Font size
WorksheetsPPT RBT TAHUN 5 SET 1 SKFS_2018
Total questions: 36
Worksheet time: 1hrs 12mins
1. Sistem pergerakan kit model yang menggabungkan komponen mekanikal serta elektrik dan elektronik dikenali sebagai sistem __________________.
A. elektrik
B. elektronik
C. elektromekanikal
D. mekanikal
2. Apakah fungsi Alat Kawalan Jauh?
A. Untuk memasang kit model menggunakan sistem elektromekanikal.
B. Untuk mengawal pergerakan kit model tanpa menggunakan wayar.
C. Untuk menggabungkan komponen mekanikal kit model.
D. Untuk menyambungkan litar eletrik pada kit model.
3. Fungsi alatan di dalam rajah
A. Mengetatkan dan melonggarkan skru Phillip.
B. Mengetatkan dan melonggarkan skru mata alur.
C. Mencengkam bahan atau komponen kecil.
D. Membuat tanda pada kepingan kayu sebelum pemotongan.
4. Apakah nama alatan di dalam rajah diatas?
A. Sepana Hujung Terbuka.
B. Sepana Boleh Laras.
C. Pemutar Skru Mata Rata.
D. Pemutar Skru Philip.
5. Kit model kereta kawalan jauh boleh dipasang dengan mudah dan senang dengan merujuk ____________.
A. manual pemeriksaan
B. manual penyenggaraan
C. manual pemasangan
D. manual kegunaan komponen
6. Alatan seperti dalam gambar, diperolehi di dalam kotak kit model kereta. Manakah antara berikut bahan pengikat dan pencantum yang akan digunakan untuk memasang kit model kereta tersebut?
A. paku
B. bolt dan nat
C. skru berkepala alur
D. skru berkepala Phillips
7. Hamidon menggunakan sejenis alatan tangan untuk mencengkam dan memegang komponen gear yang kecil. Apakah nama alatan tangan yang digunakan oleh Hamidon?
A. Playar muncung tirus
B. Pemutar skru mata rata
C. Sepana hujung terbuka
D. Pemutar skru mata Philip
8. Apakah komponen yang mempunyai fungsi yang sama seperti sel solar?
A. Suis
B. Sensor
C. Bateri
D. Kerangka
[Azman telah menguji kit model kereta kawalan jauh yang baru dibelinya. Semua kerja pemasangan telah diikuti olehnya dengan merujuk manual. Namun begitu, dia dapati kit model kereta kawalan jauhnya tidak berfungsi]
9. Apakah kemungkinan yang menyebabkan kit model kereta tersebut tidak berfungsi?
A.Motor rosak
B. Gear tidak mencukupi
C. Roda dan gandar tidak dipasang dengan betul
D. Bateri yang digunakannya adalah bateri lama dan kekurangan kuasa
10. Kenapakah semasa kerja-kerja penyimpanan kit model, bateri perlu dikeluarkan dari pemegang bateri dan perlu disimpan di tempat asing?
A. Bagi mengelakkan bateri hilang
B. Bagi menjaga jangka hayat bateri
C. Bagi mengelakkan bateri hilang kuasa
D. Bagi mengelakkan bateri bocor dan berkarat
11. Apakah rujukan utama sepanjang masa membuat dan menyiapkan penghasilan projek reka cipta?
A. Buku teks
B. Buku aktiviti
D. Buku peraturan bengkel
E. Buku manual penghasilan projek
12. Di bawah ialah senarai komponen yang biasa digunakan dalam sesebuah kit model KECUALI
A. Sel Kering
B. Gear
C. Roda dan Gandar
D. Gandin Getah
13. Tapak kerangka kit model di atas digunakan untuk memasang beberapa komponen KECUALI
A. suis
B. motor
C. pemegang bateri
D. alat kawalan jauh
14. Apakah fungsi sensor?
A. Menggerakkan gear.
B. Mengawal pergerakan kit model.
C. Membekalkan tenaga elektrik pada kit model.
D. Mengesan cahaya, haba, bunyi, sentuhan dan sebagainya.
15. Nyatakan langkah pertama sebelum pemasangan kit model kereta.
A. Mengenalpasti komponen dalam kit model kereta.
B. Membaca dan memahami manual pemasangan.
C. Mengenalpasti alatan yang ingin digunakan.
D. Mengenalpasti jenis bateri yang boleh digunakan.
16. Nyatakan langkah seterusnya selepas membaca dan memahami manual pemasangan.
A. Pasangkan suis pada kerangka kit model.
B. Mengenalpasti setiap komponen yang terdapat pada kit model.
C. Pasangkan kotak gear pada bahagian hadapan kerangka kit model.
D. Pasangkan badan kit model pada kerangka dengan menggunakan skru.
17. Berikut adalah cara yang tepat untuk membaiki kit model yang tidak berfungsi.
A. Memeriksa penyambungan wayar, kekutuban bateri dan penyambungan pada sistem elektromekanikal.
B. Mengetatkan semua skru yang terdapat pada kit model.
C. Memeriksa kekemasan kit model tersebut.
D. Membuka dan memasang semula kit model tersebut.
1. Komponen berikut dapat membekalkan tenaga elektrik pada kit model.
i. Sensor
ii. Bateri
iii. Suis
iv. Sel solar
A. i dan ii
B. i dan iii
C. ii dan iii
D. ii dan iv
19. Komponen manakah yang biasa terdapat pada papan litar elektronik di dalam badan kit model?
A. Perintang
B. Motor
C. Sel Solar
D. Sel Kering
20. Apakah yang akan terjadi sekiranya terdapat kesilapan dalam pemasasangan kit model kereta?
i. Kit model tidak berfungsi
ii. Kelajuan kit model tersebut akan bertambah.
iii. Terdapat bahagian kit model yang akan bergoyang atau tertanggal.
iv. Kelajuan kit model tersebut akan berkurangan.
A. i dan iii
B. ii dan iv
C. iii dan i
D. iv dan ii
21. Apakah langkah terakhir yang perlu dilakukan oleh murid setelah selesai memasang dan menguji kit model?
i. Membuka komponen dengan berhati-hati.
ii. Memastikan bilangan komponen dan pengikat mencukupi
iii. Membaca dan memahami manual pemasangan.
iv. Masukkan kedalam bekas penyimpanan untuk disimpan.
A. i, ii dan iii
B. i, iii dan iv
C. i, ii dan iv
D. ii, iii dan iv
22. Alatan ini berfungsi untuk membengkokkan kepingan logam nipis. Apakah nama alatan tangan ini?
A. Pahat
B. Gandin Getah
C. Kikir
D. Penggarit
23. Alat ini digunakan untuk menanda dan membuat garisan pada kepingan logam. Alat tersebut ialah __________
A. gunting logam
B. penggarit
C. kikir
D. gandin getah
24. Bahan logam ialah bahan-bahan yang terdiri daripada zink, besi, timah dan __________
A. aluminium
B. pastik
C. kertas
D. kayu
25. Bahan kitar semula terdiri daripada botol plastik, tin minuman dan _________
A. surat khabar
B. kayu
C. zink
D. pasir sungai
26. Rajah di atas menunjukkan langkah membuat projek. Langkah X ialah
A. Memotong
B. Mengorek
C. Melukis
D. Mengecat
27. Antara berikut, yang manakah bahan kemasan yang biasa dan boleh digunakan pada projek kayu?
i. Cat Sembur
ii. Syelek
iii. Petrol
iv. Cat Licau
A. i, ii dan iii
B. i, iii dan iv
C. i, ii dan iv
D. ii, iii dan iv
28. Tujuan melakukan kemasan ialah supaya
A. melengkungkan bahan kerja.
B. mencantikkan bahan kerja.
C. memanjangkan bahan kerja.
D. merosakkan bahan kerja.
29. Fungsi komponen eletronik di atas adalah untuk
A. Membekalkan tenaga elektrik kepada litar.
B. Mengehadkan pengaliran arus elektrik.
C. Mengeluarkan bunyi yang nyaring.
D. Memancarkan cahaya setelah menerima arus elektrik.
20. Apakah nama kaki komponen di atas yang bertanda B?
A. Anod
B. Sel Kering
C. Katod
D. Sensor
Senaraikan 4 komponen yang terdapat dalam litar di atas.
bateri
perintang tetap
perintang boleh laras
L.E.D/ Diod Pemancar Cahaya
Buzer
[Takal dan tali sawat adalah salah satu sistem yang terdapat dalam sistem Elektromekanikal.]
32. Nyatakan BETUL atau SALAH
A. BETUL
B. SALAH
[Gergaji Besi sesuai digunakan untuk memotong kepingan kayu nipis.]
33. Nyatakan BETUL atau SALAH
A. BETUL
B. SALAH
[Ragum Kakak Tua sesuai digunakan sebagai menanda tempat yang hendak digerudi pada kepingan logam.]
34. Nyatakan BETUL atau SALAH
A. BETUL
B. SALAH
[Sel Solar juga berfungsi seperti sel kering iaitu membekalkan tenaga elektrik kepada litar.]
35. Nyatakan BETUL atau SALAH
A. BETUL
B. SALAH
36. Senaraikan 2 nama alatan tangan di atas
Gerimit
Gunting Logam
Gandin Getah
Apit-G
Sesiku-L
