WorksheetsBab 4 (Subtopik 4.5-4.7)
Total questions: 34
Worksheet time: 19mins
Name
Class
Date
1.
Berikut adalah kesan merokok kepada fetus, kecuali
a)
Merokok mengurangkan bekalan oksigen kepada fetus
b)
Merokok boleh menyebabkan kecacatan kepada fetus
c)
Merokok memberi kesan kepada perkembangan otak fetus
d)
Merokok boleh meningkatkan IQ fetus
2.
Apakah kepentingan susu ibu kepada bayi?
a)
Susu ibu lebih sedap
b)
Susu ibu memberi lebih tenaga kepada bayi
c)
Susu ibu mengandungi antibodi untuk bayi
3.
Berikut adalah kelas makanan yang diperlukan wanita hamil, kecuali
a)
Serat
b)
Protein
c)
Glukosa
d)
Ferum
4.
Yang manakah yang bukan merupakan tabiat buruk yang boleh memudaratkan fetus?
a)
Merokok
b)
Bersenam
c)
Minuman beralkohol
d)
Dadah
5.
Antara faktor penghasilan sperma dalam testis akan berkurang jika
a)
Lelaki itu seorang ahli bina badan
b)
Lelaki itu seorang perokok tegar
c)
Lelaki itu sudah lanjut usia
d)
Lelaki itu mengamalkan pemakanan seimbang
6.
Persenyawaan In Vitro (IVF) ialah
a)
Persenyawaan berlaku di luar badan perempuan
b)
Ovum tersenyawa berkembang dalam badan
c)
Embrio terhasil dalam badan perempuan
d)
Embrio menempel sendiri dalam uterus
7.
Kaedah pencegahan kehamilan membantu
a)
pasangan yang mandul
b)
pasangan berkahwin merancang keluarga
c)
kesihatan tubuh badan
d)
kekal muda sentiasa
8.
Kondom ialah
a)
kaedah penggalak kehamilan
b)
sarung getah nipis yang digunakan oleh perempuan untuk halang kemasukan sperma
c)
sarung getah nipis yang digunakan oleh lelaki untuk halang kemasukan sperma
d)
kaedah rawatan kemandulan
9.
Pil pencegah kehamilan
a)
Boleh dimakan oleh lelaki
b)
Mengandungi hormon seks lelaki untuk ovulasi
c)
Merangsang ovulasi berlaku
d)
Mengandungi hormon seks perempuan untuk halang ovulasi
10.
Manakah antara berikut BENAR tentang vasektomi dan ligasi
a)
Kaedah pembedahan untuk cegah kehamilan
b)
Merupakan kaedah pencegahan sementara
c)
Vasektomi dilakukan dengan memotong tiub Falopio
d)
Ligasi dilakukan untuk menghalang sperma dari testis
11.
Kepentingan penyelidikan dalam pembiakan manusia adalah seperti berikut KECUALI
a)
merealisasikan impian pasangan berkahwin yang sukar memperoleh anak
b)
membantu pasangan berkahwin merancang keluarga
c)
mengurangkan populasi manusia
d)
menghalang penularan penyakit berpunca dari hubungan kelamin
12.
Rajah menunjukkan satu kaedah pencegahan kehamilan. Apakah kaedah yang ditunjukkan itu?
a)
vasektomi
b)
ligasi
c)
iucd
d)
diafragma
13.
Rawatan dengan ubat boleh merawat individu yang
a)
mempunyai tiub Falopio tersumbat
b)
mempunyai ketumbuhan dalam ovari
c)
menghadapi masalah kesihatan seperti kencing manis dan darah tinggi
d)
mempunyai masalah ketidakseimbangan hormon
14.
Antara berikut, yang manakah punca kemandulan bagi lelaki?
a)
Ovum yang dihasilkan tidak matang
b)
Mati pucuk
c)
Tiub Falopio tersumbat
d)
Ovum tidak boleh menghasilkan sperma
15.
Tumbuhan berbunga menjalankan pembiakan ......................
a)
seks
b)
aseks
16.
Stamen adalah organ pembiakan betina bunga.
a)
Salah
b)
Betul
17.
Pendebungaan terdiri daripada 2 jenis iaitu pendebungaan kacuk dan pendebungaan sendiri.
a)
Salah
b)
Betul
18.
Selepas pendebungaan,gamet jantan yang dibawa oleh debunga bercantum dengan gamet betina di dalam ovul.
a)
Betul
b)
Salah
19.
Pistil terdiri daripada sruktur yang berikut kecuali:
a)
Stigma
b)
Stamen
c)
Stil
d)
Ovari
20.
nyatakan agen pendebungaan
a)
lipan
b)
lebah
c)
lalat
21.
apakah maksud pendebungaan
a)
proses pemindahan butir debunga dari anter ke stigma
b)
proses pemindahan butir debunga dari stigma ke anter
22.
Pendebungaan yang berlaku pada bunga yang sama atau bunga yang berbeza tetapi dari pokok yangsama.
a)
pendebungaan kacuk
b)
pendebungaan sendiri
c)
pendebungaan berkawan
d)
pendebungaan berkembar
23.
Contoh agen pendebungaan
a)
angin
b)
manusia
c)
burung
d)
semua di atas
24.
bunga tersebut sesuai disebarkan oleh
a)
angin
b)
burung
c)
air
d)
lebah
25.
Antara ciri- ciri bunga yang didebungakan oleh angin
a)
ringan
b)
warna yang menarik
c)
manis
d)
butir debunga melekit
26.
Di antara yang berikut,yang manakah merupakan fungsi mikropil?
a)
Melindungi biji benih
b)
Tempat biji benih melekat pada buah
c)
Membenarkan air dan udara memasuki biji benih
d)
Bahagian embrio yang berkembang menjadi akar
27.
gamet jantan dihasilkan di anter
a)
betul
b)
salah
28.
namakan agen pendebungaan bagi bunga tersebut
a)
air
b)
haiwan
c)
serangga
d)
angin
29.
Biji benih yang terhasil daripada pendebungaan sendiri lebih berkualiti daripada biji benih yang terhasil daripada pendebungaan kacuk.
a)
Salah
b)
Betul
30.
Apakah proses X dan Z yang berlaku ?
a)
persenyawaan , pendebungaan
b)
pengovulan , pembahagian sel
c)
percantuman, persenyawaan
d)
pendebungaan , persenyawaan
31.
Apakah yang terkandung dalam tiub Y
a)
gamet betina
b)
gamet jantan
c)
ovul
d)
butir debunga
32.
Apakah yang berlaku pada ovari selepas persenyawaan
a)
menjadi buah
b)
menjadi biji benih
c)
menjadi debunga
d)
menjadi gamet
33.
Menyimpan dan membekalkan makanan untuk percambahan biji benih.
Pernyataan berikut merujuk kepada fungsi struktur bunga iaitu:
Pernyataan berikut merujuk kepada fungsi struktur bunga iaitu:
a)
Testa
b)
Mikropil
c)
Hilum
d)
Kotiledon
34.
Percambahan biji benih memerlukan syarat-syarat seperti berikut kecuali;
a)
Air
b)
Cahaya matahari
c)
Suhu yang sesuai
d)
Udara
100 %
