemberian terakhir

b)

Kaum wanita akan menyanyikan lagu-lagu sedih sebagai kata-kata terakhir

c)

Kubur dan jirat yang besar dengan bentuk menarik melambangkan kemewahan

d)

Rokok atau sirih dikepilkan ke mulut si mati mengikut tabiat semasa hayatnya

6.

"Biar mati anak, jangan mati adat"

Peribahasa di atas jelas menggambarkan bahawa kaum Melayu..

a)

terpengaruh dengan adat resam masyarakat luar

b)

amat mementingkan adat resam dan warisan mereka

c)

tidak menggalakkan anak-anak mereka mengenali kepercayaan moden

d)

gemar melakukan upacara dan ritual tinggalan nenek moyang mereka

7.

Walaupun kurang diamalkan lagi, namun kita masih boleh mengikut pantang larang nenek moyang dalam kehidupan seharian.


Apakah kebaikan mengamalkan pantang larang tersebut?

a)

Menjadi panduan agar kita lebih berwaspada

b)

mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap kita

c)

Dapat menunjuk-nunjuk kepada kaum lain

d)

Mengubah sikap dan akhlak kita ke arah positif

8.

Mengapakah kaum India meletakkan sebatang pokok di luar rumah, lima hari sebelum perkahwinan berlangsung?

a)

Untuk memberi penghormatan kepada bakal pengantin

b)

Untuk menyambut kedatangan menantu dalam keluarga mereka

c)

Untuk memudahkan jiran tetangga melihat wajah pengantin

d)

Untuk menandakan perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut

9.

Masyarakat Iban pada zaman dahulu terkenal dengan adat _______ atau memburu kepala musuh

a)

ngayau

b)

ngayap

c)

momohizan

d)

moginupus

10.

Sirih pinang cukup simbolik dalam adat resam masyarakat Melayu dan digunakan dalam pelbagai upacara.

Antara berikut, yang manakah bukan kegunaan sirih pinang?

a)

Dimakan

b)

Adat kematian

c)

Upacara perkahwinan

d)

Perubatan tradisional

11.

Semua yang berikut merupakan pantang larang dalam masyarakat Cina, kecuali..

a)

bayi yang baru lahir tidak boleh dibawa ke tempat yang terdedah

b)

tidak dibenarkan menyapu rumah pada hari tahu baru

c)

wanita mengandung tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku

d)

pakaian selain warna hitam tidak dibenarkan semasa berlaku kematian

12.

Upacara humabot yang diamalkan oleh masyarakat Kadazan Dusun merupakan adat resam berkaitan dengan..

a)

mencari tapak untuk rumah baharu

b)

makan sirih semasa hari perkahwinan

c)

bercukur jambul bayi baru lahir

d)

berdiang dekat unggun api selepas bersalin

13.

Semua perkara berikut berkaitan dengan adat resam dan pantang larang semasa sambutan Tahun Baru Cina, kecuali..

a)

semua penyapu dan alat mencuci hendaklah disimpan

b)

menggunakan perkataan-perkataan yang kesat dan membawa maksud yang tidak baik

c)

angpau diberi kepada mereka yang belum berkahwin untuk masa hadapan yang cerah

d)

mercun dimainkan pada tengah malam untuk mengucapkan selamat tinggal kepada tahun lalau.

14.

Adat melenggang perut yang diamalkan dalam masyarakat Melayu bertujuan untuk..

a)

mengelakkan perut bayi dimasuki angin

b)

memanaskan badan ibu dan kandungannya

c)

membetulkan kedudukan bayi di dalam perut

d)

menaikkan lagi seri wajah ibu yang sedang mengandung

15.

Mengapakah kita perlu berbangga dengan adat resam dan pantang larang nenek moyang?

a)

Kerana mereka tidak dikenali umum

b)

Kerana kita tidak mempunyai warisan lain

c)

Kerana dapat meningkatkan imej keluarga

d)

Kerana menjadi identiti dan lambang keunikan sesebuah kaum

16.

Apakah tujuan utama pantang larang diwujudkan pada zaman dahulu?

a)

Untuk menghiburkan hati setelah seharian bekerja

b)

Untuk menyampaikan pengajaran kepada golongan masyarakat

c)

Untuk menghukum orang yang melakukan kesalahan

d)

Untuk menyatupadukan masyarakat dahulu kala yang berpecah belah

17.

Tujuan utama program pelancongan 'Homestay' adalah untuk

a)

menggalakkan pelancong tinggal lebih lama di negara ini

b)

menggalakkan pelancong terus menetap di negara kita

c)

menggalakkan penduduk tempatan menjalankan aktiviti perniagaan

d)

memperkenalkan keunikan adat resam masyarakat tempatan kepada para pelancong

18.

'Adat bertangis-tangisan ialah upacara akhir, iaitu keluarga mengucapkan selamat tinggal kepada pengantin'


Adat perkahwinan di atas adalah berasal daripada kaum..

a)

Kadazan

b)

Melayu

c)

Melanau

d)

Bajau

19.

'Semua ahli keluarga dikehendaki menangis dengan irama tertentu yang dikenali dengan nama sabakkenang'


Adat kematian di atas berkaitan dengan kaum..

a)

Kadazan

b)

Iban

c)

Bajau

d)

Bidayuh

20.

Dalam pantang larang kaum Cina, pisau tidak boleh diberikan sebagai hadiah kerana dianggap memutuskan perhubungan. Pengajaran yang boleh diperoleh ialah..

a)

pisau bukanlah barang yang sesuai untuk dijadikan hadiah

b)

pisau boleh digunakan untuk merompak

c)

pisau boleh digunakan untuk mencederakan orang lain

d)

pisau boleh digunakan untuk membunuh seseorang

21.

'Jangan mengetuk telur dengan pisau atau kayu, takut anak akan cacat penglihatan'


Pantang larang tersebut berasal daripada kaum..

a)

Melanau

b)

Iban

c)

Kadazan

d)

Cina

22.

Mengapakah dikatakan bahawa pantang larang wajib dipatuhi?

a)

Mengelak malapetaka atau perkara buruk daripada berlaku

b)

Mengelak daripada menjatuhkan imej keluarga

c)

Membolehkan masyarakat melaksanakan tugas dengan mudah

d)

Membimbing masyarakat mengetahui asal usul pantang larang tersebut

23.

Antara berikut, yang manakah bukan adat resam kaum Cina?

a)

Memberi angpau

b)

Membakar mayat

c)

Upacara minum teh

d)

Makan menggunakan penyepit

24.

Kaum Melayu dan kaum India memiliki adat resam yang hampir sama. Berikut merupakan adat resam yang diamalkan oleh kedua-dua kaum tersebut kecuali..

a)

bersanding

b)

makan sirih

c)

mendodoi bayi

d)

menyapu madu pada lidah bayi

25.

Apakah tujuan masyarakat zaman dahulu mewujudkan pantang larang?

a)

Menakut-nakutkan golongan muda

b)

Mengenakan golongan yang malas bekerja

c)

Mengehad pergerakan ahli keluarga

d)

Memberi pengajaran kepada masyarakat supaya tidak melanggar peraturan

26.

Kaum ________ memakai tatu sebagai lambang keberanian dan kegagahan.

a)

India

b)

Iban

c)

Cina

d)

Kadazan

27.

Pilih pernyataan yang menerangkan pantang larang kaum India.

a)

Ibu hendaklah memeluk bayinya ketika hujan lebat

b)

Tidak boleh membuka payung di dalam rumah

c)

Ibu mengandung tidak boleh menanam pokok pisang

d)

Pisau tidak boleh diberikan sebagai hadiah

28.

Masyarakat cina menggunakan Khidmat ___________ bagi menentukan tarikh yang sesuai untuk berkahwin.

a)

sami

b)

tukang tilik

c)

pakar kaunseliang

d)

pegawai pendaftar

29.

Apakah yang dimaksudkan dengan dawri dalam adat perkahwinan kaum India?

a)

Hadiah pengantin perempuan kepada pengantin lelaki

b)

Lambang suci perkahwinan dalam masyarakat India

c)

Denda yang dikenakan kepada pihak yang memutuskan pertunangan

d)

Hadiah daripada pengantin lelaki kepada pengantin perempuan

30.
  • Meletakkan alu atau lesung di hujung pintu
  • Cucu si mati melangkah mayat sebanyak tiga kali


Pernyataan di atas menerangkan adat kematian bagi kaum

a)

Cina

b)

Iban

c)

India

d)

Kadazan